Tuesday, January 28, 2014

#PRKKajang: TERKINI! @YuktesVijay BAKAL LAWAN @anwaribrahim!!

Tidak sampai setengah jam selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk bertanding di kerusi N25 Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang,, Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat untuk mencabar beliau.

Anak muda berusia 25 tahun itu tidak gentar untuk bertanding dengan calon yang lebih berpengalaman dan berpengaruh itu. Ini kerana apa yang penting bagi Yuktes adalah memberi keadilan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang adalah perebutan kuasa dalam parti yang menggunakan duit rakyat.

"Pilihan raya kecil ini menggunakan duit rakyat, duit saya! Ini tidak masuk akal, saya mahu gunakan duit tersebut dikembalikan kepada rakyat," katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Jelas Yuktes, beliau yakin akan kalah malah mungkin hilang wang pertaruhan semasa PRK tersebut namun apa yang penting adalah mencabar Anwar yang juga pernah menjadi bossnya dahulu.

"Jika saya kalah pun tidak mengapa, itu memang sudah dijangka tetapi jika Anwar menang tetapi majoritinya menyusut walaupun hanya dengan satu undi, itu adalah sesuatu yang paling memalukan beliau," katanya lagi.

Bersandarkan manifesto yang ringkas iaitu 'Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13', Yuktes akan mula berkempen dengan pergi ke kawasan-kawasan bermasalah di DUN Kajang.

Katanya, pelbagai janji yang telah ditabur semasa PRU-PRU yang lepas namum Kajang masih dibelenggu oleh pelbagai masalah antaranya jalanraya berlubang serta tiada pembelaan terhadap pemilik-pemilik gerai makanan yang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

DUN Kajang sebelum ini diwakili oleh Lee Chin Cheh yang memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,824 dalam pertandingan enam penjuru. - Malaysiagazette
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 27, 2014

#PRKKajang: KENAPA NAK @anwaribrahim GANTI @khalidibrahim? INI KENYATAANNYA!! (RASMI)

Kenyataan Media berkaitan Pilihanraya Kecil Kajang oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK):

"AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato' Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini."

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Ahli Parlimen Malaysia

P/S: Kenapa perlu Anwar juga? Kenapa? Kenapa Khalid tiba-tiba mahu turun? Pelik.....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRKKajang: ADUN KAJANG LETAK JAWATAN SEBAB BENCI @KhalidIbrahim?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR) telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe sebentar tadi.

Ini bermakna, Pilihan Raya Kecil DUN tersebut bakal diadakan tidak lama lagi selepas disahkan tarikh oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Difahamkan, perletakan jawatan ADUN Kajang ini adalah untuk memberi ruang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengisi tempat sabagai MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber tidak rasmi, Anwar digantikan untuk menjadi MB kerana Khalid sudah tidak tahan dengan tekanan disebabkan isu negatif yang berterusan,

Hurm...

Saya percaya bahawa kenaikan amaun gaji MB dan barisan EXCO Selangor baru-baru ini berkait dengan perletakan jawatan dan Anwar Ibrahim. Kini, tembelang sudah pecah! Tak pasal-pasal rakyat Selangor menanggung kesusahan disebabkan sikap kronisme mereka!

Kepada barisan jentera Barisan Nasional dapat memberikan komitmen penuh agar dapat merampas semula DUN bekas PKR tersebut. Pastikan kita menang!! InsyaAllah...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD