Tuesday, April 1, 2014

PENJAWAT AWAM HINA KERAJAAN: SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?


Sekarang kita lihat ramai penjawat awam yang menghina PM atau Kerajaan di Media Sosial. Adakah wajar untuk kita salahkan mereka secara total? atau ada bangsat lain yang menyorok disebalik mereka? Siap ada pekeliling baru yang dibuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Memetik semula petikan dari SUMBER


Kenapa KSN selalu menyalahkan kakitangan sokongan yang terlibat dalam Media Sosial mohon KSN jelaskan

Untuk makluman KSN Tan Sri Ali Hamsa mungkin atas desakan kewangan maka penglibatan diri kedalam kegiatan Media Sosial adalah amat mudah untuk seseorang kakitangan sokongan untuk lakukan bagi menampung kekurangan seisi keluarga dan desakan keperluan.

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA KERAJAAN DALAM FACEBOOK

KSN SILA JELASKAN
  • Kenapa ada sahaja Pekeliling baru dikeluarkan oleh Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan untuk pegawai sokongan yang telah melibatkan diri dalam Media Sosial?? 
  • Kenapa Pegawai Atasan sering sahaja menindas dan menzalimi kakitangan sokongan mencari rezeki lebih dalam kebolehan beliau menggunakan Media Sosial untuk membantu Kerajaan Malaysia serta membantu Perdana Menteri Malaysia sendiri. 
  • Atau ada dikalangan Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan adalah penyokong kuat pembangkang yang tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, 
  • Dan kemungkinan ada juga dikalangan Pegawai Atasan menjadi duri dalam daging memburuk burukan ke pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan juga menteri menteri Kabinet yang lain. 
  • Dan mungkin ada juga perasaan kecewa wujud pada kakitangan sokongan tersebut setelah berkhidmat lebih dari 14 tahun dan Pegawai Atasan tidak pernah menghargai dan beliau merasakan tidak pernah dihargai oleh Peringkat Atasan dan Peringkat Jabatan akhirnya bosan kerana sering diperkotak katikan oleh Pegawai Atasan. 

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA PERDANA MENTERI

Memandangkan kakitangan sokongan tersebut seperti Kerani tidak disediakan peralatan seperti komputer,meja dan sebagainya, bagaimana pula ada dikalangan kakitangan sokongan hanya berjawatan memandu dengan menggunakan kenderaan, Tetapi pemandu tersebut tidak disediakan kenderaan hampir berbulan bulan dan bagaimana beliau ingin melakukan kerja lebih masa (OT) sedangkan beliau ada tanggungjawab hendak dilakukan.

Dan ini boleh dikatakan Kerajaan Zalim Walaupun penglibatan saya dalam menggunaan Media Sosial ketika ini, saya banyak membantu Kerajaan Malaysia dan banyak membuat kajian sebelum saya menangkis segala tomahan tomahan dan cacian yang sering dibuat oleh orang awam Media Asing terhadap DS Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Monday, March 31, 2014

#MH370: RUSSIA DAKWA PESAWAT DIRAMPAS TENTERA LAUT U.S!! #PrayForMH370


Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.


Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.


Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku. - SUMBER

MARI KITA LIHAT SIAPA SEBENARNYA YANG DEDAHKAN AIB @anwaribrahim??


Pembangkang tidak henti-henti menuduh bahawa Barisan Nasional adalah merupakan dalang yang mendedahkan/menfitnah Ketua Pembangkang bahawa dia merupakan seorang peliwat.

Hakikatnya, seperti apa yang didedahkan oleh Saudara Ramesh Rao, Karpal Singh harus bertaubat , dan menceritakan kepada rakyat Malaysia kejadian sebenar mengenai isu yang dikatakan Karpal pada 22 OKT 1997 di Parlimen depan Tun M dan Anwar sendiri. Selepas tu Karpal telah membuat sidang akhbar pada tahun 2009 bahawa ' Anwar Ibrahim harus bertaubat '.

Saksikan video dibawah:


Dengan umur yang sudah berada dihujung-hujung, sebelum mati, Karpal harus ceritakan kepada seluruh rakyat Malaysia kebenaran disebalik "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat". 

Tak cukup dengan itu, siapakah yang menggelarkan gelaran Al-Juburi kepada Anwar? Mat Sabu kan?


Berikut adalah video penerangan daripada bekas hakim yang terlibat isu liwat Anwar. Apa-apa pun, saya sebagai blogger yang menuntut kebenaran ingin DESAK Karpal Singh supaya dedahkan cerita yang sebenar!!!

Rujuk juga di SINI

MY SLIDESHARE UPLOAD