Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370: UPDATED!! SIDANG MEDIA TERKINI!! #MalaysiaAirlines #MH370

Ringkasan Sidang Media mengenai kehilangan pesawat MH 370:

~ 2 penumpang sahaja menggunakan pasport palsu
~ Ada rakaman CCTV mereka dan digunakan untuk siasatan
~ Angkatan Tentera Udara Malaysia pemegang kepentingan terbesar dalam pencarian pesawat
~ Ada kemungkinan pesawat melakukan air turn back, juruterbang tidak dapat menerbangkan pesawat ke destinasi. Tetapi masih mencari punca kehilangan signal
~ Pencarian masih dijalankan sehingga kini sehingga ke Selat Melaka
~ Bantuan dipertingkatkan. 22 kapal terbang, 40 kapal, helikopter Tentera Laut , 11 kapal terbang dari Tentera Udara, 13 kapal dari agensi maritim Malaysia, 1 kapal dari Amerika, 3 kapal dari China, 3 dari Singapura, 5 dari Indonesia
~ Misi mencari dan menyelamat dipergiatkan
~ Masih menyelidik data dari agensi antarabangsa, data dari radar militari
~ Kapal 777 beroperasi dengan baik dan boleh dipercayai

**Sidang media berikutnya akan menyusul jam 3 petang ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PrayForMH370: DISAAT NEGARA SEDANG BERDUKA, PEMIMPIN PEMBANGKANG PULA SUKA!!!


Jangan hanya tahu menyalahkan menteri atau pihak kerajaan, jika tidak tahu prosedur. Semalam jawapan kepada Mengapa Pesawat MH370 Tidak Diisyhtiharkan Terhempas telah pun didedahkan. Hari ini, faktor-faktor utama mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan 'Pesawat MH370 Hilang atau Terhempas' pula bakal didedahkan!! Ada juga yang menyatakan bahawa terdapat penumpang misteri yang menaiki pesawat MH370 itu (SINI) , dan menyebabkan timbul beribu spekulasi dikaitkan dengan unsur 'Terrorist'??


Berkait dengan entri saya sebelum ini:
Dipetik dari PISAU KEDAH, dimana dia telah kongsikan pendapat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Ahli Parlimen Kota Belud) berkaitan penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370 agar kita dapat nilai dan tafsirkan sendiri dan bukan hanya tahu menuding jari kepada kerajaan semata-mata:

1. Penumpang Pelbagai NegaraKita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing.
Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.
2. Hubungan Diplomatik
MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara.
Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370.
Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.
3. Misi Melibatkan 5 Negara
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan.
Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.

Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat.
Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit.

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370.
Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.
4. Tidak Semudah Yang DijangkaMisi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan.
MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap DihatiKali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa.
Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.
Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya.
Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.
Dato' Abdul Rahman Dahlan


Jom kita penuhi hari minggu anda dengan lawak jenaka oleh pihak yang otaknya diletakkan di LUTUT!!
Koleksi kebodohan pemimpin dan pengikut pembangkang - Double-Y
Manakala di bawah pula adalah spekulasi konon pihak MAS sengaja menutup perkara tersebut bagi melindungi reputasi syarikat mereka.
Terjemahan tulisan Km Ben di atas adalah :
"Malaysia Airline know early about the plane incident but MAS want to protect the reputation so didn't make announcement. MAS is like Barisan National only corruption and didn't take care people life..."
Rakyat kita terlalu ghairah, mereka mahu menjadi yang pertama melaporkan berita mengalahkan wartawan bertauliah.

Banyak lagi koleksi menarik 

#PrayForMH370: SENARAI NAMA ANAK KAPAL DAN KOMPILASI KENYATAAN RASMI @MalaysiaAirlines #MH370


Rujuk entri berkaitan [Klik SINI]


Berikut adalah senarai nama anak kapal dalam pesawat MH370 tersebut:

SUMBER:
Pada masa ini Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga terdekat 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal pagi hari ini.
“Kami mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal selamat” – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Pesawat MH370 sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 6.30 pagi tadi namun pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 2.40 pagi.

Pesawat MH270 membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri dari warganegara 13 buah negara.
Ahli keluarga penumpang yang terlibat diminta untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan maklumat terkini.
UNTUK MENDAPATKAN KENYATAAN RASMI OLEH Malaysia Airlines MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MH370, Sila klik SINI

Dibawah adalah 'screenshot' nya:








UPDATES LAIN BERKAITAN PESAWAT MH370 

MY SLIDESHARE UPLOAD