Monday, February 17, 2014

#PRKKajang: @NajibRazak DIFITNAH LAGI! KINI GAMBAR DALAM GEREJA PULAK!!

Nampaknya semakin biadap dan bangsat kerana kehabisan modal puak-puak pembangkang ini.

Wajah PM memberikan ceramah di Gereja adalah fitnah! Diatas ada saya uploadkan bukti surat jemputan kempen Anwar.

P/S: Penjilat Tegar Anwar Bangsat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 16, 2014

LAGI KES HINA ISLAM!! MASJID DIHANTAR DAGING BABI!!

Awal pagi ini sebelum subuh seawal jam 5.30 pagi, seorang jemaah yang tiba di Masjid Cherok Tok Kun Atas di sini untuk menunaikan solat subuh terkejut besar apabila hendak memasuki masjid itu mendapati seketul daging diletakkan di hadapan pintu masjid berkenaan. Apabila ditelitinya, jemaah berkenaan mendapati bahawa ianya adalah seketul daging babi yang sengaja diletakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berikutan itu, jemaah berusia 78 tahun itu telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat.

Walaupun tidak diketahui pihak sebenarnya yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut, namun ianya bertujuan untuk menghina agama dan umat Islam selain berupa satu lagi provokasi terhadap umat Islam di Pulau Pinang khususnya bahawa "apa yang orang Islam boleh buat terhadap "kami"?". Ini bukanlah kali pertama kejadian meletakkan daging babi di masjid dikesan di negara ini. Sebelum ini beberapa kejadian yang serupa pernah dikesan berlaku di beberapa masjid di beberapa buah negeri. Cuma yang dikesalkan sikap kurang prihatin masyarakat Islam sendiri dengan tahap kesedaran yang rendah malahan ada yang lebih menjaga kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam telah menyebabkan kejadian-kejadian seumpama ini dipandang remeh. Persoalannya apakah akan jadi kepada agama Islam di negara ini apabila para penganutnya semakin leka dan alpa? - Sumber


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AYUH #JihadEkonomi DENGAN MEMBANTU PENIAGA MELAYU ISLAM!!


Isu-isu Melayu Islam antara perkara yang hangat dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013. Jika diperhatikan kuasa ekonomi orang Islam di negara kita jauh ketinggalan berbanding golongan bukan Islam.

Walaupun kerajaan memperkenalkan agenda untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera, ia tidak mampu direalisasikan tanpa kesedaran dalam diri kaum Melayu Islam itu sendiri.

Selain itu kebimbangan kaum Melayu Islam terhadap status halal produk-produk keluaran bukan islam kebelakangan memperlihatkan betapa pentingnya kaum Melayu Islam diberi kesedaran mengenai kuasa mereka selaku pembeli dan pengguna.

Kesedaran dalam diri masyarakat Melayu Islam perlu dipupuk mulai sekarang dan ia dilihat penting bagi memastikan kuasa ekonomi Melayu Islam dipertingkatkan, kaedah mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam perlu ada dalam diri kita umat Islam.

Ia sekaligus membantu meletakkan ekonomi orang Melayu Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ekonomi kaum bukan Melayu.



Justeru, sebagai pembeli dan pengguna kita perlu melakukan jihad ekonomi dengan mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam setiap kali mencari barang-barang keperluan harian.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam



Bersama kita membantu dan memberi sokongan dengan 'Buy Muslim Products First' bagi membantu ekonomi peniaga Melayu Islam. - YY