Saturday, December 7, 2013

TRAGIS! NGERI! 'ADIK' TAIKO BOTAK CHIN KONGSIKAN AZAB TERIMA HUKUMAN 104 SEBATAN!!


Diharap cerita ini dapat dijadikan panduan kepada semua. Memang ngeri dan tak dapat dibayangkan bagaimana peritnya jika kita berada di tempat Botak Chop. Baca kisah dibawah:

AZAB 104 ROTAN

“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”



Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.


BADAN Botak Chop penuh bertatu.
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

SETERUSNYA

BOTAK CHOP BERTEMU JODOH

“Semua kisah silam hidupnya sudah dia ceritakan kepada saya. Nampak dia begitu ikhlas, saya terima apa suami seadanya dan tak kisah langsung dengan statusnya sebagai seorang bekas banduan.

“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu. Mungkin ini jodoh kami dan saya harap ia berkekalan selama-lamanya,” kata Nor, 54, yang bertemu jodoh dengan Botak Chop, 53, bulan lalu.

Menurut Nor, mereka berkenalan kira-kira tiga bulan lalu selepas sering bertemu di hadapan rumah di Puchong dan ia menjadi titik tolak kepada hubungan yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Katanya, sebagai seorang jiran di hadapan rumah, sudah tentu dia mengetahui sejarah hidup Botak Chop yang dikenali sebagai bekas banduan bagi kes jenayah berat sejak 1973 lagi.

Namun, ia tidak menjadi masalah kerana Botak Chop berjanji untuk hidup bersama berkongsi suka duka sebagai suami isteri, apatah lagi usia mereka sudah berganjak ke pertengahan 50-an.

“Saya memang tidak kisah langsung dia bekas banduan ke, bunuh orang ke, kerana saya tahu dia kini seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia cerita sejarah hidupnya dengan sepenuh hati dan saya terima juga dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada langsung keraguan di dalam hati saya ketika dia berjanji mahu sehidup semati. Keluarga termasuk tiga anak saya juga menerima dia dengan baik, malah mereka begitu mesra dengan abang (suami),” katanya ketika ditemui Harian Metro sebaik sah bergelar isteri kepada Botak Chop.

Sementara itu, Botak Chop berkata, dia berdoa agar pernikahan itu adalah yang terakhir di dalam hidupnya selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Saya benar-benar berhasrat di dalam hati, andainya satu hari nanti saya meninggal dunia, biarlah ada seorang isteri yang boleh membacakan Yasin, dan mendoakan saya. Hari ini saya begitu bahagia dan berharap segala kisah hidup saya yang lalu tinggal kenangan,” katanya yang hidup menduda selama 20 tahun.

Botak Chop berkata, dia ingin memulakan kehidupan barunya bersama isteri serta tiga anak tiri dan melupakan episod hitam hidupnya. - METRO

Friday, December 6, 2013

SKANDAL ADI PUTRA TAMPIL BERI PENJELASAN BAHAWA ADI BOHONG!!


Nooraida Abdul Mutalib atau Aida Anne Fasha, iaitu wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra telah tampil memberi kenyataan kepada media. Nampaknya isu ini masih hangat diperkatakan walaupun sudah lebih dua bulan.

ENTRI SEBELUM INI YANG BERKAITAN DENGAN ISU SKANDAL ADI PUTRA - Klik!


Berikut adalah kenyataan daripada 'skandal' Adi Putra tersebut:

“Jujurnya, sehingga hari ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan selepas menyerahkan kes ini kepada pihak berwajib. Tapi, bila banyak maklumat dah bocor dan ramai sudah mengetahui saya adalah perempuan yang skandal dengan Adi Putra, biarlah saya mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku. Tambahan pula, Adi ada membuat penafian di media massa dia tak pernah kenal dengan saya.”

“Saya terpaksa buat bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernaj mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri.”

“Saya kenal Adi melalui Instagram yang dikendalikan sendiri oleh beliau iaitu Adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Mekah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.”

“Selepas itu, saya tutup InstaMessage, tapi tak lama kemudian, Adi hantar mesej minta nombor telefon saya. Mulanya saya hairan adakah itu benar Adi Putra? Dia juga bertanya, saya tinggal mana, umur dan status. Walaupun saya memberitahu sudah berkahwin, namun dia tak mengendahkannya. Dalam fikiran saya, mungkin dia cuma memerlukan kawan untuk berbual. Dari situlah, kami mula berhubung menerusi WhatsApp.”

“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini.”

“Semasa berhubung dengan Adi, dia menggunakan nombor telefon Arab Saudi sebab dia berada di Mekah. Adi juga ada sertakan nombor telefom Malaysia yang dia gunakan sekarang. Kami juga pernah berbual menerusi telefon secara bertiga – suami, Adi dan saya apabila mahu menyelesaikan perkara ini sebelum sampai ke pengetahuan pihak berwajib dan media massa.”

“Menerusi perbualan itu, Adi Putra mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah fikiran.”


Apabila ditanya, sejauh manakah dakwaan kononnya Adi menggodanya, wanita ini menjawab.

“Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya.”

“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi.”

“Saya faham suami saya marah, walaupun mengetahui saya bersalah, dia masih cuba untuk berhubung dengan Adi bagi mencari jalan penyelesaian secara baik, malah menggunakan saluran undang-undang selepas tiada jalan penyelesaian. Pengajaran daripada insiden ini, walaupun fanatik atau teruja dengan seseorang artis, kita tak perlulah menurut segala kemahuannya. Cukup sekadar peminat biasa.”



VIDEO: KENYATAAN ADI PUTRA

#PAU2013: OPS KE-2 BANJIR DILANCARKAN OLEH PEMUDA UMNO BANTU KURANGKAN BEBAN RAKYAT KUANTAN @KhairyKJ


Fasa kedua Pemuda UMNO hari ini bergerak ke lokasi banjir dalam usaha membantu menghulurkan pelbagai bantuan dalam bentuk makanan serta keperluan lain seperti ubatan, lampin bayi, susu, air mineral dan tuala wanita,

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata fasa kedua itu yang disertai oleh 100 sukarelawan dari Pemuda pusat dengan nilai barangan yang hampir mencecah RM600,000 akan membantu 1000 sukarelawan yang kini berada di negeri yang terlibat.

“Hari ini adalah fasa kedua menerusi Ops Banjir yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi di bawah Briged Kesatria muda Pemuda UMNO.


VIDEO:



“Seramai 100 sukarelawan daripada Pemuda pusat terlibat untuk membantu 1000 sukarelawan yang sudah ada di negeri-negeri dan mereka ini membawa 30 kenderaan 4×4 dan tiga lori yang akan bawa 4000 kotak barangan yang mengandungi beras, bihun, ubatan, lampin, tuala wanita, biskut dan macam-macam lagi yang mencecah RM600,000.

“Destinasi kita adalah Pahang, Terengganu dan sebahagian Johor serta Kelantan. Kita hantar mereka sampai kita selesai agih dan fasa ketiga adalah fasa pembersihan. Selalu kita lihat apabila air dah turun ramai ingat masalah banjir dah selesai tetapi bagi mangsa banjir, mereka ini terpaksa balik kepada satu keadaan yang amat teruk perlu dibersihkan rumah dan sebagainya, “ katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ops Banjir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Plaza Merdeka, PWTC, di sini, hari ini.

Tambah Khairy lagi pihaknya mendapat kerjasama daripada MBM dan juga pelbagai pihak lain yang telah sudi membantu menghulurkan sumbangan

“Pada masa yang sama kita juga tidak mahu orang salah faham bahawa walaupun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, namun mangsa banjir tetap diutamakan.

“Ahli kita 3 juta. Walaupun berhimpun di sini tidak bermakna ahli kita tidak bergerak di bawah. Malah ramai juga pemimpin kita tidak ada di sini. Datuk Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said, Datuk Shabery Cheek, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan pimpinan lain. Malah PM, Datuk Seri Najib serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pun turun padang,’ katanya.

Sementara itu, Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO, Arman Azhar Abu Hanifah ketika ditemui menjelaskan pihaknya sedia membantu dan hari ini adalah fasa kedua sukarelawan yang akan turun padang.

“Sekali lagi menujukkan Pemuda prihatin dan tidak hanya bercakap tetapi implementasikan. Harap mangsa banjir bersabar dan insyaallah kita sedia membantu sekadar termampu.Sukarelawan kita akan turun seramai yang boleh dalam usaha membantu mangsa banjir,” katanya. - Sumber




MY SLIDESHARE UPLOAD