Showing posts with label adi putra. Show all posts
Showing posts with label adi putra. Show all posts

Friday, December 20, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: AIDA DICERAI PULAK? MANA SATU BETUL NI?

Ahli perniagaan, Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.

Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama.

“Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat," katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.

Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

"Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, " katanya. - UTUSAN

Saturday, December 14, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: 'I.O' KES DIPERCAYAI BERAT SEBELAH, KES AKAN DIBUKA SEMULA!!


Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.

Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai 'no further action’ (NFA) dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.

“Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian."

“Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan,” katanya.

Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.


Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.

Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.

“Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.

“Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku,” ujarnya.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. - SUMBER 

P/S: SEBELUM APA-APA AKU MINTA MAAF DULU YE.
Kes ni sama-sama salah actually. Adi gatal, Aida pun gatal. Sebab tu Whatsapps tu ada conversation. Satu lagi, bab pic lucah, kalau Aida tak bagi 'green light' takkan lah Adi boleh hantar pic tu sewenang-wenangnya. Bila dah kantoi, masing-masing nak tegakkan benang yang basah. SETUJU?

Friday, December 13, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: KEPUTUSAN RASMI KES TELAH DIUMUMKAN, APA KATA ADI PUTRA??


Untuk kronologi kes sila rujuk [SINI]:


JIKA DISABIT KESALAHAN---->



RAKYAT NEWS:


Pelakon Mohamed Hadi Putera Halim atau lebih dikenali sebagai Adi Putra yang dipalit dengan kontroversi mengenai isu yang mengatakan beliau telah menghantar gambar lucah kepada seorang perempuan memberitahu bahawa kes tersebut telah selesai. Adi berkata, pihak peguamnya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kes tersebut telah dianggap selesai dan tiada tindakan selanjutnya akan diambil. Katanya semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

selanjutnya

Friday, December 6, 2013

SKANDAL ADI PUTRA TAMPIL BERI PENJELASAN BAHAWA ADI BOHONG!!


Nooraida Abdul Mutalib atau Aida Anne Fasha, iaitu wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra telah tampil memberi kenyataan kepada media. Nampaknya isu ini masih hangat diperkatakan walaupun sudah lebih dua bulan.

ENTRI SEBELUM INI YANG BERKAITAN DENGAN ISU SKANDAL ADI PUTRA - Klik!


Berikut adalah kenyataan daripada 'skandal' Adi Putra tersebut:

“Jujurnya, sehingga hari ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan selepas menyerahkan kes ini kepada pihak berwajib. Tapi, bila banyak maklumat dah bocor dan ramai sudah mengetahui saya adalah perempuan yang skandal dengan Adi Putra, biarlah saya mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku. Tambahan pula, Adi ada membuat penafian di media massa dia tak pernah kenal dengan saya.”

“Saya terpaksa buat bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernaj mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri.”

“Saya kenal Adi melalui Instagram yang dikendalikan sendiri oleh beliau iaitu Adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Mekah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.”

“Selepas itu, saya tutup InstaMessage, tapi tak lama kemudian, Adi hantar mesej minta nombor telefon saya. Mulanya saya hairan adakah itu benar Adi Putra? Dia juga bertanya, saya tinggal mana, umur dan status. Walaupun saya memberitahu sudah berkahwin, namun dia tak mengendahkannya. Dalam fikiran saya, mungkin dia cuma memerlukan kawan untuk berbual. Dari situlah, kami mula berhubung menerusi WhatsApp.”

“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini.”

“Semasa berhubung dengan Adi, dia menggunakan nombor telefon Arab Saudi sebab dia berada di Mekah. Adi juga ada sertakan nombor telefom Malaysia yang dia gunakan sekarang. Kami juga pernah berbual menerusi telefon secara bertiga – suami, Adi dan saya apabila mahu menyelesaikan perkara ini sebelum sampai ke pengetahuan pihak berwajib dan media massa.”

“Menerusi perbualan itu, Adi Putra mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah fikiran.”


Apabila ditanya, sejauh manakah dakwaan kononnya Adi menggodanya, wanita ini menjawab.

“Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya.”

“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi.”

“Saya faham suami saya marah, walaupun mengetahui saya bersalah, dia masih cuba untuk berhubung dengan Adi bagi mencari jalan penyelesaian secara baik, malah menggunakan saluran undang-undang selepas tiada jalan penyelesaian. Pengajaran daripada insiden ini, walaupun fanatik atau teruja dengan seseorang artis, kita tak perlulah menurut segala kemahuannya. Cukup sekadar peminat biasa.”



VIDEO: KENYATAAN ADI PUTRA

Tuesday, September 10, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: 'SCREEN SHOT' PERBUALAN DIDEDAH DAN BAKAL DIPENJARA 5 TAHUN


Khamis lalu, kecoh sebentar industri hiburan tempatan apabila seorang pelakon terkenal didakwa saling bertukar mesej dengan isteri orang dan turut dikatakan berkongsi pesanan serta foto lucah bersama wanita tersebut.

Susulan daripada kontroversi itu, seorang ahli perniagaan yang mengaku sebagai suami kepada wanita terbabit telah tampil memberi kenyataan menerusi program Melodi TV3 siang tadi, di mana lelaki berusia 56 tahun itu memaklumkan bahawa aktor tersebut telah berhubung dengan isterinya sejak Julai lalu.
Daripada permulaan, isteri saya sampaikan ucapan menunaikan umrah. Kemudian pelakon itu telah berterima kasih dan meminta nombor telefon isteri saya.

Pelakon itu ada juga bertanya kepada isteri saya adakah dia sudah berkahwin, dan isteri saya jawab, Ya.
Saya rasa sebagai seorang lelaki, dia perlu jaga tatatertib. Tidak boleh mengganggu isteri orang.
Kalau berminat untuk ada pasangan hidup, carilah anak dara. Kan tak elok dan tak manis kalau mengacau atau menggoda isteri orang, amat dikhianati Allah SWT.




Dalam pada itu, lelaki tersebut turut melahirkan rasa kecewa apabila pelakon lelaki itu didakwa turut mengajak isterinya melakukan perkara tidak elok dan menafikan dakwaan kononnya dia mengancam keselamatan pelakon tersebut.

Kalau saya perhatikan daripada komunikasi yang berlaku, saya rasa amat terkejut bila apa yang ditulis oleh pelakon itu adalah nak buat s**s dengan isteri saya, suka lakukan s**s luar biasa. Saya rasa amat terperajat dan benda macam ini tak patut berlaku, sedangkan pada waktu itu kita sedang melakukan umrah.
Sebenarnya saya bukanlah nak mencederakan dia. Saya tak berminat nak menjatuhkan dia. Sekarang apa yang saya buat adalah hak saya sebagai seorang suami.




Bagaimanapun, nantikan sahaja keputusan serta penjelasan sebenar aktor terkenal itu tidak lama lagi. Apa pun diharapkan agar kontroversi seperti ini akan segera diselesaikan dan tidak menjejaskan kerjayanya lakonannya.


JIKA DISABIT KESALAHAN---->


Friday, September 6, 2013

ISU SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG: APA KOMEN ISTERI ADI PUTRA?


“Jangan mudah hukum dia”

Hanya sebaris ayat... Itulah yang diperkatakan oleh Aida Yusof, apabila suaminya didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain, tambahan pula berstatus isteri orang. Aida juga berkata, lontroversi ini tidak akan sesekali menggugat keharmonian rumah tangga mereka.

Dalam laporan yang disiarkan HIP, Aida Yusof menyatakan akan tetap berdiri teguh di belakang suaminya walau apapun yang terjadi dan menggangap orang boleh berkata apa sahaja mengenai Adi Putra namun beliau lebih mempercayainya kerana tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Adi Putra mesra bersama Isterinya, Aida Yusof
Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan secara umum kepada media bahawa tindakan Adi Putra mendiamkan diri setelah kontroversi ini disiarkan oleh media, bukan kerana mahu melarikan diri sebaliknya tidak mahu menganggu/menghormati tugas pihak polis yang sedang menjalankan siasatan berkenaan kes itu.

Aida atau merangkap pengurus kepada Adi Putra turut menyatakan lagi, Adi Putra tidak melarikan diri ke mana-mana malah dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan keadaan sebegini.

Menurut cerita-cerita di media sosial pula, 'Second Hero' KL Gangster ini didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun, dalam tempoh perkenalan yang sahaja baru seminggu dan suami wanita berkenaan telah membuat aduan berhubung perkara itu

Dalam pada itu, beberapa laman blog, mula menyiarkan beberapa keping foto seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kontroversi skandal Adi Putra.

Sumber

SKANDAL GAMBAR LUCAH: ADI PUTRA TURUT BUAT REPOT POLIS KERANA DIKECAM PIHAK WANITA!!

Berita Harian hari ini menyatakan bahawa Adi Putra membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dalam repot tersebut, dia mendakwa telah diugut oleh lelaki yang mengaku suami kepada peminat wanitanya (Aida Anne Fasha). Entri aku sebelum ini ada mendedahkan salinan repot polis yang dibuat oleh pihak wanita tersebut "SALINAN REPOT POLIS KES ADI PUTRA HANTAR GAMBAR LUCAH KAT BINI ORANG"  [SINI] dan kini sedang disiasat oleh pihak polis.

Berdasarkan keterangan repot, Adi Putra mendakwa telah menerima panggilan daripada lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu dan lelaki tersebut ada mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan iaitu akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, dan juga berpendapat akan memastikan Adi Putra dihalau keluar dari Malaysia. Berikut merupakan laporan polis yang dibuat Adi Putra (source: rotikaya.com) atas dasar keselamatan diri dan juga keluarganya.

SALINAN REPOT POLIS YANG DIBUAT ADI PUTRA:

sila klik imej untuk paparan lebih besar

Aida Anne Fasha: wajah wanita yang dipercayai 'skandal' Adi Putra. Cantik siot... Patut la pun... Tett!!

Thursday, September 5, 2013

SALINAN REPOT POLIS KES ADI PUTRA HANTAR GAMBAR LUCAH KAT BINI ORANG

TELAH DIKEMASKINI PADA 05/09/2013, 2327HRS
Gambar hiasan
Kecoh dilaman sosial berikutan skandal artis berbakat idaman ramai wanita di Malaysia ni, iaitu Adi Putra hantar gambar lucah pada bini orang. Memang sukar nak percaya, tapi entah lah. No komen. Normal la lelaki kan. Bernafsu pada wanita.

ARTIKEL BERKAITAN:


Gambar wanita skandal dengan Adi Putra tersebar - Sekeping gambar wanita skandal Adi Putra telah dikongsikan oleh Fan Club Adira AF8 beberapa jam lepas namun wajah wanita terbabit telah diblurkan atas faktor keselamatan.

Daripada komen-komen yang dilemparkan peminat terhadap gambar tersebut, ada yang tidak percaya aktor kesayangan mereka itu sanggup berbuat demikian dan menganggap gosip liar berkenaan hanya fitnah semata-mata untuk menjatuhkan imej dan kredebiliti Adi Putra selama ini.


Bagi admin, susah nak percaya sangat dengan gosip-gosip mengejut seperti ini lebih-lebih lagi ianya berlaku ketika filem KL Gangster 2 bakal menerjah pawagam pada 3 Oktober ini. Apapun, kita tunggu dan lihat maklum balas dari pihak polis pula memandangkan laporan polis telah pun dibuat oleh kedua-dua pihak.




REPOT POLIS:

Ini adalah daripada sumber rakan-rakan. Bukan niat nak dedahkan keaiban orang. Tapi sebagai panduan kepada kita semua supaya tak buat macam ni kat perempuan.. terutamanya berstatus bini orang. Salinan repot adalah seperti berikut::

"SKUDAI RPT:****/13 
Pengaduan di buat oleh (1)(L)(M) berumur 56 tahun, 
Nama: Amiruddin bin Osman,
No.KPT:571222-01-****,
Pekerjaan:Ahli Perniagaan,
Alamat: Dirahsiakan 
KETERANGAN REPOT: 
Pada 07/08/2013 jam lebih kurang 0200hrs, semasa berada di restoran McDonalds Jalan Skudai-Pontian, pengadu telah melihat telefon isteri pengadu jenis Samsung S4 no.tel:016-*******, Hasil semakan pengadu ke atas telefon milik isteri pengadu terdapat SMS melalui Instagram dan Whatsapp dengan seorang lelaki yang nama gelarannya Adi Putra (Mohamed Hadi Putera bin Halim) iaitu artis Malaysia kerakyatan Singapura dimana dalam kandungan Whatsapp antara lelaki itu dengan isteri pengadu mengandungi kata-kata lucah serta terdapat gambar lucah termasuk gambar kemaluannya.Keadaan ini menyebabkan pengadu mendapat tekanan perasaan dan gangguan mental sehingga hubungan suami isteri renggang dan bergaduh setiap hari.Pengadu merasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu yang telah menggangu kehidupan pengadu sekeluarga. 
Hasil siasatan awal mendapati pada 7/8/2013, jam lebih kurang 0200hrs, semasa pengadu dan isteri sedang bersahur,pengadu telah  ternampak gambar (1)(L)(M) iaitu pelakon Malaysia di dalam telefon isteri pengadu.Sampai di rumah, pengadu telah meneliti kandungan telefon bimbit milik isterinya dan mendapati terdapat kandungan mesej dan gambar berunsur lucah diantara saspek dan isteri pengadu.Pengadu yang tidak berpuas hati telah membuat laporan polis kerana mengalami tekanan perasaan  disebabkan beberapa kandungan di dalam telefon bimbit isteri pengadu 
Butir-butir isteri pengadu:
Nama: Nooraida bt Abdul Mutalib No.KPT:831012-**-**** Pekerjaan: Ahli Perniagaan Alt: Tidak di beri 
Butir-butir OYDS:
Nama: Mohamed Hadi Putera bin Halim (Adi Putra) No.KPT: 810226-**-**** Pekerjaan:Pelakon/Penyanyi Alt: Dirahsiakan 
Hasil rakaman percakapan awal isteri pengadu dan OYDS terdapat pengakuan dimana mereka mula berbalas mesej mulai 29/7/2013 sehingga 5/8/2013 dan mengakui telah menghantar mesej dan bertukar gambar lucah milik mereka dengan alasan untuk suka-suka.Semakan juga dapati mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini. 
Kedua-dua telefon bimbit isteri pengadu dan OYDS telah dirampas dan akan dihantar ke makmal forensik untuk dianalisa. Kes disiasat dibawah sek 509 kk. OTI akan dipohon pada hari esok. IO : (dirahsiakan)."
**TERDAPAT INFO YANG TERPAKSA DIRAHSIAKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. TERIMA KASIH**

MY SLIDESHARE UPLOAD