Friday, August 15, 2014

NGO MANA BERANI 'SOUND' SULTAN SELANGOR TENTANG KRISIS MB?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diminta agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Teo Beng Hock Trust For Democracy, Faisal Mustaffa berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai pemilihan pucuk pimpinan negeri itu tidak seharusnya menerima campurtangan dari Sultan Selangor.

"Kita mohon agar Sultan Selangor untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan keputusan mengenai pemilihan pucuk pimpinan kerajaan negeri," katanya pada sidang media 'Kembalikan Selangorku' A Black Ribbon Campaign di sini, hari ini.

Beliau yang juga Koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim meletakkan jawatan selepas memberhentikan lima exco negeri itu.

"Kami terkejut dengan pemecatan lima orang exco negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dibuat oleh beliau (Khalid Ibrahim).

"Keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu tidak demokratik ia betul-betul menghina pengundi di Selangor," ujarnya.

Dalam pada itu Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal disetiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada PR.

Sumber: rakyatnews.my

Thursday, August 14, 2014

[FOTO]: RISALAH YANG DIEDAR PKR UNTUK SABOTAJ KHALID IBRAHIM!!


Kesian Khalid..
Gigih benar Pakatan Rakyat (PR) berusaha untuk memastikan nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ‘busuk’ dimata rakyat negeri tersebut. 
Terbaru, risalah yang kononnyamembongkarsegalaketidakjujuran Khalid telah mula disebarkan kepada umum. 
Iatermasuklah kronologikes pelupusan hutang berpuluh jutaringgityang kemudiannyaturut dikaitkan dengan perjanjian air, projek lebuh raya tol (KIDEX) sehinggalah kontrak pembangunan hartanah kepada‘rakan lama’. 
Pada masa yang sama, risalah itu turut menyebut sebab Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersungguh sungguh mempertahankan Khalid. 
Tidak cukup dengan itu, isu-isu yang belum diselesaikan oleh Khalid turut disenaraikan termasuklah isu sampah. 
Pendek kata, memang dilondehkan sehabis-habisnya. 
Selanjutnya
Sekadar hiasan
ULASAN


Memang benar apa yang dikatakan Khalid sebelum ini, 'tragedi' pemecatan Khalid dari PKR adalah pentas untuk membuktikan siapa Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) sebenarya.

Sebelum ini, mungkin penyokong Anwar tidak nampak, kini sudah semakin ramai sudah muak dek nepotisme yang diamalkan Anwar.

FOTO RISALAH 





'PUJIAN' BUAT ANWAR

INFO KHAS SEMPENA SAMBUTAN #Merdeka57: 'MALAYSIA.. DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"

"Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" 
Ungkapan diatas adalah tema yang telah dipilih bagi sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57.


Tema itu dipetik dari lirik lagu “Warisan” yang dipopularkan oleh lagenda seni tanah air, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.


Konsep sambutan kemerdekaan pada tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, tahun ini sambutan akan diadakan secara sederhana ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang menimpa negara kita baru-baru ini.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu. 

Nahas pesawat MH17, yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine ketika dalam perjalanan ke Amstardam.

Selain itu, program untuk meraikan #Merdeka57 telah dirancang dengan teliti bagi memastikan ia memberi kesan kepada rakyat dalam memperingati dan menghargai kemerdekaan negara serta menyemarakkan sambutan tahun melawat Malaysia 2014



VIDEO PROMO #MERDEKA57:


Logo #Merdeka57

MAKSUD:




P/S: SALAM KEMERDEKAAN KE-57 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!


MY SLIDESHARE UPLOAD