Tuesday, April 1, 2014

PENJAWAT AWAM HINA KERAJAAN: SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?


Sekarang kita lihat ramai penjawat awam yang menghina PM atau Kerajaan di Media Sosial. Adakah wajar untuk kita salahkan mereka secara total? atau ada bangsat lain yang menyorok disebalik mereka? Siap ada pekeliling baru yang dibuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Memetik semula petikan dari SUMBER


Kenapa KSN selalu menyalahkan kakitangan sokongan yang terlibat dalam Media Sosial mohon KSN jelaskan

Untuk makluman KSN Tan Sri Ali Hamsa mungkin atas desakan kewangan maka penglibatan diri kedalam kegiatan Media Sosial adalah amat mudah untuk seseorang kakitangan sokongan untuk lakukan bagi menampung kekurangan seisi keluarga dan desakan keperluan.

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA KERAJAAN DALAM FACEBOOK

KSN SILA JELASKAN
  • Kenapa ada sahaja Pekeliling baru dikeluarkan oleh Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan untuk pegawai sokongan yang telah melibatkan diri dalam Media Sosial?? 
  • Kenapa Pegawai Atasan sering sahaja menindas dan menzalimi kakitangan sokongan mencari rezeki lebih dalam kebolehan beliau menggunakan Media Sosial untuk membantu Kerajaan Malaysia serta membantu Perdana Menteri Malaysia sendiri. 
  • Atau ada dikalangan Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan adalah penyokong kuat pembangkang yang tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, 
  • Dan kemungkinan ada juga dikalangan Pegawai Atasan menjadi duri dalam daging memburuk burukan ke pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan juga menteri menteri Kabinet yang lain. 
  • Dan mungkin ada juga perasaan kecewa wujud pada kakitangan sokongan tersebut setelah berkhidmat lebih dari 14 tahun dan Pegawai Atasan tidak pernah menghargai dan beliau merasakan tidak pernah dihargai oleh Peringkat Atasan dan Peringkat Jabatan akhirnya bosan kerana sering diperkotak katikan oleh Pegawai Atasan. 

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA PERDANA MENTERI

Memandangkan kakitangan sokongan tersebut seperti Kerani tidak disediakan peralatan seperti komputer,meja dan sebagainya, bagaimana pula ada dikalangan kakitangan sokongan hanya berjawatan memandu dengan menggunakan kenderaan, Tetapi pemandu tersebut tidak disediakan kenderaan hampir berbulan bulan dan bagaimana beliau ingin melakukan kerja lebih masa (OT) sedangkan beliau ada tanggungjawab hendak dilakukan.

Dan ini boleh dikatakan Kerajaan Zalim Walaupun penglibatan saya dalam menggunaan Media Sosial ketika ini, saya banyak membantu Kerajaan Malaysia dan banyak membuat kajian sebelum saya menangkis segala tomahan tomahan dan cacian yang sering dibuat oleh orang awam Media Asing terhadap DS Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive