Pada 4 April 2015 (Sabtu) ini, akan diadakan satu program ilmiah "Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda" anjuran Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Semua dialu-alukan untuk hadir ke program tersebut.
Berikut adalah sedikit pendekatan program:
VIDEO SIDANG MEDIA
Program Memupuk Kesedaran perjuangan Anak Muda
Kedaan semasa dalam menangani liku dan cabaran generasi muda negara pada waktu ini agak merunsingkan kerana persekitaran yang mudah mempengaruhi mereka serta pendedahan anasir luar yang mendorong kepada kecelaruan anak muda dalam mengenali identiti diri. ini merupakan satu suasana yang tidak sihat dan boleh mewujudkan kebimbangan memandangkan generasi ini yang akan melansungkan kesinambungan keyaan Malaysia yang tercinta. JUsteru itu, generasi ini perlu berani menghadapi cabaran, berdaya saing dan tidak mudak mengalah dalam membina jati diri yang cemerlang dari aspek kehidupan bagi memperkasakan bangsa dan negara.
Kelmarin kita dihangatkan dengan video yang dikatakan menghina hukum hudud oleh DJ Radio BFM, Aishah. Tindakan BFM persis menghina agama Islam kerana Hukum Hudud adalah sebahagian darinya.
Oleh itu, PPIM telah menggesa supaya lesen syarikat radio berkenaan ditarik! Walaupun Aishah telah diambil tindakan undang-undang. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh-temeh. Pihak bertanggungjawab harus bertindak tegas!
Berikut adalah videonya:
Ulasan selanjutnya dibawah:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik lesen radio BFM kerana mempersenda agama Islam dengan memuat naik klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? baru-baru ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar)berkata, perkara itu perlu untuk menunjukkan kerajaan benar-benar serius dan tidak berkompromi dalam menangani anasir yang mempermainkan Perlembagaan dan agama Islam.
“Sudah beberapa kali agama Islam dihina, kali ini kita perlu tegas dan jangan bertolak ansur lagi. Ini melibatkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai latar belakang.
“Video tersebut bukan sahaja mendatangkan kemarahan, tetapi memberi pandangan serong agama lain terhadap kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, permohonan maaf secara terbuka tidak boleh diterima dan satu-satunya cara untuk memberi pengajaran adalah dengan menarik lesen penyiaran pihak BFM. Sumber: Utusan
TERAJU adalah singkatan bagi Unit Peneraju Bumiputera, iaitu satu biro yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membantu dan meringankan beban usahawan-usahawan bumiputera yang kini ketara kita lihat semakin mengecil dalam kemodenan yang pesat.
Namun, sejauh manakah TERAJU membantu usahawan bumiputera ini? Setelah meneliti beberapa pendedahan oleh laman Buletin Usahawan Melayu , memang tidak dinafikan bahawa berlaku ketirisan dalam biro ini.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Selangor menggesa kerajaan memantau penjawat awam dan dasar yang digunakan kerana terlalu banyak kerenah birokrasi.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media hari ini berkata, sehingga kini terlalu ramai peniaga yang tidak mendapat pembiayaan perniagaan seperti dijanjikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
“Saya mendapat terlalu banyak aduan daripada pengusaha yang menyatakan permohonan mereka untuk mendapatkan Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) tidak diuruskan dengan elok sehingga terpaksa menunggu selama lima hingga tujuh bulan.
“Tunggu selama lima hingga tujuh bulan itu pula bukan terus mendapat keputusan tetapi apabila ditanya, hanya mendapat jawapan sedang dalam proses penilaian. “Penjawat awam yang ditugaskan untuk membantu pula dilihat tidak ikhlas bekerja kerana tidak langsung membantu apabila pengusaha bertanya.
“Mungkin mereka itu robot, bekerja tanpa hati dan perasaan, saya faham memang ada proses untuk mendapatkan dana berkenaan tetapi biarlah dalam tempoh yang sewajarnya dan penjawat awam pula diminta tidak memandang ringan tugas mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.
Menurutnya, dengan kerenah sebegitu hanya akan menyebabkan beberapa pengusaha Melayu terpaksa gulung tikar kerana dana yang dijanjikan tidak ditunaikan.
Selain itu, Nadzim juga mendakwa hanya beberapa pengusaha sahaja yang berjaya mendapatkan dana berkenaan kerana mempunyai kepentingan dalam politik.
“Ini tidak adil bagi pengusaha lain kerana lebih ramai pengusaha yang layak tetapi permohonannya tidak dilayan, manakala pihak yang berkepentingan pula mendapat layanan yang sebaliknya,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DUID, Normah Abu Bakar pula mempersoalkan ke mana perginya peruntukan sebanyak RM1.5 bilion seperti yang dijanjikan TERAJU kerana terlalu ramai pengusaha tidak mendapat dana berkenaan.
“Ke mana perginya dana itu dan bilakah TERAJU akan menyerahkannya kepada pengusaha? Untuk mendapatkan dana itu, pengusaha perlu membuat kertas cadangan bagi menunjukkan bukti perniagaan.
“Biasanya pula pengusaha terpaksa mengupah orang yang mahir antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk membuat kertas cadangan itu.
“Meskipun bertungkus-lumus, malangnya sehingga ke hari ini permohonan mereka masih tidak diluluskan,” katanya.
Menurutnya, TERAJU sepatutnya mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bagi mendapatkan nama pengusaha yang benar-benar mempunyai potensi untuk maju.
“Saya harap, pihak kerajaan meneliti luahan pengusaha ini kerana jika perniagaan mereka berjaya, ia juga akan membantu meningkatkan ekonomi negara,” ujarnya.
Sebelum ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menyasarkan pengagihan sebanyak RM1.5 bilion menerusi Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi.