Showing posts with label n25 kajang. Show all posts
Showing posts with label n25 kajang. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

#JusticeForKajang: BAZAR RAMADHAN DIROBOH MPKj, WAN AZIZAH SALAHKAN UMNO!!


Dua, tiga hari ini kecoh dengan berita Baazar Ramadhan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Perasan atau tidak siapa ADUN yang telah diberi mandat oleh penduduk DUN tersebut untuk menjaga kesejahteraan rakyat?



SEDAR ATAU TIDAK, SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ADUN KAJANG TELAH MENUTUP PINTU REZEKI LEBIH 100 PENIAGA MELAYU, YAKNI SAUDARA SESAMA ISLAM KITA UNTUK MENCARI 'DUIT RAYA'
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti lebih kecil apabila mendapat 16,741 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya berjaya mendapat 11,362 undi. - THE MALAYSIAN INSDIDER
APA RESPON SI ADUN KAYU INI?


KENAPA PERLU SALAHKAN YB UMNO? SEDANGKAN INSIDEN INI TERJADI DIKAWASAN DIA SENDIRI!!

APA JANJI PRK KAJANG?


PETIKAN AWANI:
Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah pendapatan pada bulan Ramadan tidak kesampaian selepas gerai dibina di tapak Bazar Ramadan persendirian di Taman Kajang Raya dirobohkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). 
Tindakan itu diambil kerana tapak itu tidak mendapat kebenaran Mpkj dan kerajaan negeri untuk dijadikan pusat penjaja.
VIDEO:


Monday, March 24, 2014

#PRKKajang: TAHNIAH WAN AZIZAH DIATAS KEMENANGAN, WELCOME PRK PERMATANG PAUH!!


KEMENANGAN TIADA NILAI KERANA PELAN ASAL LANTIK ANWAR MB TIDAK MENJADI

(KAJANG MOVE TO MENTRI BESAR FAILED) 

Sebagaimana telah diramal, Wan Azizah menang dengan majoriti berkurang kepada lebihkurang 5,000 sahaja. Kemenangan itu tiada nilai, kerana kemenangan sebenar ialah apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful dan Anwar terhalang menjadi calon di Kajang. Itulah kemenangan sebenar umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sebaliknya pengurangan majoriti yang merosot itu memberi petanda positif rakyat sudah mula menolak PKR.

Apapun yang berlaku, kumpulkan tenaga, kuatkan minda, jumpa lagi di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. - My Massa


Sunday, March 23, 2014

#PRKKajang: PERINGATAN TERAKHIR KEPADA SEMUA PENGUNDI #N25Kajang . SEBARKAN!


SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENGUNDI BERDAFTAR UNTUK DUN N25 KAJANG. HARI INI MERUPAKAN HARI BAGI ANDA SEMUA MEMBUAT PEMILIHAN SEMULA BAGI MENGISI KEKOSONGAN SETELAH BEKAS ADUN YANG TELAH DIPILIH ANDA SEMASA PRU-13 LEPAS, IAITU LEE CHIN CHEH DARI PARTI PKR TELAH MENGKHIANATI MANDAT YANG DIBERIKAN ANDA SEMUA.

AMANAT YAB PM UNTUK PENGUNDI KAJANG

CALON BN, DATIN PADUKA CHEW MEI FUN TELAH BERJANJI BAHAWA

KENAPA PERLU PILIH CHEW MEI FUN SEBAGAI ADUN KAJANG?

[INFOGRAFIK]

SEBAB-SEBAB MENGAPA PENGUNDI KAJANG WAJIB TOLAK CALON PKR, DATIN SRI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

[INFOGRAFIK]

[VERSI KOMIK]











[VERSI HYPERBOLA]

PENGUNDI KAJANG SEDAR TAK BAHAWA WAN AZIZAH ADALAH CALON BONEKA?




[VIDEO] #PRKKajang: PILIH CALON BERKUALITI & BERINTEGRITI, BUKAN CALON 'BONEKA SUAMI UNTUK RAIH SIMPATI'!!

TOLAK CALON BONEKA!!

Berikut adalah ucapan penuh oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun (Azwan Bro) semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bilik Gerakan Pemuda UMNO di PDM Bandar Kajang (DUN N25 KAJANG).

"Kita dapat lihat, Barisan Nasional sekali lagi menunjukkan komitmen yang tinggi dalam semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (parti komponen), Walaupun pengundi Kajang majoritinya adalah kaum melayu, iaitu sebanyak 48%.. Tapi dalam PRK Kajang ini, kerana kita (BN) percaya akan kualiti yang ada pada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dari kaum cina, sokongan yang tidak berbelah bagi akan tetap diberikan!!", kata Azwan Bro semasa ucapannya.

VIDEO UCAPAN AZWAN:


Azwan menyatakan bahawa kejayaan yang BN buktikan sekarang ini adalah terletak pada kualiti kepimpinan, tidak kiralah calon tersebut kaum apa sekalipun.


Quote:
  "JIKA ANDA TELAH MEMILIH CALON YANG BERKUALITI, BERMAKNA ANDA TELAH MEMILIH UNTUK PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK." 
InsyaAllah.

Ucapan yang mantap ini juga telah menyelitkan slot untuk mendoakan keselamatan penumpang dan krew MH370 (Pray For MH370) oleh semua hadirin yang hadir. 

Disaat semua orang dalam kesedihan atas insiden pesawat yang berlaku, ada juga pihak yang cuba ambil kesempatan.

Maka, Azwan Bro telah menyelar sekerasnya media asing yang cuba memburukkan imej Malaysia dimata dunia dengan memperlekehkan kreadibiliti pemimpin negara dalam menangani insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang lenyap entah kemana sejak 8 MAC lalu. Dalang disebalik perkara ini adalah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

PESANAN AZWAN BRO KEPADA PENGUNDI:



P/S: SELAMAT MENGUNDI PENGUNDI DUN N.25 KAJANG! 

#TolakWAWI!!



Saturday, March 22, 2014

[INFOGRAFIK] #PRKKajang: SENARAI JUTAWAN SEWAKTU ANWAR MENTERI DULU

15 TAHUN ANWAR BERKUASA. BENARKAH DIA TIADA KRONI?


[dikemaskini pada 23/3/2014, 0200HRS]

#PRKKajang: [MAKLUMAT KHAS] KENAPA PENGUNDI #N25Kajang WAJIB TOLAK WAN AZIZAH!!! #TolakWAWI


Esok (23 MAC 2014, AHAD) adalah hari penentu siapakah pemimpin pilihan penduduk DUN N25 Kajang. Jika mahu dibandingkan kecemerlangan rekod diantara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah sepanjang tempoh berkempen sejak hari penamaan calon, ternyata calon BN jauh lebih baik dan cemerlang. Kenapa saya cakap begitu? Baca infografik berikut:
  • CHEW MEI FUN ADALAH CALON BERINTEGRITI DAN BERKREDIBILITI

LAPORAN BERITA:

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Petaling Jaya Utara dari tempoh November 1999 sehingga Februari 2008. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tarikh 10 April 2009 sehingga 29 April 2010Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi Kerusi Parlimen P094 PJ UTARA pada pilihanraya kali ke 10.

Berikut adalah keputusan pada pilihanraya ke 10 bagi Parlimen P094 PJ UTARA

1. Chew Mei Fun (BN) 25,603 2,481 (majoriti) 
2. Liu Tian Khiew (DAP) 23,122 
3. Wee Chek Aik (MDP) 706
Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.

Pada 28 Mac 2010 semasa pemilihan MCA, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden. Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis.

Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk “Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita”, “Kami sokong anda”, “Kami perlukan anda” dan “Jangan letak jawatan!”Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini. - KL-XPRESS

  • 10 PERKARA TENTANG WAN AZIZAH YANG WAJIB DIKETAHUI

UNTUK BACA KOLEKSI PEMBOHONGAN WAN AZIZAH VERSI KOMIK KLIK [SINI]


Tak Mustahil Wan Azizah Tumbang Di Kajang
BERUANG BIRU:
Ramai yang merasakan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail tidak akan berdepan dengan masalah untuk mengekalkan penguasaan PKR di Kajang. Ini kerana dengan sokongan padu dari masyarakat Cina yang memihak kepada pakatan rakyat di tambah dengan imej lembut yang ditonjolkan oleh Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim itu sudah pasti akan menang berjaya menang dengan bergaya.
Namun selagi belum dibuktikan dengan pengiraan undi, semua pendapat tersebut hanya kekal sebagai teori semata-mata. Ini kerana di dalam pilihanraya adakalanya ia boleh berubah dalam sekelip mata. 
Sebagai contoh, sebelum ini ramai yang merasakan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) adalah merupakan sau gabungan yang kuat dan musahil untuk dikalahkan. Namun keputusan pilihanraya umum ke-12 dan ke-13 membuktikan sebaliknya. 
Disebabkan beberapa faktor dan kelemahan yng ditunjukkan oleh BN/Umno, pakatan rakyat akhirnya berjaya merampas beberapa kerusi sekaligus menindakkan majoriti dua pertiga parti pemerintah. 
Atas sebab itu juga, perkara yang sama juga tidak mustahil berlaku kepada Wan Azizah. Ini kerana apabila diteliti dari semua sudut, Wan Azizah sebenarnya berdepan dengan laluan yang sukar. 
Sebagai contoh tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim bertanding sebenarnya telah menyebabkan rakyat marah. Ini kerana, selain mempermainkan proses demokrasi, ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik rakyat terlibat dalam kancah perebutan kuasa di dalam parti itu. 
Tambahan pula parti itu pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama Azizah tewas pada PRK itu nanti. 
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, juga boleh menyebabkan Azizah tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadi Anwar. 
Di tambah dengan faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Azizah. Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya. 
Track record Azizah yang pernah bertanding di kerusi parlimen Pematang Pauh bagi mengantikan Anwar juga antara faktor penting yang perlu diambil kira. Ini kerana walaupun telah diberikan mandat oleh rakyat, namun Azizah akhirnya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen semata-mata untuk membolehkan suaminya bertanding. 
Kesimpulannya tindakan PKR yang suka mempermainkan amanah rakyat khususnya pengundi akan menyebabkan parti itu tersungkur di Kajang. 

  •  WAN AZIZAH CALON BONEKA


  • HOW ABOUT JAM OMEGA? WHERE'S OMEGA WATCH?


#PRKKajang; [KOMIK] KOLEKSI PENIPUAN WAN AZIZAH SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN!! #TolakWAWI

KOLEKSI PENIPUAN CALON PKR UNTUK PRK DUN N25 KAJANG, DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL (WAWI) SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN







INI PULA PENIPUAN ANWAR DALAM ISU PESAWAT MH370


#PRKKajang: APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI #SelawatPerdana, REFORMASI 2.0 & KES LIWAT II? #PrayForMH370


Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya meracun penyokongnya dengan mengadakan Reformasi 2.0 bagi 'menyelamatkan' dia daripada hukuman penjara buat kali kedua dengan kesalahan yang sama (LIWAT).

Perdana Menteri dan pendakwah, Habib Syech ketika di Selawat Perdana.
VIDEO:


Seperti yang kita semua tahu, tarikh yang sama dengan Majlis Perlancaran Reformasi 2.0 ini juga adalah sama dengan tarikh program Selawat Perdana diadakan.


Ikhlas dari hati, saya sedih melihat gelagat penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ke Majlis Perlancaran Reformasi 2.0 ini. Kenapa? Ini adalah kerana semasa mereka memekik laungan "Reformasi!!", "Hancur BN", "Bebas Anwar" & etc adalah disaat 500,000 umat Islam sedang membaca Qasidah dan Selawat keatas Rasul di Putrajaya (Selawat Perdana).

Sedikit gambar sekitar program:









klik SINI untuk lihat foto-foto lain

Dimana pemimpin PAS? Dimana penyokong PAS sewaktu program selawat ini berlangsung? Mana perjuangan Islam/kepimpinan ulama' seperti apa yang PAS canang sana sini bahawa itu adalah prinsip parti mereka? Ternyata PAS ibarat lembu dicucuk hidung dan sebagai umpan untuk 'MENGISLAMKAN DAP' dalam Pakatan Rakyat.


Berbalik kepada 'point' penyokong Anwar yang hadiri Reformasi 2.0:


Secara rasionalnya, kita tidak boleh salahkan mereka, zaman sudah berubah. Ini adalah kerana mereka mungkin sudah termakan dengan hasutan/pembohongan Anwar yang kononnya dizalimi kerajaan. Atas dasar simpati dan hasutan rakan-rakan, ianya secara halus telah berjaya mengheret mereka turun ke Stadium Kajang untuk menjadi pejuang reformasi.

Sila tanya mereka, "Apakah reformasi?", saya yakin, hanya 10% daripada mereka sahaja memahami apa itu reformasi, kerana golongan yang memahami erti reformasi ini sudah lari tinggalkan Anwar!

 
Gerakan Reformasi 2.0 Lebih Berpahala Berbanding Selawat Perdana 
Bagi menganggu kelancaran majlis Gerakan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam ini, UMNO dengan sengaja telah menganjurkan upacara Selawat Perdana di Putrajaya. 
Tujuannya supaya orang Islam akan serba salah nak hadir ke Kajang atau ke Putrajaya. Satu acara politik dan satu acara agama, mana satu lebih penting. 
Kalau tanya pada aku, sudah tentu Gerakan Reformasi ini lebih penting. Ikut makluman kawan-kawan, selawat ini dimana-mana pun boleh buat, di rumah pun boleh. Kenapa mesti nak beramai-ramai berselawat bila perkara itu boleh dibuat bersendirian, itu yang tak faham? 
Lagipun kita bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim - menurut sesetengah pendapat alim ulamak, satu orang manusia yang sudah mencapai tahap wali!! Beliau sekarang sedang dizalimi, jadi antara membela wali Tuhan ini dengan berselawat, mana lebih penting? 
Jawapannya semua sudah tahu. 
Ini belum lagi kita bercakap bagaimana aktiviti berselawat secara beramai-ramai ini dikategorikan para ulama sebagai bida'ah (betul ke ejaannya tu) sebab katanya zaman Nabi dulu perkara itu tidak pernah dibuat orang. 
Yang maklum perkara ini bukan ulama PAS atau ulama PKR, tapi ulama UMNO sendiri, Dr. Fathul Bari, jadi nak kata macam mana sekarang? 
Tidak hairanlah kenapa ketika ia diadakan di Kedah bulan lepas, seluruh alim ulama di dunia ini mengecam aktiviti tersebut kerana tidak selari dengan Islam. Tapi sebab sambutan nampak hebat (yang datang semua bodoh dan sesat), maka UMNO nak mengulangnya semula di Putrajaya. 
Dengan matlamat untuk menyesatkan lebih ramai orang lagi dan juga menganggu kelancaran peristiwa bersejarah di Kajang - perasmian Gerakan Reformasi 2.0. 
Jadi Pakatan Rakyat menyerulah kepada semua orang Islam, jangan jadi bodoh dan fikir keutamaan yang lebih besar. Kita mahu menegakkan keadilan untuk Anwar, kita juga mahu Anwar tidak dipenjarakan kerana dakwaan palsu - meliwat Saiful Bukhari secara paksa. 
Anwar tidak meliwat Saiful secara paksa, tapi perbuatan itu adalah secara sukarela, seperti yang disahkan sendiri oleh Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong. 
Datanglah beramai-ramai ke Kajang malam ini, itu lebih bermanfaat berbanding selawat perdana di Putrajaya.
Baca artikel penuh --> [SINI]
Memetik daripada penerangan artikel tersebut, apa pendapat anda?

Bagaimana pula jika saya jawab dengan video ini:


Adakah ini membuktikan bahaw mahkamah tidak adil? Tak terkira peluang dan penangguhan yang mahkamah telah berikan kepada Anwar sepanjang perbicaraan berlangsung.

Friday, March 21, 2014

#PRKKajang: RISALAH FITNAH DIEDARKAN!! TAK CUKUP KE DENGAN FITNAH DARI MULUT WAN AZIZAH???


Seperti yang dijangka, disaat akhir sebelum tarikh buang undi, pasti ada 'Black Ops' dari pembangkang. Nampaknya mereka masih menggunakan modus operandi yang sama, iaitu edaran risalah.

Yang terbaru ialah risalah yang kononnya calon BN PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun ini meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri suatu ketika dahulu adalah kerana takut didakwa mendera pembantu rumahnya pada tahun 2010 lepas. Yang menariknya, siap ada logo PERKASA lagi.

Jentera dan Pemimpin MCA tak bodoh untuk percayai benda yang tak logik seperti ini. Jangan ingat ideologi mereka sama seperti pembangkang yang hanya tahu 'YES' apa sahaja Anwar cakap.

HAHAHAHA!


Sumber adalah dari blog PENA TANAH MELAYU:
Tinggal 2 hari lagi tempoh berkempen, pembangkang sudah ketandusan idea untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Tindakan pembangkang mengadakan 'black ops' dengan menyebarkan risalah di sekitar Sg Sekamat, kononnya calon BN meletak jawatan Timbalan Menteri kerana mendera amah amat tidak masuk akal. 
Nampak sangat ada niat buruk pembangkang apabila meletakkan logo PERKASA pada risalah berkenaan. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaga-lagakan PERKASA dan MCA. Umum mengetahui Mei Fun meletakkan jawatan beliau kerana prinsip. Beliau tidak mahu berketuakan seorang Presiden yang mempunyai masalah moral. Tudak sepeti seorang calon tu yang sanggup jadi isteri kepada seseorang yang amat rosak moralnya.
REMINDER:- VIDEO JANJI MEI FUN KEPADA WARGA KAJANG



P/S: KITA TENGOK MASJID MANA PULAK YANG NAK SELIT SURUH VOTE WAN AZIZAH DALAM KHUTBAH JUMAAT KEJAP LAGI.


Thursday, March 20, 2014

#PRKKajang: AIRMATA WAN AZIZAH HANYA TAKTIK UNTUK TAGIH SIMPATI RAKYAT SERTAI #Reformasi2!!!


Malam ini program yang diatur oleh Prof Redzuan UMCEDEL yang merupakan bekas Presiden ABIM yang cuba menafikan kaitan dengan Anwar Ibrahim penipu tapi ingat orang tak tak tahu.


Program itu akan cuba memberi satu spin yang ada sentuhan legal hasil persembahan Latheefa Koya yang cuba mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan. Malangnya cerpen 20 muka surat drama perundangan versi Anwar itu sudah bocor.

Dipetik dari The Flying Kick


.... apabila mereka sendiri melakukan fitnah secara terang-terangan, mereka memberikan alasan, itu adalah PERJUANGAN RAKYAT. Mereka sentiasa berselindung, sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah yang benar.

Sedangkan PKR sendiri hidupnya bermula dengan FITNAH, perjalanannya penuh FITNAH, bahkan dipimpin oleh golongan penfitnah yang kerja mereka hanyalah untuk menyelamatkan KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim dan membela perlakuan songsangnya dengansegala macam alasan.

Skrip KEMPEN DNA (DATO' NAJIB ALTANTUYA) - Maklumat dan Fakta Kes Selepas Kes Pendakwa Selesai sudah pun bocor.

Dari hujah sehinggalah kepada kronologi yang disediakan untuk kemudahan tukang kempen PKR menabur fitnah,cukup lengkap dan mengesahkan bahawa PKR sebenarnya adalah angkatan penfitnah terulung di Malaysia semenjak tahun 1957.

DAP yang telah mencetuskan tragedi berdarah sekalipun, tidak melakukan pembohongan yang sebegitu karut sebagaimana PKR.

Contoh terbaik ialah:

Hujah Ke-2 muka surat 13 skrip berkenaan:

Tidak ada Bukti Penemuan, Malah Sampel Yang Diambil Menimbulkan Keraguan.

Terang-terang si penulis skrip menyatakan bahawa kedua-dua pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrwai Kuala Lumpur dengan secara jelas menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang penetrasi atau pun tanda-tanda bahawa penetrasi telah berlaku.

Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pemeriksaan awal di Hospital Pusrawi tidak dibuat ke bahagian dalam dubur memandangkan kes itu adalah kes jenayah. Sebarang kes jenayah kemudiannya akan dirujuk kepada Hospital Besar Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan pemeriksaan doktor biasa di Hospital Besar Kuala Lumpur yang akan membuat pemeriksaan luaran, manakala pemeriksaan dalaman bagi tujuan forensik dan klinikal akan diserahkan kepada doktor pakar.


Untuk Selanjutnya [klik SINI]

Pembohongan mereka berasaskan Saiful tidak ada di kondo (auta yang susah untuk diterima akal), tiada bukti perubatan (auta basi yang di recycle), penafian air mani wujud (yang ditolak hujah di mahkamah rayuan) dan rekaan bahawa sampel DNA dari dubur Saiful telah bertukar tangan (rekaan yang ditilak mahakmah rayuan).

Maka akan dikatakan ini adalah ulangan konspirasi 1998. Konon Saiful ada jumpa Najib dan Rosmah dua hari sebelum kejadian sodomi.

Kempen PRK Kajang ini bukan berasaskan isu rakyat tapi isu dubur yang jadi keseronokan Anwar. Malah mereka cuba adakah finale ala Reformasi 1998.


Skrip Neng Azizah menangis pun akan diulang tayang juga. Usaha sedang dilakukan untuk membawa seramai pelajar-pelajar



Malah penuntut-penuntut dipancing dengan wang untuk datang:


Janganlah membuang masa kerana Kajang akan jam seteruk-teruknya dan penduduk Kajang tdak akan keluar dari rumah dan kawasan. Malah maklumat yang diterima SAMM dan UNit Amal akan lakukan huru hara tapi persaalahkan BN.


Bagi student yang nak datang, nak pergi makan masa tiga jam dan balik makan masa tiga jam. Memang seronok ... tapi kerja buang masa punya kerja.

Kes kali ini lebih solid dari kes dahulu. Itu pasal tiada orang dulu yang bersama Anwar lagi melainkan Azmin dan Saifuddin Nasution...

Itu pun Azmin akan mula tentang Anwar setelah menyedari dirinya diperguna. Kalau Azmin boleh diperguna, inikan pula kau orang yang masih hidung berhingus. - The Unspinners

MY SLIDESHARE UPLOAD