Showing posts with label nga kor ming. Show all posts
Showing posts with label nga kor ming. Show all posts

Saturday, August 1, 2015

#PATRIOT: DAP PERLU SAHUT CABARAN YPNM ATAU MAHU DILABEL PENGECUT?


Dalam satu sidang media tergempar yang diadakan semalam, Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Datuk Nadzim Johan mengesahkan pihaknya telah menjemput tiga orang Ahli Parlimen (MP) DAP (merangkap kaki sembang kencang) untuk berforum secara LIVE di Bernama TV (Ruang Bicara) yang mungkin paling awal dijadualkan pada 5 Ogos 2015 (Rabu) ini,

Forum ini merupakan inisiatif YPNM untuk memberikan penerangan sebenar mengenai kontroversi PATRIOT 1 yang dimanipulasi pihak pimpinan DAP tersebut disamping jalan untuk pihak mereka meluahkan apa yang tidak kena pada PATRIOT sehingga diserang dengan pelbagai 'auta'.

**Artikel sebelum ini - VIDEO: DAP DICABAR BERDIALOG DENGAN YPNM SETTLE ISU #PATRIOT

VIDEO SIDANG MEDIA:


Pada saya, sembang deras dan kaki kencing sudah sinonim dengan pemimpin pembangkang. Jangan hanya tahu melalak di media sahaja, tetapi bila diajak untuk bersemuka tiba-tiba jadi bisu. Huhu

BERIKUT ADALAH GAMBAR DAN NAMA KETIGA-TIGA MP DAP YANG SAYA MAKSUDKAN:

Ng Wei Aik (Tanjong)


Nga Kor Ming (Taiping)

Liew Chin Tong (Kluang)


P/S: Alamak! Nampaknya orang yang create game dah kena game lah... HAHAHA!


Wednesday, July 29, 2015

VIDEO: DAP DICABAR BERDIALOG DENGAN YPNM SETTLE ISU #PATRIOT


Dalam artikel saya sebelum ini (SINI), iaitu mengenai cadangan blogger agar pihak Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM)  mengadakan sesi dialog/soal jawab terbuka mengenai kontroversi plat khas PATRIOT bersama dengan tiga orang MP DAP iaitu - Ng Wei Aik (Tanjong), Nga Kor Ming (Taiping) dan Liew Chin Tong (Kluang).

Oleh itu, Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan bersetuju dan sangat mengalu-alukan agar ketiga-tiga MP DAP ini sertai forum terbuka tersebut.

Tonton video dibawah:


Khabarnya, surat jemputan rasmi oleh YPNM telah dihantar melalui faks kepada pihak MP DAP tersebut. 

Tuesday, July 28, 2015

KONTROVERSI #PATRIOT1: MP DAP @nweiaik DICABAR BERFORUM DENGAN PIHAK YPNM! #NothingToHide


Jika bab pertikai dan kedekut, ia sangat sinonim dengan Ahli Parlimen DAP Tanjong (Bekas ADUN KOMTAR), YB Ng Wei Aik.

Kenapa?

Pada awal tahun ini, Wei Aik dikatakan enggan membayar parking dan telah mencetuskan pertengkaran dengan pihak pengurusan telah viral di media sosial.

Tonton video dibawah:


Seterusnya, sekali lagi beliau menonjolkan sikap kedekutnya apabila enggan membayar caj servis kepada restoran Old Town White Coffee. Ekoran itu, sesetengah restoran di Pulau Pinang bertindak memboikot Wei Aik (SINI)


Terbaru ialah pada dua hari lepas, Wei Aik telah membangkitkan semula isu PATRIOT yang sudah lama menyepi dengan menulis surat kepada MCC supaya mengambil tindakan terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Juga Presiden MCA) dan YPNM kerana meluluskan penjualan plat khas tersebut yang kononnya wujud unsur kronisme dan partisan.

Jika diteliti, tohmahan yang dilemparkan terhadap PATRIOT merupakan peluru untuk menyerang kepimpinan MCA.

Oleh kerana terlalu 'ghairah' dengan PATRIOT, Wei Aik dijemput oleh pihak YPNM untuk berforum/sesi soal jawab bersama Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan.

Saya berpandangan, jemputan oleh YPNM ini adalah 'Gentle' bagi menentukan siapa yang benar, siapa yang salah. Untuk lebih lanjut, sila rujuk SINI.

Secara peribadi, saya juga menggesa supaya Wei Aik terima jemputan tersebut! Selain itu, mana-mana pimpinan DAP yang ragu-ragu mengenai PATRIOT juga dialu-alukan menawarkan diri.

Sebelum ini, dua wakil rakyat DAP, iaitu Nga Kor Meng dan Liew Chin Tong juga turut membangkitkan isu PATRIOT. Namun, tindakan pantas pihak JPJ dan YPNM telah menutup mulut kedua-dua pemimpin DAP itu dengan mengeluarkan Q&A berkenaan kontroversi plat khas PATRIOT RM 1.3 Juta.

Berikut adalah penjelasan bagi setiap dakwaan yang telah ditimbulkan:

Dakwaan 1:
  • Projek RM10 juta, JPJ hanya diberi RM1 juta. 
Fakta:
  • Kenyataan ini tidak tepat. Nilai RM10 juta adalah SASARAN jualan plat PATRIOT bukannya KEUNTUNGAN atau nilai projek yang dianugerahkan secara terus kepada YPNM.
  • Pembayaran RM1 juta kepada JPJ adalah syarat asas selepas kelulusan plat siri khas tanpa mengira keuntungan atau kerugian yang dihadapi oleh YPNM. Justeru, sebarang risiko ditanggung sepenuhnya YPNM tanpa melibatkan pihak kerajaan. 
Dakwaan 2:
  • Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganugerahkan kelulusan plat PATRIOT kepada YPNM melalui rundingan langsung. 
Fakta:
  • Dakwaan bahawa YPNM mendapat kelulusan dari rundingan langsung dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan pemangku Menteri Pengangkutan (ketika itu) adalah tidak benar.
  • YPNM membuat permohonan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2013 dan mendapat kelulusan selepas 2 tahun permohonan dibuat iaitu pada awal tahun 2015. Selain plat PATRIOT, terdapat lebih 25 plat siri khas yang telah diluluskan sebelum ini.
Dakwaan 3:
  • Pendapatan JPJ adalah wang rakyat, hasil penjualan plat PATRIOT juga adalah wang rakyat. Ini adalah kerugian kepada Negara.
Fakta:
  • Plat PATRIOT merupakan inisiatif Yayasan Patriot Negara Malaysia sepenuhnya, JPJ tidak pernah ada perancangan untuk mengeluarkan plat khas siri PATRIOT. YPNM tidak menggunakan sebarang peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan atau wang rakyat.
  • Justeru, tuduhan pihak JPJ mengalami kerugian adalah tidak benar kerana agensi berkenaan tetap menerima bayaran RM1 juta sama ada YPNM berjaya atau gagal menjual plat tersebut. Bermakna JPJ, rakyat dan negara tidak mengalami sebarang kerugian seperti yang didakwa.
Dakwaan 4:
  • YPNM berkait dengan kroni UMNO.
Fakta:
  • Brigadier Jeneral Dato’ Husainay Bin Hashim (B) memegang jawatan Pengerusi YPNM berdasarkan latar belakang beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Idea penubuhan YPNM tercetus selepas insiden Lahad Datu dimana beliau bimbang dengan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia kerana perbezaan ideologi politik.
  • Beliau bukanlah kroni UMNO, perlantikan sebagai Setiausaha Kerja UMNO dari tahun 2004 hingga 2008 atas pelawaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. YPNM ditubuhkan bermatlamat untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
  • Ahli Jawatan Kuasa dan sukarelawan YPNM terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kaum.
Dakwaan 5:
  • YPNM mewakili JPJ untuk melelong plat PATRIOT.
Fakta:
  • Dakwaan YPNM mewakili JPJ untuk “melelong” plat PATRIOT adalah tidak benar. Sebaliknya YPNM diberi kelulusan menjual plat PATRIOT 1 sehingga PATRIOT 9999 di mana terpulang kepada YPNM untuk melaksanakan kaedah penjualan yang dirasakan sesuai.
Soalan:
  • Siapakah yang menguruskan hasil penjualan plat PATRIOT dan bagaimana ia dibelanjakan?
Jawapan:
  • Semua pendapatan yang bakal diperolehi hasil penjualan plat PATRIOT disalurkan ke akaun amanah milik YPNM bagi membiayai setiap aktiviti dan program bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melibatkan semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Bagi maklumat lanjut program yang dirancang oleh YPNM boleh dirujuk di laman website rasmi Patriot.
 ARTIKEL PENUH
Khabarnya, tohmahan yang dilemparkan terhadap PATRIOT dibuat ekoran wujud unsur perkauman (Rasis) dengan niat dapat menghalang pihak YPNM melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui hasil jualan plat khas itu.

Jelas dilihat DAP bersikap 'Double Standard' kerana tidak pernah mempertikai plat siri khas SAS yang dikeluarkan syarikat TAT ALLAINCE SERVICES SDN. BHD, berbeza penjualan plat PATRIOT dilakukan secara terbuka melalui sistem online oleh sebuah YAYASAN. 

Untuk mengetahui secara terperinci mengenai jemputan forum dan plat khas SAS sila rujuk - SINI

P/S: Adakah pemimpin DAP berani untuk tampil berdebat dengan YPNM? What say you Ng Wei Aik, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong?

Sunday, January 18, 2015

#Banjir: LIM KIT SIANG JUGA TERLIBAT DENGAN #Balak ???


Saya agak tertarik dengan apa yang dilapor dari blog My Massa ini. Ulasan mudah untuk diterangkan adalah:

JIKA NGEH DAN NGA TERLIBAT, TAKKAN LIM SIANG TIDAK?


PROKSI LIM KIT SIANG; KEUNTUNGAN HENDAKLAH DISALUR KEPADA DAP!
DAP SIAPA PUNYA ANAK-BERANAK?

Keceluparan Lim Kit Siang dalam bencana banjir besar di Kelantan sangat luar biasa.

Rupa-rupanya Lim Kit Siang berusaha menyembunyikan penglibatannya dalam pembalakan haram di Kelantan, patutlah dia menghentam semacam saja semua orang dengan harapan tidak akan ada pihak akan perasan penglibatannya. Walaupun penama dalam konsesi Pembalakan di 10,526 ekar tanah di Kelantan diberikan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, mereka hanya Proksi Lim Kit Siang sahaja!.

Mereka ini dan DAP mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit tetapi NYAWA rakyat Kelantan terkorban. DAP sangat-sangat tak berhati perut, DAP makan darah rakyat Kelantan dan tidak memberi apa-apa bantuan sedikitpun daripada keuntungan bisnes balak itu. Keuntungan Balak itu rupa-rupanya mereka berjoli sakan di Eropah.
RAKYAT KELANTAN DERITA BANJIR BESAR, BALAK & BUKIT-BUKAU GONDOL, DAP DAPAT KAUT UNTUNG BALAK, RAKYAT KELANTAN MENANGIS AIR MATA DARAH

Sangat menyakitkan hati melihat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bersenang-lenang melancong di Eropah dengan kapal first class, sangat menyakitkan hati melihat isteri Lim Guan Eng bergayashopping sakan sambil menunjuk-nunjuk beg jenama mahal Gucci Bamboo berharga 2240 pound. Sangat menyakitkan hati melihat Lim Kit Siang dan keluarganya, Lim Guan Eng dan isterinya enjoy berhabis.

Lim Kit Siang lupa Kelantan dikuasai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul Total Failure dan gagal mengurus bencana banjir di negeri yang mereka perintah! Bagaimana nak tadbir negara kalau negeri sendiri tak boleh tadbir?

Kita mencadangkan lebih baik Lim Kit Siang dan DAP membuat Latihan dan belajar pengurusan bencana kebakaran Ladang Babi sebelum menunjuk-nunjuk konon pandai mengurus bencana negara!

Bacaan Tambahan :-
Proksi Lim Kit Siang di sini
Keuntungan DAP di sini
Proksi DAP di sini

WAUW FIRST CLASS YOU ! RAKYAT KELANTAN MENANGIS DARAH HUTAN GONDOL BANJIR BESAR, AHLI-AHLI DAP GEMBIRA SHOPPING BERGEMBIRA



Thursday, September 18, 2014

NGA KOR MING MENGAKU PUNYAI 'WHITE HOUSE' BERNILAI JUTAAN RINGGIT!!




Kalau nak ikutkan apa yang lahanat ni kata, memang takkan mampu dia memiliki rumah sebesar ni tambahan pula dia seorang yang berbangsa cina dan DAP selalu mengatakan bahawa bangsa bukan Melayu di Malaysia sering tertindas oleh Barisan Nasional selama memerintah.

Tapi seperti biasa Kok Ming akan membuat pusingan untuk menyelamatkan diri dimana beliau mengatakan bahawa selaku seorang peguam senior beliau memang mampu untuk membeli rumah sebesar ini tambahan pula ianya bukan dibayar tunai tapi secara ansuran selama 20 tahun dan kediaman ini bukan bernilai RM 10 juta.

Bagi Sangkakala pula kalau harga rumah ni bukan RM 10 juta, ianya mungkin bernilai RM 5 juta dan jika nak di bahagikan dengan 240 bulan ianya menelan belanja sebulan lebih kurang RM 20 ribu sebulan sebagai ansuran.

Darimana Kok Ming dapat duit sebanyak itu sebulan dan bagaimana pula dengan perbelanjaan harian yang lain? Dari mana sumber lebihan pendapatan tersebut?

Daripada perkiraan biasa yang Sangkakala buat, untuk perbelanjaan Kok Ming serta keluarga sebulan mungkin mencecah hingga RM 30 ribu sebulan adakah firma guaman beliau mampu menjana pendapatan sebegitu tinggi.

Mungkin pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh memulakan siasatan pendapatan Kok Ming dan adakah beliau membayar cukai pendapatan sepertimana yang beliau perolehi.

Kok Ming juga membuat ugutan bahawa beliau akan mengambil tindakan jepada blogger blogger yang mendedahkan gambar kediaman dan keluarga beliau dan kononnya ini membuatkan keluarga beliau kini didalam keadaan yang bahaya.

Apa yabg bahaya nya? Adakah Kok Ming menyimpan wang tunai juga dalam rumah beliau atau ianya sengaja disebut untuk menakut nakutkan penulis laman blog dari terus mendedahkan kekayaan milik beliau?

Jadi disini para pembaca khususnya para pengundi boleh menilai siapa mereka ini yang sebenarnya, dalam mereka mengatakan bahawa kerajaan zalim dan sebagainya, mereka mengambil kesempatan daripada segala kelemahan dan ketidak perihatian para pengundi. - Sangkakalajari9

Sunday, April 6, 2014

[FOTO] CATUAN AIR TAIPING: SEBAK TENGOK PENDUDUK ANGKUT AIR, @ngakorming TAKKAN DIAM JE?


Taiping mencatatkan sejarah selepas 140 tahun, catuan air kepada penduduk setempat pertama kali dibuat! Catuan air tersebut diadakan selama dua hari secara berperingkat.

Semalam, 5 April 2014 hingga 6 April 2014 (hari ini) adalah catuan di kawasan sekitar Pengkalan Aur/Pokok Asam. Seksa beb!

Berikut adalah foto semasa agihan air oleh Lembaga Air Perak kepada penduduk yang terlibat.

Lokasi: Perumahan Awam Batu 2 1/2, Jalan Simpang, Taiping (Belakang Shell Jalan Simpang)





NGA KOR MENG DIAM JE?

MY SLIDESHARE UPLOAD