Friday, February 14, 2014

AL-KISAH @teresakok YANG SUKA BERJENAKA DAN DIJENAKAKAN.

Tak sangka, setelah saya baca entri dibawah, baru saya perasan bahawa banyak sungguh jenaka yang dibuat oleh Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok.

Sebagai rakyat Malaysia dan individu yang mempunyai gelaran 'YB', memang tidak patut untuk Teresa berjenaka secara keterlaluan dengan melibatkan sensitiviti kaum, keselamatan negara dan kedaulatan negara.

Namun, apabila ada pihak yang mahu 'berjenaka' semula dengannya, Teresa pula 'menolak'? Adakah kerana takut? Atau terasa hina dengan status 'Andartunya'? Hehe

Pastikan baca entri dibawah ini jika pembaca mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang 'JENAKA TERESA KOK', sambung baca dibawah:

JENAKA THERESA KOK

Link: http://kelateloni.blogspot.com/2014/02/jenaka-theresa-cock_13.html?m=1

" Bagi orang Cina sambutan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Apabila saya menonton video Chinese New Year Theresa Cock, saya melihat Theresa Cock berjenaka sahaja kononnya Tahun Kuda 2014 tidak bagus kerana semua barang naik,hina negara Malaysia paling tidak selamat, lakonan filem pertandingan tembak-menembak di Sabah, rakyat Johor ketakutan kononnya perompak berkeliaran dan ramai rakyat Malaysia bodoh disebabkan kerana pendidikan yang tidak berkualiti. 

Saya ingatkan semuanya itu jenaka sahaja, tapi dah jadi seperti cerita dalam "Drunken Monkey". 

Jenaka jadi parah apabila banyak respon masyarakat dan NGO marah dan membuat report polis. Theresa Cock pun jadi tidak keruan buat report polis. Kenapa jenaka perlu buat report polis? Theresa Cock perlu tonton filem "Labu dan Labi" dalam cerita P. Ramlee.

Saya melihat mereka membuat demo dan memijak-mijak gambar Teresa Cock dan melumurkan darah ayam di atas wajah Teresa Cock samalah seperti filem "Labu dan Labi" itu. Saya jadi terkedu, mengapa Theresa Cock marah, ianya hanya jenaka sahaja.

Teresa Cock membuat explaination bahawa apa yang diprovokasinya  itu hanyalah sebagai jenaka sahaja.Samalah dengan filem "Labu dan Labi".Saya pun berfikir semula, kalau kelakar, kelakarlah. Kenapa perlu serius?

So, apabila orang ramai dan NGO buat lagi kelakar dengan meletak kemaluan lelaki (Big Cock) di atas kepala Teresa Cock, melumur darah ayam ke atas gambar Teresa Cock,memijak-mijak gambar Teresa Cock, menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit kepada sesiapa yang Berjaya menampar Teresa Cock, saya fikir itu pun jenaka juga. Benda ni memang kelakar.

Kalau Theresa Cock kata video CNY tu satu jenaka, tindakan orang dan NGO pun jenaka juga. Tak nampak pun "Cock" atas kepala Theresa Cock semasa buat report Polis? Kalau ada, sudah tentu Polis Wanita lari bertempiaran! Kau orang memang suka buat kelakar rasislah.

Bila orang lain buat kelakar kat engkau, marah pula. Kau orang memang pandai baling batu sembunyi tangan!
Ooops, terlupa pulak saya, nama Teresa Cock pun jenaka juga tau…

Maybe Teresa Cock sendiri tidak faham, bukankah pepatah orang Cina ada berkata, 'Bunuhlah seekor ayam untuk menakuti seribu ekor kera"! So, bunuh ayam dan lumur darah ayam atas kepala Cock Teresa pun jenaka jugalah, kenapa Teresa Cock menggigil dan buat report polis.

Apabila Teresa Cock membuat report polis,saya berfikir secara rasional, adakah membuat report polis itu satu jenaka taraf dunia?Persoalannya, Teresa Cock tidak percaya kepada Polis?Ini lagi jenaka! Kamu tidak percaya kepada Polis tapi kamu membuat laporan kepada Polis…Bukankah itu satu jenaka?

Sekarang baru Teresa Cock terfikir batas-batas jenaka. Kalau ikut pepatah melayu, sudah terhantuk baru terngadah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nak kata Theresa Cock bodoh, dia pandai. Jadi Ahli Parlimen. Agaknya dia jadi Ahli Parlimen orang Cina sahaja. Sebabtu dia tak paham prinsip bernegara di Malaysia.

Jangan sampai nanti jadi seperti Salman Rushdie yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Isteri Rasulullah SAW. Ulama dan Imam Khomeini mengeluarkan fatwa Salman Rushdie mesti dibunuh kerana menghina Islam dan orang Islam. Adakah Teresa Cock melihat ini juga suatu jenaka? Salman Rushdie bersembunyi kerana takut dibunuh, adakah bersembunyi berpuluh-puluh tahun juga satu jenaka!

Apa sudah jadi kepada Negara kita ini? Semuanya sudah menjadi bahan jenaka. Agama dijenakakan, keselamatan Negara di jenakakan, apakah kita patut terus berjenaka lagi? 

Apa jenis Ahli Parlimen seperti ini meletak kepentingan diri lebih penting daripada kepentingannegara?

Anyway, sorry to say saya terlupa wanita Cina tidak kahwin dalam umur mencecah 50 tahun adakah satu jenaka?

Macamana dia nak lempiaskan nafsunya? Patutlah bernama Cock, patutlah ada orang letak Big Cock atas kepala dia!

Opps jangan marah semua ini jenaka saja
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut dengan tentangan, jangan jenaka sebarangan." - Kelateloni

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRKKajang: BENARKAH @KhalidIbrahim AKAN MASUK PAS KERANA TERANCAM DENGAN @anwaribrahim?

Ternyata Khalid Ibrahim kini sudah sedar diri dan rasa terancam dengan pencalonan Anwar di PRK Kajang. Dia sedar bahawa karier politiknya akan berakhir dimatikan Anwar.

Tapi adakah dia sedar bahawa dia sudah buat tindakan yang bodoh? Kononnya mahu selesaikan krisis dalaman PKR dengan memasukkan Anwar dalam kerusi DUN di Selangor, tapi sehingga tidak sedar dia dibodohkan Anwar secara terang-terang.

1) BENARKAH DESAS DESUS MENGATAKAN BAHAWA KHALID AKAN MASUK PAS?

Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah 'dirisik' untuk menyertai PAS.

Ini adalah kerana ketika dia diminta untuk mengulas mengenainya, Khalid seolah-olah terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.

"Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka," kata Khalid Ibrahim sewaktu sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Persoalan disini ialah mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara ini? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan 'khabar angin' mengapa dia perlu berdolak-dalih?

Justeru, jawapan Khalid tersebut telah menimbulkan spekulasi. Mengapa dia ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat?

2) KHALID TERANCAM DENGAN ANWAR:

Pada pandangan peribadi saya, agaknya tidak salah sekiranya saya beranggapan bahawa Khalid kini terancam dengan Anwar dan masih mahu menjadi MB Selangor atas tiket PAS.

Jika benar-benar Anwar ingin menggunakan kemenangan (Tu pun kalau menang) di Kajang sebagai 'peledak utama' agar Khalid meletak jawatan sebagai MB Selangor, saya yakin Khalid akan masuk PAS tanpa berfikir dua kali.

FYI, itulah alternatif agar PAS akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor. Spekulasi ini semakin hangat apabila Anwar membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya dan dapat mengambil alih jawatan tersebut (itupun jika perlantikannya diperkenan oleh Sultan Selangor).

3) TEMUBUAL OLEH AUSTRALIA'S NEWSLINE:

Dalam temubual ada mengatakan bahawa Anwar sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai 'ikon' sebelum melangkah ke Putrajaya. Adalah satu kesilapan besar jika Khalid terima tawaran Anwar itu.

Manakala, semasa Anwar ditemubual baru-baru ini, dia sekali lagi membayangkan bahawa dia akan menerajui kepimpinan negeri Selangor dan akan berbincang (kautim) dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan"- Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini berulang kali menafikannya, malah mengatakan bahawa dakwaan untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah 'spekulasi UMNO'. Malah disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu! Terbukti komponen-komponen parti dalam Pakatan Rakyat sudah tidak ngam!

4) DEWAN ULAMA PAS TAK SETUJU JIKA ANWAR JADI MB:

Untuk pengetahuan, Dewan Ulama Pas (DUP) sebelum ini turut TIDAK SETUJU sekiranya PRK Kajang ini dijadikan jalan pintas untuk peralihan kuasa Menteri Besar Selangor.

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada,"- Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS).

5) KONKLUSI:

Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkan. Mungkin ada beberapa 'permintaan' yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya berundur, antaranya memastikan 'proksi politiknya' turut dimatikan.

Sekiranya Anwar GAGAL untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, maka akan Khalid tidak akan teragak-agak untuk gunakan 'magis' yg ada pada tangannya untuk berhijrah ke PAS.

SUMBER ASAL: http://mynameblackpanther.blogspot.com/2014/02/khalidibrahim-masuk-pas-betoi-ke.html?m=0



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 13, 2014

HOT! PENIAGA MELAYU DI PULAU PINANG DIANCAM DAP!

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dibawah arahan kerajaan DAP sekali lagi bertindak kejam terhadap peniaga Melayu di P.Pinang. Peniaga Melayu yang membuka warung kecil sepanjang Jalan Bertam/Pinang Tunggal kini terpaksa berputih mata apabila punca pendapatan mereka cuba disekat oleh kerajaan negeri.

Seramai 32 gerai di sepanjang jalan itu milik Melayu kini telah digempur sepenuhnya oleh MPSP.Notis arahan pengosongan premis mereka telah diberikan serta merta oleh pegawai yang terlibat.Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng dilihat bertindak zalim keran tidak memberi layanan yang adil kepada peniaga Melayu.

Nasib peniaga Cina di P.Pinang dilihat amat bernasib baik,Pihak kerajaan negeri dilihat seolah-olah menutup sebelah mata kepada mereka.Banyak gerai-gerai haram masyarakat Cina di biarkan beroperasi tanpa dikenakan tindakan.

Beberapa gerai milik komuniti Cina di tengah kawasan bandar sekitar P.Pinang tetap beroperasi walaupun menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas yang teruk.Berbeza pula dengan gerai milik Melayu.Walaupun tidak mengganggu lalu lintas,gerai mereka tetap dikenakan tindakan dan diusir tanpa sebab yang munasabah.

Seorang peniaga yang sempat ditemui,Saudara Jeffry Mohd. Zain, 46,berkata, "Perniagaan kami di sini tidak langsung mengganggu lalu lintas.Pembeli boleh meletakkan kereta mereka di tepi laluan tanpa mengganggu aliran trafik.Mengapa pihak kerajaan DAP melayan kami sebegini'.'

Beliau turut merayu kepada pegawai MPSP yang terlibat agar agar gerai mereka dikekalkan dan tidak diroboh."Berilah peluang kepada kami untuk mencari pendapatan kerana boleh dikatakan kami hanya bergantung kepada perniagaan ini untuk menyara keluarga masing-masing," katanya lagi.

Walaupun mempunyai permit sementara,mereka tetap dihalau dan diarah mengosongkan premis dengan segera.Menurut peniaga-peniaga di sini,mereka terpaksa membayar sebanyak RM15 setiap bulan untuk permohonan permit sementara kerana MPSP tidak mengeluarkan lesen untuk penjaja.

Norazlina Hashim, 44, yang turut berniaga disitu berkata,beliau sedih apabila menerima notis kerana di situlah selama ini dia menjana pendapatan menyara lapan orang anaknya.

"Kalau ada tempat lain diberi sebagai ganti tak apa juga, tapi kami diarah berpindah segera sebab notis arahan berkuat kuasa serta merta" katanya lagi.

Untuk rekod , kerajaan negeri dibawah pimpinan Lim Guan Eng dilihat mempunyai reputasi yang tinggi dalam perobohan dan pengusiran gerai-gerai milik Melayu P.Pinang.Dari mula memerintah sehingga kini,perobohan gerai Melayu sering kali menjadi agenda utama kerajaan negeri.

MPSP telah memberikan tempoh selama seminggu kepada kesemua peniaga di situ untuk berpindah dan mengosongkan premis,Jika mereka ingkar,mereka boleh dikenakan tindakan yang lebih tegas dari pihak MPSP seperti kompaun dan gerai diroboh.

Sumber: UtaraNews


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone