Showing posts with label Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). Show all posts
Showing posts with label Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). Show all posts

Friday, September 11, 2015

TAYANGAN AMAL #BRAVO5: HOT! ANGKASAWAN PERTAMA NEGARA AKAN TURUT SERTA!


Memetik artikel saya sebelum ini - SINI

Tayangan Amal Patriot filem Bravo 5 nampaknya semakin hangat apabila Angkawasan Pertama Malaysia Datuk Dr. Sheikh Muzaffar turut menyatakan kesudian untuk hadir tayangan yang bakal diadakan pada 14 September 2015 ini di GSC Quill Mall.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar turut menyatakan kesudian untuk bersama Tayangan Amal Patriot - #BRAVO5 anjuran PPIM dan Yayasan Patriot Negara Malaysia pada 14 Sept 2015 di GSC Quill Mall.
Untuk pengetahuan, tayangan yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia ini merupakan anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).



Antara lain yang akan turut serta dalam majlis itu adalah Rumah Anak Yatim Kesayanganku, Bukit Beruntung. Mereka akan meluangkan masa bersama barisan pelakon Bravo 5 antaranya Beto Khusairy (Trooper Karim), Remy Ishak (Leftenan Azri), Sashi Tharan (Koporal Morgan), Xavier Fong (Koporal Ah Chia) dan Frank Peterson (Sarjan Unya) dan Sofi Jikan (Komunis).

Thursday, September 10, 2015

KERANA TIDAK PATRIOTIK, #YayasanPatriot JEMPUT @ngakorming DAN @nweiaik TONTON #BRAVO5?


Timbalan Pe­nge­rusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk menjemput wakil rakyat DAP terutama Ng Wei Aik dan Nga Kor Ming menonton filem berkenaan kerana dilihat selalu terkeliru dengan semangat patriotisme.

“Melalui jemputan ini diharap dua pemimpin DAP itu dapat membiasakan diri dengan aktiviti patriotisme selain terlibat dengan program amal. Selain itu, YPNM turut menjemput ahli-ahli politik daripada pelbagai parti untuk menyaksikan filem ini,” katanya.

Tambah beliau, bersempena sambutan Hari Malaysia, pihak­nya akan menganjurkan program ‘Tayangan Amal Patriot - Bravo 5’ bersama anak yatim, balu serta bekas anggota komando pada 14 September depan di GSC Quill City Mall di sini.

Wednesday, August 12, 2015

WAJIB BACA! #YayasanPatriot ANJUR PROGRAM KEMERDEKAAN, BUKTI MEREKA BUKAN PARTISAN!


Sebelum ini, usaha oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawab dalam Kontroversi Plat Patriot 1 - SINI

Ternyata pihak tersebut salah kerana ternyata matlamat YPNM adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tak percaya? Baca dibawah!

Program sempena kemerdekaan "MERDEKA DAY - PUBLIC SPEAKING & PATRIOT GROUP WORKSHOP COMPETITION" anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).

Berikut adalah butiran program yang akan berlangsung: 
TARIKH: 12 OGOS 2018 (HARI INI)
TEMPAT: Google Innovation Wall, Universiti Tun Abdul Razak, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, 
MAKLUMAT LENGKAP

P/S: PIHAK TAK BERTANGGUNGJAWAB YANG DIMAKSUDKAN JANGAN PANAS PUNGGUNG!! 

Thursday, August 6, 2015

#PATRIOT: @ngakorming, @nweiaik dan @LiewChinTong DIGESA MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA YPNM


Jemputan untuk berforum di Bernama TV oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) terhadap tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Ng Wei Aik, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong menemui kekecewaan kerana '3 ekor' pemimpin DAP itu ternyata TIDAK HADIR dan TIDAK MEMBERI SEBARANG RESPON sejak hari pertama surat jemputan dikeluarkan lagi.

Disebabkan rancangan terpaksa diteruskan, pihak YPNM telah pun mengeluarkan surat penjelasan mengenai ketidakhadiran pemimpin-pemimpin DAP tersebut:



LAPORAN MALAYSIA KINI (5 OGOS 2015)

Mereka bertiga cuba berdalih apabila dengan memberi alasan untuk berforum dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sahaja. - SINI


EH, SENANG-SENANG KORANG MENCALARKAN IMEJ PIHAK YPNM DENGAN MEMBUAT SPEKULASI MENGENAI PLAT PATRIOT, KEMUDIAN NAK LEPAS TANGAN MACAM TU JE? 


BANYAK CANTIK...........

Pada pandangan peribadi saya, saya sarankan supaya ketiga-tiga MP DAP ini membuat permohonan maaf secara terbuka... Ini adalah bagi menjernihkan kembali keadaan yang keruh disebabkan kelantangan mereka sendiri,,

Arikel sebelum ini - (SINI) (SINI) (SINI) DAN (SINI)

Tuesday, August 4, 2015

#PATRIOT 1: PENULIS MALAYSIAKINI - ADRIAN SAHUT CABARAN DIALOG TERBUKA DENGAN YPNM


Seperti yang diketahui, pihak Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) telah menjemput 3 Ahli Parlimen DAP untuk hadir sesi dialog LIVE di Bernama TV.

Namun, sangat mengecewakan kerana tiada respon diterima oleh mereka. Ternyata, keberanian 3 kepimpinan DAP tersebut hanyalah sandiwara kerana hanya berani bersuara di media sahaja.

Untuk pengetahuan, jemputan ini juga turut diberikan kepada penulis Malaysiakini - Adrian Wong dan penulis Free Malaysia Today - Mariam Mokhtar.

Sehingga kini, hanya Adrian sahaja yang menerima jemputan. Terima kasih daun keladi kerani berani terima jemputan ini.

Jangan lupa tonton rancangan Ruang Bicara pada jam 9.30 malam esok di Bernama TV untuk ikuti forum terbuka ini.

Arikel sebelum ini - (SINI) (SINI) dan (SINI)

Saturday, August 1, 2015

#PATRIOT: DAP PERLU SAHUT CABARAN YPNM ATAU MAHU DILABEL PENGECUT?


Dalam satu sidang media tergempar yang diadakan semalam, Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Datuk Nadzim Johan mengesahkan pihaknya telah menjemput tiga orang Ahli Parlimen (MP) DAP (merangkap kaki sembang kencang) untuk berforum secara LIVE di Bernama TV (Ruang Bicara) yang mungkin paling awal dijadualkan pada 5 Ogos 2015 (Rabu) ini,

Forum ini merupakan inisiatif YPNM untuk memberikan penerangan sebenar mengenai kontroversi PATRIOT 1 yang dimanipulasi pihak pimpinan DAP tersebut disamping jalan untuk pihak mereka meluahkan apa yang tidak kena pada PATRIOT sehingga diserang dengan pelbagai 'auta'.

**Artikel sebelum ini - VIDEO: DAP DICABAR BERDIALOG DENGAN YPNM SETTLE ISU #PATRIOT

VIDEO SIDANG MEDIA:


Pada saya, sembang deras dan kaki kencing sudah sinonim dengan pemimpin pembangkang. Jangan hanya tahu melalak di media sahaja, tetapi bila diajak untuk bersemuka tiba-tiba jadi bisu. Huhu

BERIKUT ADALAH GAMBAR DAN NAMA KETIGA-TIGA MP DAP YANG SAYA MAKSUDKAN:

Ng Wei Aik (Tanjong)


Nga Kor Ming (Taiping)

Liew Chin Tong (Kluang)


P/S: Alamak! Nampaknya orang yang create game dah kena game lah... HAHAHA!


MY SLIDESHARE UPLOAD