Friday, September 11, 2015

TAYANGAN AMAL #BRAVO5: HOT! ANGKASAWAN PERTAMA NEGARA AKAN TURUT SERTA!


Memetik artikel saya sebelum ini - SINI

Tayangan Amal Patriot filem Bravo 5 nampaknya semakin hangat apabila Angkawasan Pertama Malaysia Datuk Dr. Sheikh Muzaffar turut menyatakan kesudian untuk hadir tayangan yang bakal diadakan pada 14 September 2015 ini di GSC Quill Mall.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar turut menyatakan kesudian untuk bersama Tayangan Amal Patriot - #BRAVO5 anjuran PPIM dan Yayasan Patriot Negara Malaysia pada 14 Sept 2015 di GSC Quill Mall.
Untuk pengetahuan, tayangan yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia ini merupakan anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).



Antara lain yang akan turut serta dalam majlis itu adalah Rumah Anak Yatim Kesayanganku, Bukit Beruntung. Mereka akan meluangkan masa bersama barisan pelakon Bravo 5 antaranya Beto Khusairy (Trooper Karim), Remy Ishak (Leftenan Azri), Sashi Tharan (Koporal Morgan), Xavier Fong (Koporal Ah Chia) dan Frank Peterson (Sarjan Unya) dan Sofi Jikan (Komunis).

Thursday, September 10, 2015

KERANA TIDAK PATRIOTIK, #YayasanPatriot JEMPUT @ngakorming DAN @nweiaik TONTON #BRAVO5?


Timbalan Pe­nge­rusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk menjemput wakil rakyat DAP terutama Ng Wei Aik dan Nga Kor Ming menonton filem berkenaan kerana dilihat selalu terkeliru dengan semangat patriotisme.

“Melalui jemputan ini diharap dua pemimpin DAP itu dapat membiasakan diri dengan aktiviti patriotisme selain terlibat dengan program amal. Selain itu, YPNM turut menjemput ahli-ahli politik daripada pelbagai parti untuk menyaksikan filem ini,” katanya.

Tambah beliau, bersempena sambutan Hari Malaysia, pihak­nya akan menganjurkan program ‘Tayangan Amal Patriot - Bravo 5’ bersama anak yatim, balu serta bekas anggota komando pada 14 September depan di GSC Quill City Mall di sini.

Friday, September 4, 2015

PANAS! @AzminAli ARAHKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG JADI SAMSENG!


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dikatakan telah mengarahkan supaya Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kenakan kompaun kepada seorang pemandu lori sampah (membawa bahan buangan pepejal) dan turut menyita lori tersebut atas kesalahan 'niat mahu membuang sampah'. 


Setelah diteliti, saya lihat sampah yang diangkut lori tersebut belum dibuang. Maknanya lelaki tersebut tidak membuat kesalahan apa-apa!

ARAHAN @AzminAli : MPS SITA LORI ATAS KESALAHAN ADA NIAT HENDAK BUANG SAMPAH?
Saya terkejut apabila melihat satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik lori yang mendakwa penguatkuasa MPS bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.

Lebih menggelikan hati, penguatkuasa MPS mendakwa ia adalah arahan Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali sebagaimana diceritakan oleh pemilik lori dalam laporan polis yang dibuatnya.


Menurut Keeber, dia telah disaman atas kesalahan yang tidak masuk akal iaitu ada niat hendak membuang sampah. Selain disaman, tindakan penguatkuasa MPS yang menahan dan merampas kunci di tengah jalan serta mengarahkan dia keluar dari lori yang dipandu persis tindakan samseng tarik kereta.
SUMBER 
Sepatutnya, kompaun boleh dikenakan selepas sampah itu dibuang. Kalau dia ditahan kerana hanya ada NIAT NAK BUANG SAMPAH TAPI TAK BUANG LAGI, saya desak supaya Azmin arahkan semua Majlis Perbandaran di Selangor kenakan kompaun terhadap semua lori yang mangangkut sampah! 

Semalam kami siarkan satu kes mengenai tindakan penguatkuasa MPS yang menyita sebuah lori atas kesalahan berniat hendak...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Thursday, September 3, 2015

Apakah Azmin sudah gila atau bodoh tuli? Atau mahukan publisiti? MPS pula bangang dan kaki kipas, takkan tak boleh nak selesaikan dengan budi bicara?

PPIM TERIMA ADUAN BAHAWA MPS JUGA BERTINDAK SAMSENG TERHADAP PEMANDU LORI INI!

ADUAN PILIHAN : PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BAKAL GANTI SAMSENG TARIK KERETA? 

PPIM menerima aduan dari seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Kebeer mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.


Lori milik pengadu 

Hasil siasatan PPIM mendapati arahan ini adalah dari Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali.


Pengadu mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa MPS telah bertindak 'ala samseng' kerana telah menahan dan merampas kunci lori yang dipandunya. Tidak cukup dengan itu, Kebeer juga turut ditinggalkan tanpa kenderaan untuk pulang.
BLOG PPIM

Paling mengecewakan adalah semasa pengadu ke Unit Penguatkuasa MPS untuk proses tuntutan lori dan bertanya harga kompaun yang dikenakan, dia disuruh tunggu datang pada bulan hadapan.

Eh MPS barua, orang tu dah nak bayar kompaun dan tak mahu kecoh-kecoh, korang bagi saja la lori dia. So, dalam masa sebulan ni korang nak bagi duit dia makan ke? BODOH!


MY SLIDESHARE UPLOAD