Thursday, July 3, 2014

MENGAPA MAJLIS BERBUKA PUASA TAK CUKUP MAKANAN PUN NAK SALAHKAN @tengkuadnanreal?


Saya ingin meluahkan rasa kurang selesa dengan artikel oleh blogger Kulaan Niring bertajuk Meja Menteri Wilayah Makan Mewah Tapi Orang Ramai Datang Makan Tak Cukup??? @NajibRazak.

Majlis berbuka puasa tak cukup makanan pun nak salahkan Ku Nan? 


Adalah jauh lebih baik jika balun pemimpin pembangkang daripada membalun Ahli Parlimen sendiri dengan 'point' yang sangat remeh-temeh macam ni. 

Sudah terang lagi bersuluh menu berbuka tersebut disediakan oleh pihak katering, bermakna KATERING TU YANG MASAK TIDAK CUKUP, BUKANNYA KU NAN YANG BAGI MAKANAN TAK CUKUP.
" Yang sedihnya waktu orang lain dah berbuka masih ramai yang tadah pinggan kosong macam orang mintak sedekah. Ada 2 katerer, satu katerer berbuka untuk masjid dan satu katerer lagi untuk majlis menteri. Menunya berlainan. Dah tentu yang majlis menteri tu lebih "special". Nasi dengan lauk katerer masjid pukul 7.20 dah habis tapi kat khemah menteri bersepah lauk-pauk. Apa lagi, rakyat jelata pun pegi la ke katerer majlis menteri. Nak tau apa waiter / waitress kata kat rakyat jelata, "kami terima arahan lauk yang berbaki tu untuk top-up meja kat majlis menteri sahaja" 
Inilah sebabnya rakyat makin marah dan meluat dengan pemimpin dan menteri kerajaan BN terutama menteri UMNO bila cakap berdegar-degar buat semua untuk rakyat tapi benda macam nie takkan la tak nampak tak tanya. Bukan jauh pun sebelah khemah jer. Cuba berenti sat makan turun tahta tu bertanya khabar rakyat dah makan ker belum. Dapat lauk nak berbuka ker tak "

Tak perlu nak salahkan menteri melainkan kalau dia betul-betul buat salah.

SAMBUNG NANTI... IDEA KURENG!! :p

Tuesday, July 1, 2014

#JusticeForKajang: BAZAR RAMADHAN DIROBOH MPKj, WAN AZIZAH SALAHKAN UMNO!!


Dua, tiga hari ini kecoh dengan berita Baazar Ramadhan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Perasan atau tidak siapa ADUN yang telah diberi mandat oleh penduduk DUN tersebut untuk menjaga kesejahteraan rakyat?



SEDAR ATAU TIDAK, SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ADUN KAJANG TELAH MENUTUP PINTU REZEKI LEBIH 100 PENIAGA MELAYU, YAKNI SAUDARA SESAMA ISLAM KITA UNTUK MENCARI 'DUIT RAYA'
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti lebih kecil apabila mendapat 16,741 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya berjaya mendapat 11,362 undi. - THE MALAYSIAN INSDIDER
APA RESPON SI ADUN KAYU INI?


KENAPA PERLU SALAHKAN YB UMNO? SEDANGKAN INSIDEN INI TERJADI DIKAWASAN DIA SENDIRI!!

APA JANJI PRK KAJANG?


PETIKAN AWANI:
Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah pendapatan pada bulan Ramadan tidak kesampaian selepas gerai dibina di tapak Bazar Ramadan persendirian di Taman Kajang Raya dirobohkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). 
Tindakan itu diambil kerana tapak itu tidak mendapat kebenaran Mpkj dan kerajaan negeri untuk dijadikan pusat penjaja.
VIDEO:


#WorldCup2014: UPDATED! SENARAI PENJARING GOL TERBANYAK TERKINI


Berikut merupakan senarai penjaring terbanyak kejohanan bola sepak FIFA edisi ke 20 tahun 2014 di Brazil

Pemain yang menjaringkan goal terbanyak sepanjang kempen Piala Dunia akan memenangi Anugerah Kasut Emas FIFA 2014





Credit: mysumber

MY SLIDESHARE UPLOAD