Showing posts with label Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Show all posts
Showing posts with label Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

@NajibRazak APA @TERAJUofficial BUAT DENGAN 'WANG BANTUAN' USAHAWAN BUMIPUTERA? @PMOMalaysia


TERAJU adalah singkatan bagi Unit Peneraju Bumiputera, iaitu satu biro yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membantu dan meringankan beban usahawan-usahawan bumiputera yang kini ketara kita lihat semakin mengecil dalam kemodenan yang pesat.

Namun, sejauh manakah TERAJU membantu usahawan bumiputera ini? Setelah meneliti beberapa pendedahan oleh laman Buletin Usahawan Melayu , memang tidak dinafikan bahawa berlaku ketirisan dalam biro ini.

*Untuk baca, klik [SINI] dan [SINI]

APA BUKTINYA? SILA TONTON VIDEO DIBAWAH KALAU NAK TAHU APA DAH JADI DENGAN TERAJU!!


Tidak cukup lagi? BACA INI PULA..

***************

TERAJU DIMINTA PERCEPATKAN BANTUAN KEPADA PEMOHON.. MACAM TAK LOGIK!! MANA JANJI MEREKA UNTUK BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA?

SEBANYAK HAMPIR RM1.5 BILLION JUMLAH PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN DALAM MASA 2 TAHUN, TETAPI HANYA RM60 JUTA SAHAJA YANG BARU DIBELANJAKAN???

Sumber: THE RAKYAT POST

KUALA LUMPUR, 20 Mac:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Selangor menggesa kerajaan memantau penjawat awam dan dasar yang digunakan kerana terlalu banyak kerenah birokrasi. 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media hari ini berkata, sehingga kini terlalu ramai peniaga yang tidak mendapat pembiayaan perniagaan seperti dijanjikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). 
Saya mendapat terlalu banyak aduan daripada pengusaha yang menyatakan permohonan mereka untuk mendapatkan Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) tidak diuruskan dengan elok sehingga terpaksa menunggu selama lima hingga tujuh bulan. 
“Tunggu selama lima hingga tujuh bulan itu pula bukan terus mendapat keputusan tetapi apabila ditanya, hanya mendapat jawapan sedang dalam proses penilaian.

“Penjawat awam yang ditugaskan untuk membantu pula dilihat tidak ikhlas bekerja kerana tidak langsung membantu apabila pengusaha bertanya. 
“Mungkin mereka itu robot, bekerja tanpa hati dan perasaan, saya faham memang ada proses untuk mendapatkan dana berkenaan tetapi biarlah dalam tempoh yang sewajarnya dan penjawat awam pula diminta tidak memandang ringan tugas mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini. 
Menurutnya, dengan kerenah sebegitu hanya akan menyebabkan beberapa pengusaha Melayu terpaksa gulung tikar kerana dana yang dijanjikan tidak ditunaikan. 
Selain itu, Nadzim juga mendakwa hanya beberapa pengusaha sahaja yang berjaya mendapatkan dana berkenaan kerana mempunyai kepentingan dalam politik. 
“Ini tidak adil bagi pengusaha lain kerana lebih ramai pengusaha yang layak tetapi permohonannya tidak dilayan, manakala pihak yang berkepentingan pula mendapat layanan yang sebaliknya,” katanya. 
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DUID, Normah Abu Bakar pula mempersoalkan ke mana perginya peruntukan sebanyak RM1.5 bilion seperti yang dijanjikan TERAJU kerana terlalu ramai pengusaha tidak mendapat dana berkenaan. 
“Ke mana perginya dana itu dan bilakah TERAJU akan menyerahkannya kepada pengusaha? Untuk mendapatkan dana itu, pengusaha perlu membuat kertas cadangan bagi menunjukkan bukti perniagaan. 
“Biasanya pula pengusaha terpaksa mengupah orang yang mahir antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk membuat kertas cadangan itu. 
“Meskipun bertungkus-lumus, malangnya sehingga ke hari ini permohonan mereka masih tidak diluluskan,” katanya. 
Menurutnya, TERAJU sepatutnya mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bagi mendapatkan nama pengusaha yang benar-benar mempunyai potensi untuk maju. 
“Saya harap, pihak kerajaan meneliti luahan pengusaha ini kerana jika perniagaan mereka berjaya, ia juga akan membantu meningkatkan ekonomi negara,” ujarnya. 
Sebelum ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menyasarkan pengagihan sebanyak RM1.5 bilion menerusi Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi.

PLEASE LAH TERAJU!!

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1118783

Sunday, February 16, 2014

AYUH #JihadEkonomi DENGAN MEMBANTU PENIAGA MELAYU ISLAM!!


Isu-isu Melayu Islam antara perkara yang hangat dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013. Jika diperhatikan kuasa ekonomi orang Islam di negara kita jauh ketinggalan berbanding golongan bukan Islam.

Walaupun kerajaan memperkenalkan agenda untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera, ia tidak mampu direalisasikan tanpa kesedaran dalam diri kaum Melayu Islam itu sendiri.

Selain itu kebimbangan kaum Melayu Islam terhadap status halal produk-produk keluaran bukan islam kebelakangan memperlihatkan betapa pentingnya kaum Melayu Islam diberi kesedaran mengenai kuasa mereka selaku pembeli dan pengguna.

Kesedaran dalam diri masyarakat Melayu Islam perlu dipupuk mulai sekarang dan ia dilihat penting bagi memastikan kuasa ekonomi Melayu Islam dipertingkatkan, kaedah mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam perlu ada dalam diri kita umat Islam.

Ia sekaligus membantu meletakkan ekonomi orang Melayu Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ekonomi kaum bukan Melayu.



Justeru, sebagai pembeli dan pengguna kita perlu melakukan jihad ekonomi dengan mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam setiap kali mencari barang-barang keperluan harian.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam



Bersama kita membantu dan memberi sokongan dengan 'Buy Muslim Products First' bagi membantu ekonomi peniaga Melayu Islam. - YY

Thursday, September 19, 2013

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA: KADAR KEMISKINAN 'KITA' ADALAH PALING RENDAH!! @NajibRazak #MEB #Teraju


Seperti anda sedia maklum, pada Sabtu lalu saya telah melancarkan inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Inisiatif ini menyediakan pelbagai strategi untuk dimanfaatkan, agar daya saing anda sebagai Bumiputera dalam sektor ekonomi dapat terus dipertingkatkan.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan dari dahulu lagi, iaitu sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, bagi menperkukuhkan kedudukan ekonomi kaum Bumiputera.

Hasil dari usaha-usaha ini, pendapatan purata isirumah Bumiputera telah meningkat dari RM172 sebulan pada tahun 1970an kepada hampir RM4,500 sebulan pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan sebanyak 2,500%!

Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera kini pada paras rendah iaitu 2% berbanding 65% dalam tahun 1970an.

Walaubagaimanapun, jurang ketaksamaan pendapatan antara kaum masih wujud di negara ini, dan kerajaan menyedari hakikat ini.

Misalnya, bagi setiap RM1 pendapatan yang dibawa pulang seorang Bumiputera, seorang rakyat berbangsa Cina membawa pulang RM1.43.

Mereka berupaya memperoleh pendapatan yang lebih tinggi kerana mempunyai daya saing yang tinggi, terutamanya dalam sektor ekonomi.

Justeru, pemerkasaan ekonomi Bumiputera, tidak kira di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak adalah perlu agar kepentingan ekonomi dapat dinikmati semua, tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Saya menyeru agar anda, sebagai seorang Bumiputera di Malaysia, merebut peluang yang telah disediakan melalui inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini demi pengukuhan taraf ekonomi anda dan negara.

Baca dan kongsi infografik strategi Pemerkasaan Ekonomi yang boleh didapati di laman Facebook saya dan layari www.teraju.gov.my untuk mengikuti perkembangan terkini tentang inisiatif-inisiatif kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi Bumiputera.


Untuk teks ucapan - SINI

MY SLIDESHARE UPLOAD