Friday, February 14, 2014

#PRKKajang: BENARKAH @KhalidIbrahim AKAN MASUK PAS KERANA TERANCAM DENGAN @anwaribrahim?

Ternyata Khalid Ibrahim kini sudah sedar diri dan rasa terancam dengan pencalonan Anwar di PRK Kajang. Dia sedar bahawa karier politiknya akan berakhir dimatikan Anwar.

Tapi adakah dia sedar bahawa dia sudah buat tindakan yang bodoh? Kononnya mahu selesaikan krisis dalaman PKR dengan memasukkan Anwar dalam kerusi DUN di Selangor, tapi sehingga tidak sedar dia dibodohkan Anwar secara terang-terang.

1) BENARKAH DESAS DESUS MENGATAKAN BAHAWA KHALID AKAN MASUK PAS?

Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah 'dirisik' untuk menyertai PAS.

Ini adalah kerana ketika dia diminta untuk mengulas mengenainya, Khalid seolah-olah terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.

"Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka," kata Khalid Ibrahim sewaktu sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Persoalan disini ialah mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara ini? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan 'khabar angin' mengapa dia perlu berdolak-dalih?

Justeru, jawapan Khalid tersebut telah menimbulkan spekulasi. Mengapa dia ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat?

2) KHALID TERANCAM DENGAN ANWAR:

Pada pandangan peribadi saya, agaknya tidak salah sekiranya saya beranggapan bahawa Khalid kini terancam dengan Anwar dan masih mahu menjadi MB Selangor atas tiket PAS.

Jika benar-benar Anwar ingin menggunakan kemenangan (Tu pun kalau menang) di Kajang sebagai 'peledak utama' agar Khalid meletak jawatan sebagai MB Selangor, saya yakin Khalid akan masuk PAS tanpa berfikir dua kali.

FYI, itulah alternatif agar PAS akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor. Spekulasi ini semakin hangat apabila Anwar membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya dan dapat mengambil alih jawatan tersebut (itupun jika perlantikannya diperkenan oleh Sultan Selangor).

3) TEMUBUAL OLEH AUSTRALIA'S NEWSLINE:

Dalam temubual ada mengatakan bahawa Anwar sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai 'ikon' sebelum melangkah ke Putrajaya. Adalah satu kesilapan besar jika Khalid terima tawaran Anwar itu.

Manakala, semasa Anwar ditemubual baru-baru ini, dia sekali lagi membayangkan bahawa dia akan menerajui kepimpinan negeri Selangor dan akan berbincang (kautim) dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan"- Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini berulang kali menafikannya, malah mengatakan bahawa dakwaan untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah 'spekulasi UMNO'. Malah disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu! Terbukti komponen-komponen parti dalam Pakatan Rakyat sudah tidak ngam!

4) DEWAN ULAMA PAS TAK SETUJU JIKA ANWAR JADI MB:

Untuk pengetahuan, Dewan Ulama Pas (DUP) sebelum ini turut TIDAK SETUJU sekiranya PRK Kajang ini dijadikan jalan pintas untuk peralihan kuasa Menteri Besar Selangor.

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada,"- Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS).

5) KONKLUSI:

Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkan. Mungkin ada beberapa 'permintaan' yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya berundur, antaranya memastikan 'proksi politiknya' turut dimatikan.

Sekiranya Anwar GAGAL untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, maka akan Khalid tidak akan teragak-agak untuk gunakan 'magis' yg ada pada tangannya untuk berhijrah ke PAS.

SUMBER ASAL: http://mynameblackpanther.blogspot.com/2014/02/khalidibrahim-masuk-pas-betoi-ke.html?m=0



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive