Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

BLACK MONEY LAUNDERING: KERAJAAN SELANGOR BERPAKAT DENGAN @SPRMMalaysia? @AzminAli SILA JAWAB!

Projek Masjid Selangor untuk cuci duit haram?
Umumnya rakyat Selangor mengetahui bahawa Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan“Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan ‘knowledge economy‘ dengan ‘smart infrastructure’, melahirkan ‘smart people’ dan mewujudkan‘smart government’?

Namun hakikatnya, nasib rakyat Selangor langsung tidak pernah dipedulikan oleh Azmin dek keghairahan melakukan pembaziran dan mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya sedang‘berjoli katak’ dan berterusan memperdayakan rakyat yang memberi mandat kepada mereka selama 2 penggal memerintah Selangor.
Baca: SPRM Tidak Akan Siasat “Skandal Gerbang Selangor”?
“Biar Indah Dipandang Mata Walau Rakyat Terus Sengsara” mungkin ini tema yang paling sesuai bagi bajet yang telah dibentangkan tempoh hari. 
Kalau dikaji dengan teliti maka kita akan dapat perhatikan semua kerja yang menelan kos yang besar itu hanya semata-mata kerja-kerja memperindahkan sahaja sedangkan keperluan rakyat sebenarnya ialah memperkemas serta mempertingkat kemudahan prasarana di seluruh negeri. 
Link: http://snapshot2016.blogspot.my/2016/02/projek-masjid-selangor-untuk-cuci-duit.html

Itu yang lebih utama tetapi kenapa hanya sedikit perbelanjaan yang diperuntukkan bagi tujuan berkenaan? 
Rakyat Selangor saban waktu sedang melalui jalan-jalan yang berlubang di sana sini. Ia semakin buruk apabila ditambah dengan sistem perparitan dan longkang yg tidak disenggara dengan baik dan amat mendukacitakan apabila kerajaan negeri Selangor di bawah PKR hanya bermegah dengan slogan hebat tetapi di manakah projek membasmi kemiskinan yang sepatutnya menjadi teras serta agenda utama selaras dengan bajet pedulikan rakyat? 
Adakah rakyat mendapat manfaat langsung daripada projek-projek pengindahan yang bersifat mega dari segi peruntukan ini? Selain mahu ia dipandang cantik dan menerbitkan rasa bangga ‘gila’ bila menjadi tumpuan orang ramai untuk menjadikan ia kenangan bersejarah semata-mata, tidakkah Azmin sedar semua ‘pembaziran’ ini bercanggah dengan pernyataan ‘Smart Budget’ yang dibentangkan Azmin pada tahun lalu?
Baca: Gerbang RM9.8juta, Haniza Sengaja Menipu Rakyat Selangor?
Jika dalam projek yang digelar ‘Pintu Gerbang Azmin’, beliau memperuntukkan bajet lebih kurang RM9.8 juta dan terkini projek kubah masjid RM32.4 juta hanya semata-mata untuk memperindahkan monumen tersebut, Azmin pun tidak mampu untuk menjawap dengan baik persoalan yang dibangkitkan oleh Che’gu Bard malahan Azmin cuba menggunakan sentimen istana dan agama untuk menghalalkan keputusan yang telah beliau lakukan sedangkan masih terdapat ratusan ribu rakyat Selangor yang belum mempunyai rumah sendiri? 
Persoalannya di manakah ketelusan Azmin Ali selaku Ketua Kerajaan Negeri dalam mentadbir kewangan negeri agar tidak berlaku ketirisan jika kos yang begitu besar terpaksa diambil hanya untuk melakukan pengindahan dan pengubahsuaian sebuah masjid yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM 65,723,576.00 juta?

Wednesday, October 8, 2014

OKTOBERFEST SELANGOR: BUKTI PERJUANGAN ISLAM ADALAH RETORIK PAS SEMATA-MATA!


Saya pun pelik mengapa tiada langsung suara dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam membantah pesta arak anjuran Carlsberg - Oktoberfest yang telah bermula 24 September lalu di Shah Alam, Selangor.

Amat mendukacitakan kerana suara yang keluar dari parti itu adalah suara yang menyokong. Masih tidak dengar lagi suara bantahan. PAS dah pupus ke?

Baca kenyataan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung pesta arak ini:

image1-721382

Pesta Arak Oktoberfest bermula 24 September baru-baru ini dianjurkan oleh Syarikat Carlsberg di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel. 
Kemuncak pesta dijadualkan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya. 
Mengikut kenyataan Ahli Parlimen Pas Shah Alam YB Khalid Samad, Pesta Arak Oktoberfest TIDAK BOLEH DIHALANG dengan mengambil kira Malaysia adalah sebuah negara majmuk.  
Apabila terkena batang hidung sendiri pandai pula menggunakan alasan masyarakat majmuk. 
Apabila terkena pada UMNO, sampai tujuh keturunan maki hamun tak habis. PAS sebagai sebuah parti ISLAM yang menduduki majoriti kerusi di Selangor jelas gagal memainkan peranannya sebagai sebuah parti Islam. 
“HARI INI KITA MENANG, ESOK SUBUH KITA TUTUP KILANG ARAK” 
Begitulah bunyinya semasa Pas berkempen Pilihanraya Umum 2008.
Sudah dua penggal. Jangankan nak tutup, siap tawarkan tapak baru di Pelabuhan Klang sekiranya pihak Carlsberg ingin melakukan ‘extension’. 
Ini disuarakan sendiri Khalid Samad ketika melakukan ‘lawatan kerja’ ke kilang Carlsberg pada 7 Ogos 2010.  
Cakap tak serupa bikin. Dihadapan penyokong bagai nak terlondeh serban memaki hamun UMNO tidak Islamik. 
Adakah dengan menyokong Pesta Arak, tidak berpegang pada janji untuk menutup kilang malah menawarkan tapak yang lebih luas merupakan perjuangan Islam? 
KLXPRESS
Apa itu Oktoberfest? - (RUJUK SINI)

Oktoberfest 

FAKTA & SEJARAH 
Oktoberfest adalah festival musim gugur tahunan yang berlangsung di Munich, Jerman. 
Festival ini identik dengan sajian bir dalam jumlah besar beserta berbagai makanan tradisional Jerman, serta banyak kegembiraan lainnya. 
Dengan beberapa pengecualian karena perang, Jerman telah merayakan Oktoberfest setiap tahun sejak tahun 1810. 
Banyak masyarakat dengan populasi besar orang Jerman merayakan versi Oktoberfest mereka sendiri, mendorong warga lain untuk turut merayakan warisan Jerman dan bergabung dalam kegembiraan bersama. 
Oktoberfest pertama sebenarnya merupakan acara pacuan kuda yang diselenggarakan untuk merayakan pernikahan Putra Mahkota Ludwig I dan istrinya Therese Saxe-Hildburghausen. 
Perlombaan itu begitu sukses sehingga mereka memutuskan untuk mengadakan acara tersebut secara teratur. 
Seiring waktu, bir turut andil dalam festival hingga akhirnya menjadi fitur utama dari Oktoberfest. Pacuan kuda akhirnya ditiadakan sejak pertengahan abad ke-20. 
Selanjutnya

Berikut adalah video sambutan Oktoberfest sebelum ini..

BAYANGKAN SAMBUTAN PESTA ARAK NI DIADAKAN DI SHAH ALAM?


Tuesday, September 9, 2014

#KrisisMBSelangor: SETELAH 'CHEKMATE', AKHIRNYA ANWAR TERPAKSA AKUR BAHAWA BININYA TIDAK LAYAK!!


Akhirnya Anwar terpaksa akur bahawa isterinya "TIDAK MUNGKIN" akan dilantik menjadi MB Selangor yang baharu. 

Nampaknya ini membuktikan bahawa Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Rafizi Ramli sudah menjadi Langkah Kangkang (klik SINI) !! 

UTARA NEWS
Menurut satu sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim diberitakan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan.  
Sumber berkenaan juga memberitahu bahawa Anwar juga bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS.  
Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor.  
Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan Umno dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Razak. 
Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Antara nama yang disebut ialah Iskandar Samad.

Monday, September 8, 2014

KRISIS MB SELANGOR: SULTAN MURKA!! BAKAL LANTIK CALON BN SEBAGAI MB BARU??


Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Selangor menunjukkan bahawa Sultan Selangor benar-benar dukacita dengan tindakan PKR dan DAP dimana kedua-dua parti itu 'berkeras' dengan menghantar nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail SAHAJA sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Walaupun pihak istana telah memberi tempoh tambahan selama 48 jam untuk PKR dan DAP menghantar nama lain sebagai pengganti, namun ternyata GAGAL dan INGKAR dengan titah Sultan.

Namun, berbeza dengan PAS yang telah menghantar nama calon dari barisan Exco PAS sendiri yang terdiri daripada Iskandar Samad, Yunus Hairi, dan Sallehen Mukhyi.

Nampaknya, mungkin PKR dan DAP lupa akan apa yang terjadi pada negeri Perak sebelum ini. Jangan cuba derhaka selepas ini kerana dalam kenyataan media itu juga ada menyebut bahawa baginda boleh juga melantik MB daripada bukan parti pakatan pembangkang.

KENYATAAN MEDIA



Friday, August 15, 2014

NGO MANA BERANI 'SOUND' SULTAN SELANGOR TENTANG KRISIS MB?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diminta agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Teo Beng Hock Trust For Democracy, Faisal Mustaffa berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai pemilihan pucuk pimpinan negeri itu tidak seharusnya menerima campurtangan dari Sultan Selangor.

"Kita mohon agar Sultan Selangor untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan keputusan mengenai pemilihan pucuk pimpinan kerajaan negeri," katanya pada sidang media 'Kembalikan Selangorku' A Black Ribbon Campaign di sini, hari ini.

Beliau yang juga Koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim meletakkan jawatan selepas memberhentikan lima exco negeri itu.

"Kami terkejut dengan pemecatan lima orang exco negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dibuat oleh beliau (Khalid Ibrahim).

"Keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu tidak demokratik ia betul-betul menghina pengundi di Selangor," ujarnya.

Dalam pada itu Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal disetiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada PR.

Sumber: rakyatnews.my

Thursday, August 14, 2014

[FOTO]: RISALAH YANG DIEDAR PKR UNTUK SABOTAJ KHALID IBRAHIM!!


Kesian Khalid..
Gigih benar Pakatan Rakyat (PR) berusaha untuk memastikan nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ‘busuk’ dimata rakyat negeri tersebut. 
Terbaru, risalah yang kononnyamembongkarsegalaketidakjujuran Khalid telah mula disebarkan kepada umum. 
Iatermasuklah kronologikes pelupusan hutang berpuluh jutaringgityang kemudiannyaturut dikaitkan dengan perjanjian air, projek lebuh raya tol (KIDEX) sehinggalah kontrak pembangunan hartanah kepada‘rakan lama’. 
Pada masa yang sama, risalah itu turut menyebut sebab Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersungguh sungguh mempertahankan Khalid. 
Tidak cukup dengan itu, isu-isu yang belum diselesaikan oleh Khalid turut disenaraikan termasuklah isu sampah. 
Pendek kata, memang dilondehkan sehabis-habisnya. 
Selanjutnya
Sekadar hiasan
ULASAN


Memang benar apa yang dikatakan Khalid sebelum ini, 'tragedi' pemecatan Khalid dari PKR adalah pentas untuk membuktikan siapa Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) sebenarya.

Sebelum ini, mungkin penyokong Anwar tidak nampak, kini sudah semakin ramai sudah muak dek nepotisme yang diamalkan Anwar.

FOTO RISALAH 





'PUJIAN' BUAT ANWAR

Wednesday, August 13, 2014

KRISIS MB SELANGOR: KEPUTUSAN PAS ADALAH PENENTU NASIB RAKYAT SELANGOR!!


PAS KEJAM!!!!

Rasanya tidak keterlaluan saya katakan bahawa PAS telah 'BERTINDAK KEJAM' kerana SANGGUP MELIHAT NEGERI 'BEKAS' GABUNGAN (PR) dalam keadaan terumbang-ambing dek dipukul 'TSUNAMI' pemimpin PKR dan DAP.

Tindakan 'kejam' sebegini jelas tidak menampakkan KESUNGGUHAN PAS dalam mempertahankan KEADILAN TSKI yang 'hampir terkorban' kerana menjadi mangsa dalam dalam perancangan 'Langkah Kajang' (kini dikenali sebagai 'Langkah Kangkang'), iaitu pentas kerakusan politik 'Diktator' Anwar Ibrahim yang berusaha menempatkan isterinya sebagai 'Menteri Besar Celup'.

Anwar Ketum di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu selepas selesai 'pujuk' Hadi dalam satu pertemuan sulit disana kelmarin.
DEKLARASI PERIBADI SAYA: 
"Saya MUSYKIL mengapa Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang hanya mampu umumkan 'TEMPOH BERFIKIR' YANG BERLANJUTAN SEHINGGA 17 OGOS INI UNTUK MEMBERIKAN SEBARANG KEPUTUSAN RASMI/MUKTAMAD sejurus selepas 'dipujuk' semasa perbincangan  dalam suatu pertemuan sulit bersama KETUM, Datuk Seri  Anwar Ibrahim di Terengganu petang kelmarin."
Saya juga ada memuatnaik status di halaman Facebook saya untuk meminta pandangan umum berkaitan krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor ini, pembaca digalakkan untuk menyatakan apa jua penafian atau pandangan diruangan komen 'thread' tersebut:



KEBARANGKALIAN IDEOLOGI DARI PRO-PAS YANG MENYEBELAHI KHALID:

Mungkin akan timbul persoalan pada segelintir penyokong PAS dan Khalid Ibrahim ekoran hal ini, kerana saya yakin majoriti penyokong PAS yang bersama Khaid Ibrahim akan PERCAYA BULAT-BULAT pada jaminan yang dibuat ini dan percayalah, mereka akan REDHA akan apa jua keputusan yang dibuat TGHA kelak.

Andai kata tiba-tiba PAS buat 'U-TURN', agaknya ketika itu ada bantahan lagi tak akan keputusan ini? Secara tidak langsung, Anwar akan diangkat menjadi hero dalam filem 'Langkah Kajang' cetusan idea Rafizi ini.

Sekali lagi saya tekankan, PERCAYALAH DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN YANG BAKAL TERJADI.

DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL - MENTERI BESAR BONEKA SUAMI MERANGKAP ISTERI MITHALI. JIKA AZIZAH BERKUASA DISELANGOR, ANWAR AKAN BEBAS BERTINDAK!
PERSOALAN:
MENGAPA PERLU MUSYKIL? SEDANGKAN PAS SUDAH JAMIN SOKONGAN TERHADAP KHALID? 
JAWAPAN: 
YA! PAS telah berikan JAMINAN untuk beri SOKONGAN terhadap Menteri Besar Selangor yang SAH (kerana diperkenan sultan) sekarang, TS Abdul Khalid Ibrahim. 
Namun, jaminan itu masih lagi TIDAK TERJAMIN dan MEMUSYKILKAN kerana PAS mampu membuat 'Pusingan-U 360 darjah' pada bila-bila masa sahaja (sejarah telah membuktikan).

PESANAN KEPADA PARTI ISLAM (PAS)


"SAYA CABAR PARTI ISLAM INI UNTUK BUKTIKAN KETULUSAN DAN KESUNGGUHAN MEREKA UNTUK MENGHALANG 'GELOMBANG TSUNAMI' YANG SEDANG MEMUKUL NEGERI SELANGOR KETIKA INI." 

"DIHARAP PAS TIDAK BUAT 'U-TURN' DAN TIBA-TIBA MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP ANWAR."

 "SEGALA KEPUTUSAN PAS ADALAH PENENTU  NASIB RAKYAT SELANGOR DARIPADA TERUS DIJADIKAN 'MAINAN' POLITIK ANWAR DAN SEKUTUNYA, DAP."

MUHAMAD HAFIZZUDIN MOHD DAUD - http://tenteramaya.blogspot.com 

Tuesday, August 12, 2014

PKR DAH TAK RELEVAN, PAS HARUS KELUAR PAKATAN RAKYAT!!!


Jika hanya Faekah sahaja letak jawatan tidak cukup untuk membuktikan ketelusan ahli dan komponen parti dalam kem Pakatan Rakyat.

PAS harus buktikan ketelusan mereka menjaga kebajikan rakyat kerana PKR sudah TIDAK RELEVAN.

PAS HARUS KELUAR PAKATAN!


Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa serta merta ekoran tidak yakin lagi pada pucuk pimpinan parti itu.

Jelas Faekah yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor itu, PKR yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim tegasnya gagal menguruskan krisis Menteri Besar Selangor terpesong dari konsep keadilan yang kononnya diperjuang selama ini.

"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," tegasnya dalam surat tersebut.

Faekah yang dilabel sebagai penyokong kuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu menujukan surat tersebut ke‎pada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, DAP dan PKR mengenepikan PAS dalam sidang akhbarnya yang mendesak Khalid supaya membuktikan bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang berpihak padanya.

Khalid menerima mandat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk terus kekal sebagai Menteri Besar di negeri itu setelah berjaya meyakinkan pihak istana melalui sokongan empat orang Exco Kerajaan Negeri dari PAS.

PAS pula dilihat seolah-olah "disingkirkan" dari Pakatan Rakyat setelah memberi sokongan penuh kepada Khalid dalam isu krisis politik dalaman Selangor itu dan tidak gentar sekiranya "dipecat" keanggotaannya dari pakatan pembangkang tersebut.

Desas-desus mengatakan sikap PAS itu hanyalah "retorik politik semata-mata" dan parti itu dikhabarkan tidak berani keluar dari Pakatan Rakyat kerana takut hilang sokongan dari pengundi bukan Islam, khususnya kaum Cina DAP. 

Friday, April 18, 2014

#MH370: SAYA CABAR @anwaribrahim SELESAIKAN #IsuAirSelangor DALAM 1 SAAT!!! JANGAN CAKAP JE LEBIH!!


Anwar Ibrahim dakwa boleh menyelesaikan tragedi kehilangan MH370 dalam masa 1 saat. Kenyataan ini telah dikecam hebat dari pelbagai pihak kerana secara ketara memperbodohkan rakyat. Perkara ini juga telah dibidas oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri.

Baca dibawah:

PUTRAJAYA 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.
Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - UTUSAN
Untuk pengetahuan, tragedi ini sudahpun diisytiharkan sebagai PENCARIAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH PENERBANGAN DUNIA.  


HEBAT SANGATKAH ANWAR INI? KALAU ISU DUNIA PUN ANWAR KATA MAMPU SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT, SUDAH TENTU ISU AIR DI SELANGOR PUN DIA BOLEH SELESAIKAN DALAM 1 SAAT KAN? SETUJU? 


Berdasarkan laporan dari Rakyat News:

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan pakar-pakar dalam menangani isu air di Selangor. 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu berdebat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam isu politik yang menganggap diri beliau sebagai penasihat ekonomi. 
"Saya mencabar Anwar Ibrahim berdebat didalam isu air bersama pakar-pakar air. Saya mencabar dia. Sedangkan beliau hanya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dan mengapa beliau tidak mahu berdebat di dalam isu air bersama pakar - pakar air. 
"Jikalau betul beliau adalah penasihat ekonomi yang hebat, bakal Perdana Menteri yang hebat. Mari berdebat dalam isu air ini dengan pakar-pakar air. Kita hendak melihat,"katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini. 
Tambah beliau, sekiranya Anwar Ibrahim boleh menyelesaikan masalah MH370 didalam masa 1 saat, mengapa beliau tidak mahu menyelesaikan masalah air di Selangor didalam masa 1 saat. 
"Kalau dia kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam masa 1 saat, selesaikan isu masalah air ini dalam 1saat. Saya hendak lihat. 
"Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu berkata dalam isu air kerana beliau sedar dan ia adalah perkara yang disengajakan untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan pusat diatas kesalahan disebalik isu air ini,"katanya.

ULASAN PENULIS: 

SAYA SECARA PERIBADI MENYOKONG PENUH DENGAN CABARAN DARI SDR RAMESH RAO TERHADAP ANWAR IBRAHIM TERSEBUT. SAYA NAK TENGOK ANWAR SAHUT CABARAN INI JIKA BENAR DIA 'ANAK JANTAN'. TAK PERLU CAKAP KOSONG SAHAJA, KALAU HABUK PUN TAK ADA!!

INILAH 'PELUANG' PALING SESUAI UNTUK ANWAR BUKTIKAN KEHEBATANNYA JIKA BENAR DIA 'ADA ISI'.

KALAU TAK JADI PM PUN BOLEH BUAT KAN? 

SAYA CABAR ANWAR SAHUT CABARAN RAMESH!! 

Wednesday, April 16, 2014

@KhalidIbrahim: SILA BUBARKAN DUN SEGERA!!! KESIAN KAT RAKYAT SELANGOR!!! @NajibRazak


Semakin hari, semakin huru-hara Selangor sejak pemerintahan PKR selepas PRU-12 (2008) lepas. Sebelum PKR berjaya rampas Selangor dari BN, bermacam-macam janji manis yang dilemparkan oleh mereka.


MANIFESTO PAKATAN UNTUK NEGERI SELANGOR
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD/BACA

Nampaknya, sekali lagi Presiden NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Sdr Ramesh Rao Krishnan Naidu 'buat hal'...


Baru sahaja tak sampai sebulan dia telah buatkan Karpal Singh terkedu kerana "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat"(SINI). Tup tup... Hari ini, dia dengan ekstrimnya telah mendesak Khalid Ibrahim (MB Selangor) supaya membubarkan DUN Selangor dengan kadar segera, kerana Selangor bakal menjadi 'daging ratahan' godzilla PKR jika tindakan ini tidak diambil. 

SERIOUSLY!

Desakan itu disuarakan melalui tweet dari akaun Twitter peribadinya sendiri:

ULASAN PENULIS: 

Pada pandangan saya... Secara amnya, pembubaran DUN ini adalah WAJAR & WAJIB kerana ini bagi memastikan 'hak rakyat Selangor' terjamin dan mereka tidak lagi diperbodohkan angkara kerakusan PKR. Yang paling melampau adalah isu terkini, iaitu:

  • 'DISKAUN 7% UNTUK BUMIPUTERA (BELI RUMAH) TELAH DIMANSUHKAN DENGAN 'SLUMBER' OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR' 
  • UNISEL DITUTUP KERANA KERUGIAN RM37 JUTA
  • HOTEL 'QUALITY' MILIK PKNS TERPAKSA DITUTUP & MENYEBABKAN 105 STAFF KEHILANGAN KERJA.
  • ISU AIR
Tak pasal-pasal tempat menuntut ilmu dan mencari rezeki ditutup. Semasa pekung belum terdedah, Kerajaan Selangor heboh satu dunia katakan bahawa negeri Selangor mempunyai keuntungan berpuluh juta sepanjang pemerintahan PKR. Mana pergi wang puluh-puluh juta tu?

Dalam isu pemansuhan diskaun 7% bumiputera pula, bolehkah saya kategorikan PEMIMPIN MELAYU di Selangor sebagai BODOH? Habis tergadai hak Melayu/bumiputera yang pada asalnya adalah 'tuan rumah' di Tanah Melayu ini. 

Adakah rakyat Selangor masih lagi mahu mereka memerintah? Kalau mahu, SILAKAN... Itupun jika anda berhati KENTAL.

Pengurusan negeri tidak akan rugi jika tiada korupsi disebaliknya!! Banyak sangat raksasa dalam SUK Selangor tu.. BUBAR CEPAT!!

Monday, March 24, 2014

#PRKKajang: KEMENANGAN WAN AZIZAH TAK BERERTI BUAT ANWAR KERANA HAJATNYA TETAP TAK KESAMPAIAN!!


Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) bakal menggalas tugas sebagai ADUN baru untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah diumum menang dengan calon Barisan Nasional, Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Tahniah kerana berjaya membuktikan bahawa anda adalah isteri terbaik didunia!

Nampaknya, dalam PRK Kajang ini, PKR hanya mampu mempertahankan kerusi asal sejak kemenangan pada PRU13 lepas dengan kemerosotan majoriti sebanyak 1,445 undi, iaitu perbezaan diantara keputusan 6,824 (PRU13) dengan 5,379 (PRK 2014).

Penyokong PKR melompat kegembiraan selepas diumumkan menang, sedangkan mereka tidak tahu kekecewaan oleh ramai ahli PKR sendiri. Serta dijangka, protes senyap akan berlaku.


PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN?


Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya:
  1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.
  2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.
  3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.
  4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?
  5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.
  6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?
  7.  Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.
Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

SEBARKAN

Wednesday, March 19, 2014

#PRKKajang: [VIDEOGRAFIK & INFOGRAFIK] BUKTI KUKUH MENGAPA PENGUNDI #N25Kajang PERLU TOLAK WAN AZIZAH!! #Justice4Kajang


Berikut adalah videografik 10 bukti kukuh mengapa pengundi DUN N25 Kajang perlu tolak calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada menduduki kerusi sebagai ADUN di DUN tersebut.


PILIH CHEW MEI FUN

IKRAR MEI FUN 

RATING

WAN AZIZAH CALON KITAR SEMULA

CHEW MEI FUN CALON BERKREADIBILITI

UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA MEI FUN

MANIFESTO YANG GAGAL!!

KAUM CINA DIPERMAINKAN PAKATAN RAKYAT

PENIPU!!!!

[VIDEO] #PRKKajang: RAKYAT KAJANG BANGUN TUNTUT KEADILAN!! TIADA LAGI KEADILAN UNTUK ANWAR!! #Justice4Kajang


Nampaknya kempen PKR di dalam PRK DUN Kajang sudah menyimpang dari landasan, di mana isu yang dijaja setiap hari sepanjang tempoh berkempen bukanlah bersangkut paut dengan soal nasib rakyat, tetapi lebih kepada isu masalah peribadi Anwar Ibrahim sendiri.

Kalau kita ikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PKR kita akan dapati Wan Azizah atau mana-mana penceramah yang diundang lebih banyak bercerita tentang keluh kisah kes mahkamah Anwar Ibrahim yang kononnya menjadi mangsa politik daripada memperkatakan tentang permasalahan rakyat di Kajang.

Adakah mereka terlupa bahawa jawatan yang ditandinginya itu adalah untuk membela nasib rakyat di kawasan tersebut dan bukannya untuk kepentingan keluarga Anwar Ibrahim..

Jika Anwar Ibrahim telah didapati bersalah oleh mahkamah maka beliau berhak merayu. Kenapa pula perlu mengheret pengundi Kajang untuk menyelesaikan masalah yang dia cipta sendiri..Rakyat Kajang harus ingat bahawa PRK Kajang ini adalah satu perkara yang sengaja diadakan semata-mata untuk memenuhi nafsu politik Anwar, namun malang sekali ianya tidak kesampaian.

10 JANJI YANG GAGAL DITUNAIKAN DISELANGOR


Wan Azizah sepatutnya menerangkan perjuangan sebenarnya, bukan asyik meraih simpati. Tapi ini tidak dilakukannya kerana dia sendiri pun bertanding di situ, hanyalah semata-mata memenuhi agenda yang ditetapkan suaminya. Dia hanyalah calon proksi, bukan calon pilihan pakatan pembangkang...

Rakyat Kajang perlukan seorang wakil yang ada pengalaman menyelesaikan masalah rakyat, sanggup mendekati rakyat, cergas berkhidmat, dedikasi dan punya integriti. Dan ini hanya boleh dilakukan oleh calon BN, Chew Mei Fun.

PRK Kajang ini sengaja diadakan hanya untuk memenuhi nafsu dan cita-cita politik Anwar. Sebab itu, apabila dia tidak menjadi calon, dia meletakkan Wan Azizah sebagai calon supaya permainan simpati terhadapnya dapat diteruskan. Sejarah telah membuktikan bahawa beliau telah gagal di Permatang Pauh. Jadi, pengundi di Kajang jangan pula terpengaruh dengan taktik politik simpati Wan Azizah. - Sumber

WAN AZIZAH DIHALAU PENGUNDI SENDIRI (PERMATANG PAUH)


Inilah yang dikatakan hukum karma. Dosa kembali menghantui diri. Tak sangka-sangka, boleh terserempak dengan rakyat yang pernah dianiaya dan dikhianatinya ketika di Permatang Pauh dahulu.

Tahun 2008, Wan Azizah sanggup mengkhianati amanah undi yang diberikan rakyat semata-mata untuk memberikan peluang kepada suaminya untuk menjadi Ahli Parlimen semula. Konon-kononnya suami beliau bakal mengorak langkah untuk menjadi PM sekali lagi dan menumbangkan BN. Sudahnya, selepas 17 PRK, 1 PRN dan sekali lagi PRU, suaminya masih tetap tidak berjaya menjadi PM.

Jangan bongkak dengan menolak Qada' dan Qadar Allah SWT. Kami percaya Allah SWT masih lagi sayangkan bumi Malaysia ini dari dirosakkan Dajjal Bermata Satu!

Mungkin kerana peniaga tersebut miskin dan terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk sesuap rezeki, maka mereka dibiarkan sahaja dizalimi oleh rakan sekongkol kafir DAP tanpa dipandang walau sebelah mata pun.

Sekarang, dekat mana nak letak muka itu, kak Wan? Ingatkan kalau pergi berkempen di gerai yang popular di Kajang, boleh datangkan untung, sekali boleh kena herdik balik pula. Mesti terkejut kan boleh jumpa pengundi Permatang Pauh terpaksa merempat cari rezeki di Sungai Kantan?!! - MYMASSA


Wednesday, February 26, 2014

CATUAN AIR: @khalidibrahim HARUS BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA SEBAB TAK BENARKAN LANGAT 2 BEROPERASI.


Saya malas kata apa lagi dah dengan Khalid Ibrahim ini. 'Selfish' ialah perkataan paling sinonim untuk saya labelkan kepada Big Boss Kerajaan Selangor ini. Sekarang bila rakyat jatuh susah, air terpaksa dicatukan, kelam-kabut tuding jari kepada pihak kerajaan persekutuan. 


Persoalan disini, siapa yang tidak mahu teruskan Projek Langat II itu? Menurut sumber yang diterima, Khalid sudah diingatkan sejak tahun 2010 lagi supaya teruskan Projek Langat II itu supaya tak susahkan rakyat. Namun, Khalid dengan sekaras-kerasnya membantah. Kenapa? Adakah kerana Khalid takut gajinya tidak dapat dinaikkan seperti yang dirancangkan? Sekarang siapa susah?

Yang paling menggelikan hati ialah kenyataan Hannah Yeoh:


Kalau saya nak labelkan Si Hannah Yeoh ini 'syndrome down' boleh tak? Konon nak 'backup' dan nak jadi 'heroin' macam dalam filem Cat Woman, tapi bodoh tahap tak boleh dibendung. Sangat tak logik kenyataan yang dikeluarkannya. Adakah ini level seorang Speaker Kerajaan Negeri Selangor? Buat rugi sahaja PKNS bayar gaji dia RM22,500 sebulan, tapi kualiti macam budak tadika.

Berbalik kepada isu air tadi, apa yang lebih menyedihkan ialah ada sumber dalaman PKR dedahkan bahawa Khalid akan disokong penuh oleh Anwar sebagai Timbalan PKR. Inilah hadiah paling lumayan sekali yang Khalid akan berikan kepada rakyat Selangor.

Imbas semula apa yang jadi sewaktu krisis air 2012, baca dibawah:
Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.
Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, keadaan itu dijangka bertambah buruk jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus berdegil untuk tidak membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
''Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.
''Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika ini lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat. Kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 pun mereka letak pelbagai syarat,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi taklimat krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.
Mohd. Mustaffa berkata, permainan politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.
Ini tegasnya boleh disamakan seperti 'kuasa milik kami, nasib rakyat Selangor tanggung sendiri'.
''Jangan perbodohkan rakyat Selangor. Ini baru 2012 dan banyak tempat sudah mengalami masalah bekalan air. Laporan mengenai tekanan air rendah diterima dari semasa ke semasa. Aduan juga semakin meningkat,'' katanya.
Sementara itu, seorang lagi panel yang pernah terlibat dalam kajian krisis air di Selangor sekitar 1980-an, Mohamad Fuad Omar berkata, kajian yang dijalankan pada tahun tersebut sudah mengenal pasti Selangor akan berdepan masalah bekalan air pada 2014.
''Daripada kajian itu, kita turut mengenal pasti dua perkara lagi iaitu Selangor kurang sumber air dan loji-loji yang sudah lama. Itu kajian awal 1980-an dan ketika itu kita tidak ada lagi Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
''Atas sebab itu, kita perlu lencong air (bekalan air) dari Pahang. Sebelum ada rancangan projek Langat 2, loji-loji air sedia ada, hampir 50 peratus daripadanya sudah lama. Justeru, jika tidak ada Langat 2, apa akan jadi?'' soalnya.
Sementara itu, Noh meminta kerajaan Selangor menghentikan permainan politik dalam krisis bekalan air di Selangor.
Ini kerana, menurut beliau, keengganan kerajaan negeri membenarkan projek Langat 2 diteruskan bukan sahaja akan memberi kesan kepada rakyat malah pelbagai pihak termasuk industri.
Katanya, mereka perlu memikirkan soal pelaburan domestik dengan 'amaran' awal berhubung krisis air dibuktikan apabila 129 buah kilang tidak dapat beroperasi ekoran tiada jaminan bekalan air oleh Syabas.
"Kerajaan Persekutuan sudah buat keputusan iaitu Langat 2 mesti diteruskan. Kerajaan PKR Selangor dakwa projek bernilai RM2.6 bilion itu akan diberi kepada kroni BN. Ini tidak benar kerana tender akan dikeluarkan,'' ujarnya.
"Projek Langat 2 adalah untuk kepentingan rakyat. Kerajaan BN Selangor sebelum ini sudah lama bincang, jangan letak kepentingan politik mengatasi soal rakyat," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan penerangan krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, dengan sikap bermain politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor dalam isu air di negeri itu rakyat perlu sedar pihak mana yang sebenarnya ikhlas membantu rakyat.
"Kerajaan negeri seolah-olah mahu menjadi juara. Masalah ini timbul kerana kedegilan mereka. Halangan yang mereka buat dengan enggan membenarkan Langat 2 diteruskan hanyalah bermotifkan politik," ujarnya.
Ditanya mengenai keadaan loji air yang sudah lama, katanya, ia sudah tidak mampu menampung bekalan air dan sebab itu Langat 2 perlu dibina.
Sementara itu, Sohaimi ketika ditemui berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat terlalu banyak berpolitik dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru.
Tegasnya, jika kerajaan negeri terus mengamalkan sikap keras kepala dan enggan melaksanakan projek Langat 2 tidak mustahil masalah bekalan air di negeri itu akan menjadi lebih kronik.
"Loji itu perlu diteruskan dan ia tiada kaitan dengan kroni UMNO atau BN seperti didakwa, sebaliknya, projek ini adalah bagi mengatasi masalah jangka panjang. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
"Namun, jika kerajaan negeri masih berpolitik mengenai isu ini, kita sarankan rakyat bertindak pada pilihan raya umum akan datang. Buang masa kita beri peluang kepada kerajaan negeri yang hanya mementingkan politik berbanding masalah rakyat," katanya. - Sumber
Satu lagi, pastikan baca dan fahami betul apa yang ditulis dibawah ini:
Kerana berpolitik, rakyat jadi mangsa
KRISIS bekalan air bersih yang melanda kawasan Lembah Klang dilihat seolah-olah tiada penghujungnya apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sehingga kini terus berdegil enggan membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi masalah tersebut.
Sebagai sebuah kerajaan negeri, kedegilan itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan pembangunan di Selangor kerana apa yang jelas, pembinaan Langat 2 yang bernilai RM8.65 bilion itu bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia merupakan jaminan kepada kelangsungan bekalan air bersih di negeri ini dan seluruh kawasan lain di Lembah Klang.
Ini kerana, berdasarkan maklumat serta spesifikasi Langat 2 yang sepatutnya siap pada pertengahan 2014, loji itu berupaya memenuhi keperluan bekalan air bersih bagi pengguna dan industri di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga tahun 2025. Malah, pembinaannya cukup signifikan dengan bilangan penduduk serta pembangunan Lembah Klang yang bakal berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Berdasarkan statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor sahaja direkodkan mempunyai taburan penduduk paling tinggi di negara ini iaitu seramai 5.4 juta orang manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bilangan penduduk seramai 1.6 juta dan 72,413 orang. Bagaimanapun, bilangan itu dijangka bertambah menjelang 2020.
Selain taburan penduduk, Selangor turut mencatatkan peratusan tertinggi dalam kadar tahap urbanisasi pada 2010 dengan kadar 91.4 peratus manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 100 peratus tahap urbanisasi dan mengatasi negeri-negeri lain.
Berdasarkan kepada taburan penduduk dan peratusan tahap urbanisasi itu, ia jelas menunjukkan pertumbuhan terhadap aktiviti ekonomi, kawasan setempat serta saiz populasi di tiga negeri berkenaan yang mana jika diteliti, ia sudah tentunya memberi kesan terhadap permintaan sektor perkhidmatan utiliti yang turut melibatkan penyaluran bekalan air bersih.
Namun, di sebalik perangkaan itu, ia bagaimanapun mencetuskan persoalan dari sudut bagaimana untuk memenuhi permintaan bekalan air bersih selaras dengan pertambahan penduduk dan pembangunan kawasan Lembah Klang pada masa ini dan masa depan jika kerajaan negeri tetap enggan meluluskan perintah pembangunan bagi pembinaan projek Langat 2 itu.
Ini kerana, pembinaan Langat 2 merupakan satu projek Kerajaan Persekutuan yang dilihat sebagai alternatif untuk mengatasi krisis bekalan air bersih di Lembah Klang yang dijangka berlaku menjelang pertengahan 2014 kerana memandangkan kapasiti projek Langat 2 itu sendiri sekiranya siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk keperluan pengguna domestik termasuklah pihak industri.
Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memberikan tumpuan kepada isu penstrukturan semula bekalan air negeri. Selain itu, kerajaan negeri turut menafikan berlakunya krisis bekalan air bersih itu dengan memberi alasan tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang cukup.
Tidak cukup dengan itu, bagi menjustifikasikan alasan mereka tidak mahu Langat 2 dilaksanakan, kerajaan negeri menerusi Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan media pada 16 Julai lalu secara terbuka menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) selaku pemegang konsesi bekalan air di Lembah Klang itu kononnya tidak berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
Kenyataan Abdul Khalid itu dilihat berkait rapat dengan pengumuman Syabas pada 14 Julai lalu yang bercadang mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan catuan bekalan bagi mengatasi krisis kekurangan air bersih yang telah pun melanda kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sejak April lalu.
Ini kerana, cadangan catuan bekalan dikemukakan Syabas itu dibuat berikutan penurunan paras air yang mendadak sejak Jun lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada di antaranya mencapai tahap negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.
Keadaan itu disahkan Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V. Subramaniam, 17 Julai lalu yang bertegas bahawa krisis bekalan air bersih yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan berikutan keengganan kerajaan negeri mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Langat 2 selain kegagalan pentadbiran Selangor mewartakan pelarasan tarif yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.
Soalnya, mengapa kerajaan negeri enggan menerima hakikat bahawa krisis bekalan air bersih sebenarnya telah pun berlaku. Apa perlunya kerajaan negeri membuat penafian dengan menyalahkan pihak lain.
Kerajaan negeri harus faham, isu utama krisis bekalan air yang berlaku ketika ini adalah melibatkan air bersih atau terawat bukannya air mentah di tujuh empangan di negeri ini. Kalau kerajaan negeri begitu megah dengan mengatakan kapasiti air mentah di empangan masih banyak ketika ini pun, apa gunanya jika loji rawatan air sedia ada tidak mampu memproses air bersih mengikut keperluan pengguna dan industri yang semakin bertambah.
Ini kerana, berdasarkan statistik sehingga Mei lalu, sebanyak 34 buah loji rawatan air sedia ada di Selangor ketika ini hanya mampu menghasilkan kapasiti 4,371 juta liter sehari sumber air itu sedangkan keperluan puratanya adalah kira-kira 4,322 juta liter sehari.
Sungguhpun begitu, langkah kerajaan negeri dalam menangani isu krisis bekalan air bersih itu dilihat bukanlah usaha yang layak dipuji kerana kerana pada peringkat awal lagi kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan sikap prejudis terhadap Syabas apabila syarikat itu mengemukakan fakta mengenai situasi bekalan air bersih di negeri ini. Soalnya, bagaimana krisis bekalan air bersih dapat diselesaikan sekiranya kerajaan negeri terus mengamalkan sikap sedemikian yang turut melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya kerajaan negeri harus terbuka menerima teguran dan maklumat mengenai masalah bekalan air bersih yang melanda Lembah Klang ketika ini selain bersama-sama mencari penyelesaian untuk kepentingan rakyat dan pembangunan Selangor, bukannya mencari kesalahan atau menekan pihak lain dengan tuntutan-tuntutan tertentu.
Apakah kerajaan negeri mahu 'tunjuk kuasa' disebabkan perbezaan politik? Jika benar kerajaan negeri bersikap demikian, maka pentadbiran Selangor pada hari ini tidak bertanggungjawab kerana terus membiarkan rakyat menderita kerana terpaksa berhadapan dengan krisis bekalan air bersih yang berpanjangan.
Tiada gunanya kerajaan negeri bercakap soal integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran jika soal asas bekalan air bersih gagal ditangani sebaik-baiknya. Janganlah terlalu memikirkan keuntungan semata-mata kerana sebagai sebuah kerajaan negeri, rakyat harus didahulukan. Kerajaan negeri jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerana perbezaan politik hanya kerana mahu ke Putrajaya. - Sumber
P/S: Selfish is When you have a huge amount of interest invessted in yourself, or when you don't think about the wants and needs of others.

MY SLIDESHARE UPLOAD