Thursday, May 2, 2013

[VIDEO] #PRU13: KICKDAFELLA CABAR HUSAM BUAT UJIAN POLIGRAF (KESAN PEMBOHONGAN)!! @tunfaisal @HajiHusamMusa #TolakHusam #HusamPenipu


Memang benar apa yang dikatakan oleh Kickdafella. Dialog yang beliau sampaikan sangat kukuh untuk dijadikan pegangan anda semua. Kepada pengundi Putrajaya, Ayuh sama-sama TOLAK HUSAM BIN MUSA!!


JENDELA MAYA:

Esok di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 akan diadakan ujian poligraf (mengesan pembohongan) antara calon PAS Parlimen Putrajaya, Husam Musa dan blogger Syed Azidi (Kickdefella) berkaitan dengan beberapa hal yang melibatkan mereka berdua dan juga menjawab pendedahan di dalam buku yang tersebar sekitar Putrajaya berjudul "Kenali Siapa Husam".
Kickdefella pernah berkhidmat untuk Husam selama dua tahun sekitar PRU12 lalu, mencabar Husam pada 28 April lalu untuk membuat ujian poligraf ini bagi memastikan dia tidak berbohong tentang beberapa skandal, projek dan kegagalannya selama menjadi exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan...

Apa pula kenyataan dari KICKDAFELLA?
"Esok jam 5 petang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ujian poligraf akan dibuat. Ia adalah seperti yang saya nyatakan pada Ahad, 28 April 2013 yang lalu. Saya harap Calon Parti PAS untuk Parlimen Putrajaya, Husam akan hadir untuk membuat ujian tersebut bersama saya bagi membuktikan siapa berbohong dan siapa bercakap benar mengenai isu-isu yang antaranya melibatkan projek – projek di Kelantan dan yang saya nyatakan tentang Husam sebelum ini."

#PRU13: Kenapa Kawe Cakap Nik Aziz Tak Zuhud? #TukarKelantan

Gempar sebelum pilihan raya menjelang kurang dari lima hari lagi. Calon bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali telah membuat pendedahan dan kenyataan yang mendakwa Nik Aziz. Menurut Tok Him, Nik Aziz telah menggunakan kedudukan beliau sebagai MB untuk mendapatkan beberapa lot tanah yang dianggarkan berjuta ringgit.

Namun, beliau tidak berhasrat untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Walau bagaimanapun, Datuk Ibrahim Ali akan bekerjasama dengan SPRM sekiranya pihak tersebut ingin menjalankan siasatan keatas perkara tersebut.

Inilah orang cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau tidak sebelum ini pembangkang tak kira siapa pun ligat mengata orang UMNO dan BN ni kuat makan harta rakyat. Sekarang ini, tuhan bayar cash. Tak kira lah siapa pun dia itu. Tau-tau TGNA pun ambil kesempatan juga mengumpul harta sementara masih menjadi MB Kelantan.

Ni baru tau, patut pun dah sampai berjuta dia menyimpan harta. Rumah yang sederhana itu mungkin sekadar ingin menutup segala kekayaan dan kemewahan yang didapatkannya itu. Ingat lagi, mereka-mereka ini galak menyalak mencari kesalahan dan mereka kesilapan UMNO dan BN.

Rasanya, semua itu dilakukan bagi menutup apa yang mereka buat lah. Sudahlah memerintah dah berapa abad, sedap pula dia mengumpul harta. Kemajuan apa yang dibawa di Kelantan melainkan projek yang serba tak siap. Berapa banyak masjid yang dibina PAS selain masjid tinggalan binaan BN?

Tak mengapalah, nasib baik Tok Him orang yang gentle man. Tak mahu merosakkan mood mengundi rakyat. Yelah, kalau dibuat laporan sekarang, mau haru juga rakyat Kelantan meleleh air mata kalau terbukti betul harta yang dikumpul TGNA sampai berjuta nilainya.

Nampaknya, Tok Him pun bijak membuat keputusan. Mahu bertanding dan berkempen cara bersih. Beliau juga nampaknya mengambil pendekatan yang baik agar tidak berlaku apa-apa kekacauan melibatkan kedua-dua penyokong parti masing-masing.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 1, 2013

#PRU13: FLASHBACK! HUSAM MUSA TAK HORMAT ARWAH TKP KASTAM!

Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah. Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.

Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.

Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim. Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.

Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya, isu yang lebih besar,menurut beliau, sudah tiga hari kematian itu. Tapi penjenayah masih belum ditangkap. Apa masalahnya dengan Husam ini, subuk pula nak mengatur apa yang perlu dibuat, Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja, lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.

Sebab itu dia lari ke Putrajaya, sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien, padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya? Kenapa tak pertahnkan sahaja kerusi di Kelantan tu?

Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal. Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal. Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.

Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk fokus cari penjenayah tersebut. Cubalah cari sekali Husam ooiii, kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya, cubalah tunjuk hero sikit. Untung-untung dapat lah naikkan undi, itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD