“Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa”
Persidangan Mahasiswa Nasional ini adalah usaha Datuk Razali Ibrahim (Pengerusi Biro IPT UMNO) agar dapat membentuk 'bakal pemimpin' yang berkreadibiliti. |
PROMO VIDEO PERSIDANGAN MAHASISWA NASIONAL 2013:
Meremajakan UMNO - Selaras dengan tema yang dibawakan, "Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa". Ruang yang luas diberikan kepada pemimpin mahasiswa untuk bersuara. Ini secara amnya dapat memberikan nafas baru kepada corak politik negara kita.
RINGKASAN
Berikut adalah serba-serbi ringkasan mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013. Diharap dengan ringkasan ini , pembaca lebih memahami apakah output yang bakal diberikannya kepada barisan kepimpinan mahasiswa ini.
- Anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO.
- Seramai 75 pemimpin mahasiswa dari universiti di 14 buah negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti (IPTA Tempatan) akan menyertai persidangan ini.
- Diadakan sebagai inisiatif kepada para pemimpin muda berdiskusi atau berbahas untuk membawa usul-usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.
MENGAPA PERSIDANGAN INI MENGGUNAKAN FORMAT ALA PARLIMEN DAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS (SELECT COMMITTEE)?
Format ala Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) digunakan adalah bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda serta secara tak langsung dapat melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.
- Memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
- Mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional
- Melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.
peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :
i. Politik - “Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”
ii. Ekonomi - “Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”
iii. Agama - “Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”
iv. Pendidikan - “Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”