Kalau nak ikutkan apa yang lahanat ni kata, memang takkan mampu dia memiliki rumah sebesar ni tambahan pula dia seorang yang berbangsa cina dan DAP selalu mengatakan bahawa bangsa bukan Melayu di Malaysia sering tertindas oleh Barisan Nasional selama memerintah.
Tapi seperti biasa Kok Ming akan membuat pusingan untuk menyelamatkan diri dimana beliau mengatakan bahawa selaku seorang peguam senior beliau memang mampu untuk membeli rumah sebesar ini tambahan pula ianya bukan dibayar tunai tapi secara ansuran selama 20 tahun dan kediaman ini bukan bernilai RM 10 juta.
Bagi Sangkakala pula kalau harga rumah ni bukan RM 10 juta, ianya mungkin bernilai RM 5 juta dan jika nak di bahagikan dengan 240 bulan ianya menelan belanja sebulan lebih kurang RM 20 ribu sebulan sebagai ansuran.
Darimana Kok Ming dapat duit sebanyak itu sebulan dan bagaimana pula dengan perbelanjaan harian yang lain? Dari mana sumber lebihan pendapatan tersebut?
Daripada perkiraan biasa yang Sangkakala buat, untuk perbelanjaan Kok Ming serta keluarga sebulan mungkin mencecah hingga RM 30 ribu sebulan adakah firma guaman beliau mampu menjana pendapatan sebegitu tinggi.
Mungkin pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh memulakan siasatan pendapatan Kok Ming dan adakah beliau membayar cukai pendapatan sepertimana yang beliau perolehi.
Kok Ming juga membuat ugutan bahawa beliau akan mengambil tindakan jepada blogger blogger yang mendedahkan gambar kediaman dan keluarga beliau dan kononnya ini membuatkan keluarga beliau kini didalam keadaan yang bahaya.
Apa yabg bahaya nya? Adakah Kok Ming menyimpan wang tunai juga dalam rumah beliau atau ianya sengaja disebut untuk menakut nakutkan penulis laman blog dari terus mendedahkan kekayaan milik beliau?
Jadi disini para pembaca khususnya para pengundi boleh menilai siapa mereka ini yang sebenarnya, dalam mereka mengatakan bahawa kerajaan zalim dan sebagainya, mereka mengambil kesempatan daripada segala kelemahan dan ketidak perihatian para pengundi. -
Sangkakalajari9