Thursday, September 5, 2013
#PemilihanUMNO: KAMI SUDAH SIAP SEDIA!! @tunfaisal #TF4MT
ISU KENAIKAN HARGA PETROL: RAFIZI RAMLI KANTOI MENIPU LAGI!!
Blog Rafizi : Klik Sini
1. Lihat printscreen di bawah :
2. Yang kantoinya ialah Fizi hanya menunjukkan graf hingga bulan Jun 2013. Tetapi, apabila kita rujuk graf di bawah, kita akan lihat kenaikan harga minyak mentah daripada bulan Jun 2013 hingga ke bulan Ogos 2013!
3. Kenapa Fizi hanya mengambil graf hingga bulan Jun 2013 sahaja dan tidak merujuk kepada indeks graf yang terbaru hingga bulan Ogos seperti di atas?
4. Apakah beliau sengaja berbuat demikian untuk putar belit dan menipu rakyat ?
5. Rafizi Ramli juga menulis :
Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah ini menurun di pasaran dunia. seterusnya
6. Benarkah kenyataan tersebut atau Fizi berbohong sekali lagi ?
7. Sila baca printscreen di bawah :
sumber : klik sini
8. Bukankah kerajaan pernah menurunkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen pada 22 Mei 2013 dan ketika itu graf harga minyak mentah memang rendah bulan itu?
9. Apakah Rafizi Ramli tidak tahu atau beliau mahu berbohong kepada rakyat sekali lagi?
10. Beliau juga mendakwa "matwang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas."
11. Kenyataan Pengarah Strategi PKR ini ternyata tidak berasa. Sila baca :
Ringgit mencatatkan rekod tertinggi sejak tiga minggu lalu hari ini, mengatasi prestasi beberapa mata wang di ASEAN selepas kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi bahan bakal untuk mengurangkan defisit fiskal negara.
Kenaikan selepas pengumuman kenaikan harga minyak itu berlaku dipercayai hasil daripada aktiviti pembelian oleh pelabur di pasaran luar pesisir.
Ringgit diurusniaga pada 3.2645 (setakat 3 petang) berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu meningkat 0.29 peratus, selepas mencecah 3.2590 iaitu rekod terbaik sejak 13 Ogos lalu.
Kenaikan itu lebih tinggi berbanding kenaikan Baht Thailand yang meningkat 0.23 peratus, diikuti 0.27 peratus bagi Peso Filipina berbanding Dollar AS. seterusnya
12. Apakah Rafizi Ramli tangkap muat sahaja atau beliau sekali lagi mahu menipu rakyat?
13. Ada beberapa lagi omongan Rafizi Ramli yang sangat meragukan dan menimbulkan persoalan, sama ada beliau ini sengaja putar belit dan berbohong kepada rakyat.
14. Anda baca entri menarik ini : KLIK SINI
15. Jika segala di atas gagal dijawab oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR itu, MiM sarankan agar beliau letak jawatan sahaja.
16. Dan tidak perlulah Khairy Jamaluddin melayan pelawaan si Fizi ini untuk berdebat. Buang masa sahaja
Credit to Dr Novandri.
Wednesday, September 4, 2013
SEDIH... DETIK-DETIK AKHIR SEBELUM BANDUAN KE TALI GANTUNG
Tidak kurang pula sesetengah dari kita berlagak seolah-olah sudah cukup sedia dengan kematian. Mereka bolehlah bersikap angkuh, selagi mana ajal belum menyapa, sebelum malaikat datang menjemput untuk kembali.
Banduan Akhir
Penjara Kajang, mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman gantung akan ditempatkan di dalam sel kurungan seorang diri. Bangunan yang menempatkan mereka dipanggil Blok Abadi. Mereka akan dipakaikan pakaian bertanda BA yang membawa maksud Banduan Akhir.
Banduan Akhir ini akan ditempatkan di dalam sel kurungan di Blok Abadi selama 23 jam sehari. Sekiranya ada hal yang lain dan perlu meninggalkan sel atau blok tersebut, mereka hanya boleh keluar dari situ dengan kebenaran Pegawai Penjara dan diiringi Pengawal Penjara dengan ketat.
Tinggallah mereka di situ sehingga hari perlaksanaan hukuman tiba. Di sini mereka akan mengira setiap hari, detik, jam dan saat yang berlalu hinggalah ke akhirnya. Tinggallah mereka sendirian tanpa berteman di dalam sel yang berasingan itu.
Sekali sekala mereka akan dibenarkan bergaul dengan Banduan Akhir yang lain. Itu pun dalam waktu yang terhad dan singkat. Selebihnya hanya terus bersendirian; menanti dan terus menanti.
Menunggu Keputusan
Sebaik dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, mereka akan ditempatkan di sel tersebut sehinggalah segala proses rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.Proses ini akan memakan masa yang lama. Biasanya bertahun-tahun. Di sini mereka mempertaruhkan untung nasibnya.
Banduan Akhir akan ditempatkan di suatu tempat yang berasingan daripada penghuni penjara yang lain.
Blok Abadi itu sunyi dan terpisah. Tiada apa yang istimewa di situ. Tiada radio, tiada tv. Hanya sehelai sejadah, kupiah dan beberapa keping kitab sebagai peneman diri.
Adakalanya mereka akan diberikan kuliah agama. Hari demi hari kebanyakan daripada mereka akan hanyut di dalam doa. Berendam air mata meminta kasihan dan ehsan daripada Tuhan Rabul Alamin.
Ibu, ayah, isteri dan anak tidak terlepas daripada padangan mata. Sunyi, gelap dan dingin di dalam sel itu sukar hendak digambarkan. Hati adakalanya cukup gusar, cukup takut, cukup insaf tapi apa kan daya... tangan dan kaki terpasung, terpenjara!
Di rumah, kaum keluarga tidak terlepas daripada terus-menerus mengharapkan sesuatu yang ajaib agar berlaku. Sesuatu keramat yang dapat mengubah nasib si anak lalu terselamat daripada tali gantung. Ibu yang tua dan ayah sudah uzur tidak putus-putus memohon dan berusaha agar si anak dapat peluang hidup untuk kali kedua.
Kini Mahkamah Persekutuan menjadi kata pemutus. Kata-kata Mahkamah Persekutuan menjadi kata muktamad sama ada akan hidup atau pergi buat ‘selama-lamanya’.
“DAMM!!! Damm!!! Dammm!!!” Bunyi tukul penjatuh hukum Yang Arif, Hakim Mahkamah Persekutuan memecah bisikan rusuh.
“Dengan ini, kami Mahkamah Persekutuan mendapati kamu bersalah dan mengekalkan hukuman; gantung mandatori ... Damm!!! Damm!!! Dammm!!” sekali lagi tukul muktamad itu diketuk menandakan dunia sudah menjadi gelap.
Malang tidak berbau, dosa yang pernah dilakukan tidak dapat diampun melainkan hukuman ke tali gantung menjadi penebus dosa. Itulah neraca yang telah ditentukan di dunia ini.
Tiada peluang lagi buat si Banduan Akhir untuk meneruskan hidup lebih lama.
Tiada lagi masa senggang hendak menyedut udara segar di luar sana. Mahupun memandang alam saujana mata memandang.
Harapan menjadi punah. Tiada lagi peluang hendak menikmati bunga-bungaan indah, kehangatan sinar matahari memancar terbit atau tenggelam. Jam randik terus berdetik menanda masa sengka sudah terbatas. Maka tiada lagi kesempatan mahu meninjau-ninjau lautan luas terbentang, atau langit kebiru-biruan.
Segala-galanya sudah diputuskan. Akan terpisahlah dunia ini dari pandangan mata zahir oleh dinding-dinding tebal merana jiwa bungkam sebal; penanda yang nyawa akan disembat bergayut-gayutan tergantung pada tali gantung!.
Saat penantian sudah kabur. Telah sahihlah hayatnya akan menjadi singkat! Saat ini menantikan bilakah riwayat ini akan diakhiri.
Monolog
Langkah terus menjadi longlai. Tiada lagi kata yang mampu mengungkapkan segala yang terasa. Takut, resah, bersalah, kasihan, cinta segalanya berbalam, berkecamuk, merusuh setiap inci dinding hati. Dada menjadi sempit. Nafas tersekat-sekat. Mata hanya berkerdip dan sekali-sekala memandang ke langit bersama harapan tinggi. Ampunkanlah!
Di dada syiling di dalam sel sempit itu tiba-tiba seraut wajah ibu datang menjengah.
Oh Ibu!.. di manakah ibuku ... Aku mahu sembah sujud kepadamu ... Ampunkanlah dosa-dosa anakmu ini yang telah mempersiakan hidupnya...
Di balik geriji itu dia memegang baris-baris besi lalu melintas bayangan isteri.
Ya isteriku! dimanakah dikau sayang. Ampunkan dosa abang sayang... abang gagal dalam hidup ini..
Sambil berteleku kaki bersimpuh kaku, wajah riang anak-anak datang satu-persatu mengocak kotak ingatan.
Ya! Anak ku.... ayah gagal.. dan jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran buatmu. Janganlah kau memperlakukan kesilapan dan mempersiakan hidupmu...
Akhirnya, berderailah air mata. Bercampur baur rasa kesal, salah, taubat, sesal, sebal di lubuk hati terpendam, Aduhai...! Apalah yang aku perbuatkan untuk diriku. Sesungguhnya aku sudah menzalimi diriku. Ya! Allah... bersihkanlah dosa ku... bersihkanlah jiawaku... ampunkanlah dosa-dosa ku... Kini dunia yang luas ku rasa sempit. Dada yang bidang terasak begitu sesak sekali. Tanpa belas-Mu hinalah aku di dunia dan akhirat. Sesungguhnya aku bertaubat. Aku takut dan aku pohon belas ehsan-Mu. Sesungguhnya Kau Maha Belas Kasihan dan Maha Pengampun Dosa-dosa besar!"
Persiapan
Para pegawai akan menyiapkan tali gantung yang akan menjerut bantang leher Banduan Akhir itu.
Tali ini diimport khas dan diperbuat daripada jenis jut yang paling bagus. Ia dibaluti dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan apabila digunakan nanti.
Setiap satu tali itu berharga RM4,000 hingga RM5,000 seutas (harga benar pada tarikh kajian).
Sebaik menerima tali maut, para pegawai akan menguji ketahanannya terlebih dahulu dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilogram selama 72 jam.
Setiap tali itu ada nombor siri dan diklasifikasikan sebagai senjata. Ia disimpan di dalam peti besi.
Hanya tali gantung yang sesuai akan digunakan ke atas Banduan Akhir mengikut saiz badan, tinggi dan berat mereka.
Faktor utama tali gantung ini ialah pada tembaga pembunuh. Ia berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan, lalu mematikan mangsanya dengan segera.
Hukuman dijalankan
Setelah Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman yang mana di dalam waran tersebut disebutkan nama banduan, nombor kad pengenalan, serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Para pegawai penjara diberikan satu jam untuk melaksanakan hukuman tersebut. Bagi mereka yang Muslim, mereka akan digantung pada pagi Jumaat selepas solat Subuh. Bukan Muslim pula masa dijalankan hukuman adalah lebih kurang sama cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, Banduan Akhir akan dibawa berjumpa dengan Pegarah Penjara yang akan memaklumkan tentang perlaksanaan hukuman gantung itu.
Kebiasaannya Banduan Akhir akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku ke atasnya pada keesokkan harinya.
Ketika Banduan Akhir berada di bilik Pengarah Penjara, kaum keluarga yang lazimnya sudah dimaklumkan seminggu awal sudah menunggu di luar untuk “Perjumpaan Terakhir".
Suasana pilu, sedih, sayu dan tidak kurang juga pasrah memenuhi ruang suasana. Tatkala inilah segala bayangan perasaan, kasih, cinta, sayang seorang ibu, ayah, isteri akan jelas nyata kelihatan. Lebih-lebih lagi sebaik terpandangkan anak-anak yang masih kecil dan mogel itu. Aduhaiiiiii... mereka akan kehilangan ayah/suami/anak tidak berapa jam lagi.
Pada hari yang sama juga, Banduan Akhir ini diberikan pilihan untuk “hidangan terakhir" bernilai RM7.50.
Hmm ... apalah yang akan tersuap ke dalam mulut, kalau tahu esok akan mati! Mampukah usus di dalam perut mencerna dan menghadam lumat segala makana lazat itu nanti?!
Bicara hati
Pada saat-saat yang hampir ini ia acapkali meruntun jiwa. Ujian amat hebat. Di sinilah menguji kita sama ada ‘pergi’ dengan rela menemui Tuhan atau sebaliknya.
Terdapat juga banduan yang berasa puas hati dan memberitahu nasib mereka lebih baik dari kita yang bebas ini. Ini kerana mereka sudah tahu bila masanya mereka akan mati.Ada antara mereka menyatakan, mereka tidak tahan lagi menunggu detik-detik untuk mati.
Banduan Akhir akan ditempatkan di sebuah sel yang berhampiran dengan tempat hukuman dijalankan. Bilik menanti ini dipanggil “Bilik Akhir”.
Di Bilik Akhir itu sekali lagi Banduan Akhir akan tinggal bersendirian; semalaman.
Di hari Banduan Akhir diberitahu hukuman akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk wasiat dan nasihat terakhir.
Pelbagai nasihat yang dilontarkan tetapi tidak menjadi. Kalam selalunya berakhir dengan kata-kata: "Wahai anak, jangan turuti jejak ayah."
Di sinilah, pada malam hari sebelum digantung, ketika inilah barangkali Banduan Akhir ini benar-benar memahami nilai sabda Rasulullah saw:-
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama 1,000 tahun lagi. Dan beramal ibadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya”.
Ketika ajal semakin menghimpit, tiada siapa yang mampu melelapkan mata. Masa yang sekelumit akandipergunakan sepenuhnya. Setiap saat yang berbaki betul-betul dihargai.
Mengigil, mengeletar, gelisah, perit, sebak, sebal, ngeri, insaf, resah, takut, menjadi sapaan. Terjahan demi terjahan hebat terus-terusan mengganas di mata, hati, fikiran, jiwa. Jasad menggigil tanpa diundang. Menggeletar dengan bayangan yang meracau.
"Sudah bersediakah aku? Benarkah aku sudah bersedia? Taubat aku diterimakah? Ya Allahhhhh", pekik hati menerebusi segenap pelusuk penjara. Malangnya pekikan jiwa itu tidak kedengaran oleh manusia lainnya. Kalau mereka dengar sekalipun, mereka memekakkan telinga, tidak mempedulikannya. Tinggallah ia mengadap nasibnya sendirian!
Masih lagi terjelepuk di atas tikar sejadah. Masih mengharapkan keampunan, keredhaan dan kematian yang singkat. Di sudut hati itu mengharapkan agar rohnya terpilih mendapat tempat di sisi Tuhan. Lantas menerima rahmat dan ehsanTuhan. Pengakhiran hayat di dunia ini dalam keadaan bersih, pulus dan putih.
Sebaik azan subuh dilaungkan di corong-corong pembesar suara bergema. Semakin kemaruk rasa di jiwa. Hati menjati semakin kalut. Meronta-ronta; antara melepaskan atau dilepaskan!
Namun diri harus kuat. Mesti tabah. Hati mesti tegap untuk menggagahi menganggkat takbiratul ihram yang terakhir. Takbir terakhir!
Lutut mula rasai longgar. Dirinya pun terasa goyah. Subuh terakhir dirasakan cukup hening, bening dan dingin sekali.
Selesai salam diberikan. Kini menanti salam daripada petugas untuk datang. Tinggal berbaki hanya beberapa detik sahaja lagi.
Sambil masa terus berlalu, hati terus berdebar-debar. Jantung masih berdegup tetapi diluar kebiasaan. Kaki mulai semakin seram sejuk. Jiwa terasa kosong. Gelap. Lompang. Sunyi. Saat-saat yang berbaki ini tidak dipersiakan. Kedua belah tapak tangan masih utuh ditadahkan. Mohon ketenangan yang abadi. Mohon dipermudahkan roh bercerai dari jasad nanti!
Tiba-tiba terdengar derapan kaki semakin menghampiri. Langkah mereka dirasakan sekejap begitu pantas, sekejap begitu perlahan. Namun tapak kaki itu semakin jelas dan kian jelas menghampiri geriji besi yang menjadi pemisah antara dunia fana dan dunia hakiki.
Saat akhir
“Assalamualaikum... masa sudah sampai... dan maafkan saya,” kata petugas itu.
Berderau darah tersirap, mengalir tanpa karuan. Jantung seolah-olah terhenti. Walhal dari tadi, saat inilah yang dinanti-nantikan.
Sebaik tersedar dari terpana, jiwa mula sedar dan berkata "Oh! aku masih bernyawa lagi. Jantungku masih berdegup dan berfungsi. MASYA-ALLAH... bagaimana harusku hadapi detik ini. Tabahkanlah hati dan jiwaku. Ya! Allah semadikanlah roh aku nanti dalam kalangan roh-roh yang mendapat rahmat-Mu..."
Sebaik pagar di buka, Banduan Akhir menghulurkan tangan untuk bersalam dengan petugas yang ada sebelum digari ke belakang.
“Banyakkan bersabar dan bertaubat. Sekarang mengucaplah di sepanjang perjalanan ini,” pesan imam yang selalu datang memberikan kuliah. Sejak akhir-akhir ini dan di sebelah siang tadi kerap pula imam menjenguk. Kata-kata nasihatnya dijadikan tanda ingatan.
Sekarang terserah kepada Allah.
“Assahadualla ila hailallah wa asshaduan namuhammadarasullah” sebaik hendak habis mengucap terus sahaja kepala diserkup dengan kain karung hitam.
Masa itu juga kaki menjadi longlai, lutut menjadi begitu longgar. Badan menggigil, bergoncangan kuat. Menggeletar menantikan saat untuk digantung; nyawa bakal direntap mati. Setiap detik berlalu dirasakan terlalu menekan - terasa lama dan kadang-kadang terlalu kejap.
Bukan tidak tahu atau bersedia lagi. Tetapi segala kekuatan itu hilang begitu sahaja; tidak berdaya, lemah dan luluh segalanya.
Banduan Akhir yang gagah, berbadan tegap sudah tidak ampuh untuk berdiri lagi. Namun ada Banduan Akhir kuat semangat, cekal hati; cukup gagah, berani dan segak melangkah.
Namun sebaik diserkup dengan kain hitam keramat itu, kakinya agak sedikit kekok. Tetapi tetap juga tidak mahu mengalah dan terus melangkah ke bilik hukuman; begitu cekal.
Bagi mereka yang longlai itu akan diangkat ke bilik hukuman dengan segera.
Jarak Bilik Akhir dan bilik hukuman tidak jauh. Hanya dipisahkan sedikit ruang dan sudut sahaja.
Semua pihak termasuk Pengarah Penjara, Doktor dan beberapa orang saksi yang lain sudah siap sedia menunggu di dalam bilik hukuman. Hukuman akan hanya dijalankan setelah Pengarah Penjara dan Doktor berpuas hati keadaan banduan pada hari hukuman dijalankan dan segala prosedur dipatuhi dengan ketat.
Banduan Akhir akan dibawa terus memasuki ke bilik hukuman. Banduan Akhir akan terus ditempatkan di bawah tali gantung. Banduan Akhir akan memijak Pintu Perangkap Renggang dan berdiri di situ.
Sepanjang proses kendalian hukuman itu dilakukan oleh dua orang tukang gantung.
Seorang petugas akan memasukkan tali gantung ke leher Banduan Akhir. Manakala seorang lagi akan mengikat kaki Banduan Akhir dengan kemas.
Sebaik semuanya sudah bersedia, kini petugas yang mengikat tali di kaki itu akan pergi ke picu untuk menarikPintu Perangkap Renggang terbuka. Dia menanti isyarat daripada Pengarah Penjara.
Sejurus Pengarah Penjara berpuas hati dan memberi isyarat pelaksanaan hukuman, picu itu akan ditarik serta merta dan Pintu Perangkap Renggang akan terbuka. Ketika ini tiada siapa yang berdaya berbuat apa-apa. Hanya berserah kepada Takdir Allah SWT.
Sebaik Pintu Perangkap Renggang dibuka, Banduan Akhir akan langsung tergantung. Tubuhnya akan terjun menjunam di ruang kosong di bawah tapak kakinya sedalam 5.8 meter. Tengkoknya akan patah dan leher akan tercekik. Lantaran itu berakhirlah hayat seorang manusia di situ.
Prosess ini berlaku selama kira-kira 15 saat, bermula dari banduan itu keluar selnya hinggalah hukuman dijalankan.
Banduan akan mati dalam masa 30 saat hingga 1 minit. Banduan tadi akan diturunkan, kemudian diletakkan di atas troli selepas setengah jam dibiarkan tergantung di situ.
Kemudian doktor akan datang dan memeriksa sekali lagi bagi pegesahan. Setelah yakin segalanya beres, mayat akan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Troli mayat akan ditolak terus masuk ke dalam ambulan yang sudah sedia menanti di situ sejak dari tadi. Setelah mayat dimasukkan ke dalam perut ambulan itu, ia mula bergerak ke pintu keluar penjara.
Di saat ini pintu keluar akan dibuka bersama mayat tadi untuk dibawa ke hospital. Sanak saudara yang menanti di luar pagar hanya sempat berteriak dan menitiskan airmata tanda kasih, tanda sayang, tanda rindu yang tidak terperi bakal menjelma.
Setelah beberapa meter dari pintu itu, siren ambulan akan berbunyi memecah pagi hari. Manusia di sekeliling yang faham akan mengetahui, seorang lagi hamba Allah telah kembali ke Rahmatullah. Manakala yang lain hanya terus khusyuk dengan kerja sendiri, tidak menghiraukan keriuhan ambulan yang sarat membawa mayat insan.
Bayangkan jika kita hadapi suasana seperti itu. Bayangkan saat-saat kesakitan sakaratul maut dalam masa 30 saat ke 1 minit itu. Bayangkan yang tergantung-gantung di situ adalah kita! Masyallah Allahhhhh!..
Bayangkan jika malaikat maut datang menyapa kita sebentar lagi. Sudahkah kita bersedia sabagaimana si Banduan Akhir ini? Sempatkah kita bertaubat dan mengingati Tuhan? Sempatkah kita meninggalkan wasiat dan nasihat?!
Oh ...di manakah ibu kita sekarang berada? Di manakah Ayah kita berada? Sempatkah kita menjenguk mereka di saat Malaikat Izrael datang memanggil? Sempatkah kita meminta ampun pada isteri dan suami? Apakah yang telah kita tinggalkan di dunia ini?
Tetapi kenapa hati ini begitu degil. Masih merapu dan tidak mahu redha denganTuhan Rabul Alamin. Acapkali pula berjanji dan kerap kali juga mungkiri kepada-Nya?!
“Ya! Allah aku bermohon perlindungan dari-Mu. Limpahkalah rahmatmu ke atas ku. Dan janganlah kau pisahkan aku daripada orang-orang yang kau cintai”
wallahu`alam...
#PemilihanUMNO: KENAPA @tunfaisal LAYAK BERTANDING MAJLIS TERTINGGI? #TF4MT @NajibRazak @KhairyKJ
Sumber Wikipedia:
Klout score semasa menjelang PRU13
Keupayaan pemimpin UMNO memahami dan mengendalikan dunia media siber dan media sosial membuatkan saya berfikiran, mungkin elok juga jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Mungkin jika ada pemimpin di dalam MT yang boleh memikul tanggung jawab ini, maka UMNO tidak akan terpaksa untuk meng`outsource'kan tugas ini kepada pegawai dalam pejabat Perdana Menteri atau orang yang berada di luar kepimpinan parti.
Soalnya sekarang, wajarkah saya bertanding sebagai MT dan apakah yang boleh saya tawarkan jika saya terpilih menjadi Ahli MT UMNO?
Wajarkah saya menawarkan diri sebagai MT atas justifikasi-justifikasi ini?
1. Pemimpin yang mewakili aspirasi generasi muda
Walaupun Umur saya telah mencecah 42 tahun, saya masih berperanan aktif di dalam menggerakkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan persatuan-persatuan belia yang bernaung di bawahnya.
Saya merupakan pengasas Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya, Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya, GPMS Putrajaya, Kelab Sukan Komuniti Putrajaya dan yang menubuhkan semula Persatuan Bolasepak Putrajaya (Baru)
2. Pengalaman dan kemahiran dalam perang siber dan media sosial
Terlibat dalam perang siber dan debat online sejak tahun 1999, sejak zaman chat room dan yahoo groups lagi. Ini di antara debat online saya ketika di dalam Yahoo Groups Young Professional Chambers (Promuda) berkenaan Liberal dan Conservative Islam - http://groups.yahoo.com/neo/groups/promuda_circle/conversations/topics/2325
Semasa PRU 2004 - Pengerusi Pembangunan Bahan, Unit Media Pergerakan Pemuda UMNO / BN di bawah kendalian Exco Pemuda ketika itu, Datuk Norza Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Membantu penubuhan pasukan Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004 dan mengetuai operasi Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004
Kolumnis dan pengendali Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO pada 2003 - 2004,
Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (UMB) 2009-2013
Terlibat mengendalikan jentera siber BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak
membantu laporan semasa Pilihan Raya Kampus 2013
Pelopor kepada Modul Latihan Operasi Siber UMB
Operasi Perang Siber Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri
Pengerusi Unit Perang Siber Pemuda Umno bagi Pilihan Raya Kecil:
PRK Bukit Selambau
PRK Manek Urai
PRK Permatang Pasir
PRK Bagan Pinang
PRK Hulu Selangor
PRK Batu Sapi
PRK Galas
PRK Tenang
PRK Merlimau
PRK Kerdau
PRK Kuala Besut
Pengerusi Bersama Unit Perang Siber Barisan Nasional bagi PRN Sarawak
Latihan Perang Siber
Program latihan di bawah UMB Pusat
Latihan Induk UMB
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah II
Latihan Media Baru Wilayah Persekutuan dan Selangor
Bengkel Media Baru Facebookers
Program latihan di bawh kendalian Biro Penerangan UMNO
Kursus Bela Nusa Khas – Pendekatan Perang Siber
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Sabah
Kursus Khas Jentera Siber
Program latihan di bawah Badan Perhubungan Negeri - UMB
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pahang
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Melaka
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pulau Pinang
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Terengganu
Latihan Media Baru Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
Latihan Simulasi Cybertroopers Peringkat Negeri Kedah
Program Latihan di bawah pelbagai badan yang lain
Pemukiman Jentera UMB Wilayah Persekutuan dan Selangor
Kursus Persediaan PRN Sarawak (Blogger 1Malaysia)
Bengkel Komunikasi Strategik Blogger Sarawak
Kursus Media Baru IPTA
Kursus Media Siber Nur Al Falah
Kursus Media siber Nur Al Falah Siri 2
Kursus Media Siber Nur Al Falah Siri 3
Konvensyen Media Siber Nur Al Falah
Kursus Media Baru IPTA 1
Kursus Media Baru Pensyarah Destini Kenegaraan
Kursus Media Baru IPTA 2
Kursus Media Baru IPTA 3
Kursus Media Baru IPTA 4
Simulasi Media Siber Pilihanraya Kampus
Operasi-operasi Khas
Membantu pelaporan Pilihanraya Kampus 2012/2013.
Mengendalikan jentera UMB dalam operasi-operasi khas antaranya mengenai Persidangan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka dan Promosi Tweet Merdeka 55, 1M4U.
Mengendalikan Sidang Plenari berkaitan Gerakan Perang Siber bagi negeri Pahang semasa Konvensyen Umno Pahang
Membantu pengendalian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang pertama
3. Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang
Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.
Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13 :-
Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu
Di bawah adalah antara forum dan bual bicara dengan pemimpin pembangkang, termasuk yang bergelar YB Ahli Parlimen, ADUN dan Pengerusi Biro dalam parti pembangkang, yang saya hadiri;
Ahli Panel Forum Wacana ‘PRU13 Harapan Malaysia’ bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) http://youtu.be/jcGOrGN2qOA
Ahli Panel Wacana SINAR ‘Kuasa Politik Mahasiswa’ bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safarhttp://youtu.be/1md8Mig16i0
Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk ‘Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan' http://youtu.be/qWvNlSrhqNw
Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk ‘Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13’ http://youtu.be/xww7MfKWoW4
Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk ‘Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13’ http://youtu.be/OahdYcgpk4A
Ahli Panel program Sudut Pandang Astro Awani bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan YB Yusmadi Yusoff bertajuk ‘Menggalakkan Perdebatan’
Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk ‘Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia’ http://youtu.be/7SuXf-tclXc
Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia http://youtu.be/nXsxg6Of3iQ
Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13 http://youtu.be/bK580pTmxEY
Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran http://youtu.be/fcjzK_pDdl0
Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan.
http://youtu.be/xCQt33vTVzw
Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor. http://youtu.be/CIcIEiIdI1YIni tidak termasuk program bual bicara yang lain bagi mengulas pelbagai isu, tidak terhad kepada media baru semata-mata :-
Bual Bicara Face-Off berkenaan PRU13, Red Bean Army, Video Anwar http://youtu.be/V8a2ekw4Qw0 , http://youtu.be/f3XUNN7HvUY
Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Dog http://youtu.be/4TtCaG5JSjY
Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti http://youtu.be/L4t93hixdBM
Ahli Panel program Dalam Radar Radio24 Bernama bertajuk ‘Veteran Dalam Media Sosial’
Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk ‘Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab’ http://youtu.be/fZnZIRaMEZM
Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai ‘Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13’ http://tunfaisal.blogspot.com/2012/03/cybertroopers-pemuda-bn-tunfaisal-di.html
Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai ‘Peranan Blogger Merancakkan PRU13’ bersama Hasbeemasputra Abu Bakar. http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/peranan-blogger-merancakkan-pru13-what.html
Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk ‘Media Sosial sebagai ‘askar baru’ tangkis propaganda liar’ http://tunfaisal.blogspot.com/2011/11/updates-podcast-tf-kena-drill-di-kerusi.html
Ahli Panel program Analisis RTM mengenai Analisis Pilihan Raya Kecil Tenang bertajuk ‘Tenang Akhirnya’
Ahli Panel program Astro Awani Khas bertajuk ‘Merealisasi Model Politik Baru’
Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk ‘Menggalas Harapan’
Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Pandangan Hidup Golongan Muda’.
Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Umur Persaraan’.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut http://youtu.be/sO87T5Oel4s
Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk ‘Menggalas Harapan’
Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Pandangan Hidup Golongan Muda’.
Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Umur Persaraan’.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut http://youtu.be/sO87T5Oel4s
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil ManekUrai Selain itu ada juga tweet exchange saya dengan pemimpin-pemimpin PR seperti Tony Pua, Nik Nazmi, Dr Siti Mariah dan Khalid Samad yang saya blogkan sebagai rekod :-
Tony Pua tak puas hati dengan namanya... ?
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/tony-pua-tak-puas-hati-dengan-namanya.html
When chauvinists tried to explain 1Malaysia from Malaysian Malaysia angle...
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/when-chauvinists-tried-to-explain.html
Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/05/nik-nazmi-gagal-jawab-sama-ada-pr-akan.html
Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/arak-khalid-nafi-pas-pernah-janji-tutup.html
@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/drsitimariah-pas-tidak-pernah-janji.html
4. Pengalaman dalam perkara-perkara berkaitan dasar dalam bidang pendidikan
Sebagai salah seorang Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang melihat kepada perkara-perkara berkaitan dasar sepanjang April 2004 – April 2009, saya mempunyai pendedahan dalam melakukan tugas-tugas penyelidikan dalam bidang berkaitan Dasar Pelajaran dan pelaksanaannya. Antara penglibatan langsung saya ketika di sana adalah -
Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka, menulis dan memperhalusiPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka Program Pembestarian Sekolah, Pelan Strategik ICT KPM dan program-program ICT lain, termasuk merangka semula program latihan perkakasan untuk Program Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) Fasa 4, bertanggungjawab merangka dan menulis Nota dan Memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Usaha Menangani Gejala Disiplin Pelajar, Langkah Memantapkan Program Kokurikulum di KPM, Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG); dan Memorandum Bersama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi berkaitan Pengukuhan Semangat Patriotisme, Memorandum bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat berkaitan Pendidikan Seksualiti (Reproduktif dan Sosial)
Bertanggungjawab untuk membantu YBM dalam perkara-perkara berkaitan peperiksaan dan penilaian, termasuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka strategi untuk Memperkasa Bahasa Kebangsaan, Kesusasteraan dan industri perbukuan dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Dasar Buku Negara
Bertanggungjawab membantu YB Menteri Pelajaran mengendalikan Hal Ehwal Parlimen dan memperhalusi jawapan-jawapan yang disediakan
Bertanggungjawab untuk membantu meneliti dan memperhalusi ucapan-ucapan YB Menteri Pelajaran
Bertanggungjawab atas segala aduan yang dihantar kepada YB Menteri Pelajaran berkaitan Salah Laku Pelajar dan Pengurusan Sekolah
Membantu merencana aktiviti perhubungan awam, pengukuhan imej dan pengurusan persepsi awam terhadap YB Meteri dan Kementerian Pelajaran
Bertanggungjawab untuk meneliti kertas kerja, projek-projek khas dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh YB Menteri Pelajaran (Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Memperkukuhkan Kurikulum, Perlaksanaan Islam Hadhari, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, Sekretariat Menangani Gejala Disiplin, pelaksanaan International Baccalaureate (IB), program F1 In School dan Robotik)
Terlibat di dalam mesyuarat berkala Majlis Permuafakatan Pentadbir-pentadbir Sekolah Putrajaya dan Cyberjaya bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi merencana program pendidikan anak-anak di dalam kejiranan ini selain dari menangani pelbagai isu dan masalah yang timbul di sekolah-sekolah dalam kejiaranan ini secara lebih pantas dan berkesan
5. Pengalaman dalam bidang latihan dan pengkaderan
Saya merupakan produk Institut Kajian Dasar (IKD) semasa di universiti. Sebelum itu saya juga terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar termasuk yang menggunakan usrah sebagai salah satu kaedah pengkaderan. Saya terlibat membantu mengendalikan sejumlah program latihan selain latihan perang siber, termasuklah program latihan ABATA.
6. Pengalaman dalam politik kampus dan engagement dengan mahasiswa
Saya merupakan graduan universiti tempatan, USM yang terlibat dengan politik kampus IPTA sejak zaman kehasiswaan lagi. Terlibat dalam engagement dengan mahasiswa sejak 2003 sehingga sekarang.
7. Kebolehan dalam penulisan
Antara tulisan -
The Credibility of News Portals Compared to Mainstream Press
http://malaysiandigest.com/opinion/40605-the-credibility-of-news-portals-compared-to-mainstream-press.html
Developing World Class ASEAN Leaders - The Role Of Universities
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/kisah-dulu-dulu-world-class-leaders.html
James Wong opinion – a pure nonsense
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-rakyat-malaysia-sokong.html
Bangsa Eropah yang mudah mengkritik tapi benci dikritik
(Menyanggah kritikan editorial Wall Street Journal terhadap Tun Mahathir)
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-menyanggah-kritikan.html
Dr M Leader Par Excellence
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-sempena-ulang-tahun-tun.html
8. Pendirian dalam perkara-perkara prinsip berkaitan agama Islam
Pemimpin UMNO juga adakalanya dilihat terkebelakang dalam mengutarakan pendirian mereka mengenai Islam. Ini merupakan sebahagian daripada pandangan saya mengenai perdebatan yang hangat ketika itu -
Zainah Anwar – searching the true meaning of `uswatun hasanah’.
(A response to “Ending the Patriarchy”)
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/kisah-dulu-dulu-menyanggah-artikel.html
Kesemua artikel berkaitan Kalimah Allah sejak kes itu diputuskan pada Disember 2009
http://tunfaisal.blogspot.com/search/label/Kalimah%20Allah
Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam?
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/hanya-pas-bukan-umno-perjuangkan-islam.html
Menyanggah tulisan Farish Noor "Ummah, not ulama, should call the shot"
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-menyanggah-tulisan.html
PROMUDA - Debat Islam Liberal dan Konservatif dari Perspektif Sejarah Islam
Conservativeness leads to the stagnation of the Ummah
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-debat-islam-liberal-dan.html
Memahami dan menangani pemikiran Islam liberal
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-memahami-dan-menangani.html
Liberal Islam: Menyanggah M Bakri Musa
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-liberal-islam.html
9. Pendirian dalam perkara-perkara pokok berkaitan perjuangan orang Melayu/Bumiputera
Ini adalah antara pandangan saya mengenai agenda ekonomi orang Melayu -
"Melayu miskin terus miskin di bawah DEB"
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/melayu-miskin-terus-miskin-di-bawah-deb.html
Bursa Saham Bumiputera (BSE) - cadangan baik untuk Model Ekonomi Baru
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/bursa-saham-bumiputera-bse-cadangan.html
Model Baru Ekonomi - Maaf PM, saya tidak percaya Amirsham!
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/06/model-baru-ekonomi-maaf-pm-saya-tidak.html
Komputer 1Malaysia : TERAJU gagal! Bumiputera kalah kepada syarikat penjual penyapu Cina?
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/komputer-1malaysia-teraju-gagal.html
Joceline Tan - Membaca pemikiran orang Cina
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/versi-bm-joceline-tan-membaca-pemikiran.html
Lebih lanjut mengenai saya dan pengalaman saya di dalam bidang politik, profesional, NGO dan kepimpinan di pautan di bawah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Faisal_Ismail_bin_Aziz
sumber
AL-KISAH KEMBALINYA INSAN BERNAMA WAWA..
FIRST rujuk SINI
Ah, did we know that the former Bank Islam chief economist Azrul Azwar Tajudin or better known as Wawa is now the head of Institut Rakyat, one of Anwar Ibrahim PKR's think-tanks? Now you know.
Don't remember Wawa? Quick refresher's: Wawa was the dude who went to a regional forum in Singapore in Jan and predicted that Pakatan Rakyat would form the new government after PRU13. Wawa was very specific, saying BN would win a maximum 107 of the 222 parliamentary seats and would even end up with as few as only 97! (BN won 133 and wrested back two States from Pakatan in the May general election and went on to form the government again).
Now you remember Wawa? Wah wah, he's back in the political limelight, this time minus all the pretenses and at least the Pakatan folks won't have to deny knowing him. Read the Mole's report Rafizi still important to PKR and the blogger Gelagat Anwar.
So, no wonder he was saying what he was saying back in January. If Pakatan had won the GE, this guy would be the head honcho of PEMANDU or the Economic Planning Unit now. Twist of fate. I wonder what happened to the disciplinary hearing on his case. Bank Islam also lodged two police reports h e r e and h e r e against Wawa in Jan. I know the police reports were not withdrawn by the bank, so what happened with/to the investigation into the alleged misdeeds?
Don't remember Wawa? Quick refresher's: Wawa was the dude who went to a regional forum in Singapore in Jan and predicted that Pakatan Rakyat would form the new government after PRU13. Wawa was very specific, saying BN would win a maximum 107 of the 222 parliamentary seats and would even end up with as few as only 97! (BN won 133 and wrested back two States from Pakatan in the May general election and went on to form the government again).
Now you remember Wawa? Wah wah, he's back in the political limelight, this time minus all the pretenses and at least the Pakatan folks won't have to deny knowing him. Read the Mole's report Rafizi still important to PKR and the blogger Gelagat Anwar.
So, no wonder he was saying what he was saying back in January. If Pakatan had won the GE, this guy would be the head honcho of PEMANDU or the Economic Planning Unit now. Twist of fate. I wonder what happened to the disciplinary hearing on his case. Bank Islam also lodged two police reports h e r e and h e r e against Wawa in Jan. I know the police reports were not withdrawn by the bank, so what happened with/to the investigation into the alleged misdeeds?
Tuesday, September 3, 2013
MISTERI: ROH TENTERA SULU BERKELIARAN TUNTUT TANGKAL AL-QURAN ISTANBUL DI KG TANDUO?
Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat'
Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.
Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia Memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal
Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.
Bayangkan...anggota kita meronda dibawah pohonan kelapa sawit..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok. Tembakan dihambur bertalu2..sikit pon tak lut.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.
Seorang Perwira menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur namun sebiji pun tak memberi kesan. Akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu, membenamkan peluru ke tanah, dan membaca beberapa surah Al Quran. Peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.
AKIBAT DARIPADA ITU
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam. Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas. "Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
LAGI FAKTA YANG MEMBUKTIKAN PETROL DI MALAYSIA MURAH!!!!!!
Tidak.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.
2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?
Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang. Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:
Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund).
3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia:
Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):
Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri akhir tahun 2011.
Jika harga petrol tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Mesir yang berpendapatan EGP2,000 sebulan perlu membayar EGP2.75 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.
Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)
4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?
Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22
Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10
Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.
Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24 Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.
Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26 Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China. China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong.
Nota: Penulis mengalu-alukan maklumbalas daripada pembaca untuk mengemaskini perkembangan terbaru harga petrol (Contoh: Mesir selepas peralihan kuasa).
ISU KUIL SRI MUNESWARAR: PUJIAN YANG PATUT DIBERIKAN PADA KU NAN! @TengkuAdnanReal
Ihsan dari Bro MINAQ JINGGO
JANGAN HANYA TAHU MELENTING, KAJI DULU KENAPA HARGA MINYAK TERPAKSA DINAIKKAN!!
1. Kerajaan akan terus bagi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80sen untuk diesel.
2. Kerajaan akan tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.
3. Melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.
4.Bagi tahun sepenuhnya, negara menjangka dapat berjimat kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion.
5.Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.
6.Proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.
7.Kerajaan akan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.
8.Inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.
Di bawah pula adalah pandangan pakar ekonomi tentang harga petrol terbaru ini. Menurut Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomis Rating Agency Malaysia Holding's Bhd's (RAM)
1.Increasing the RON95 pump price by 20 sen to RM2.10 has been hailed as the right move to address the ever-increasing government debt, which currently stands at 53.5% as at the end of last year.
2.Headline inflation at 2% at the end of July is the right timing to introduce a gradual subsidy removal.
3.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) amounting to RM500 was paid out for 2013 and for 2014, BRIM could be increased to RM1,000 or even RM1,500.
4.The household income level for those in the lower income group has risen by 6%-7% from 2009 to 2012, and this would cushion the increase in petrol prices.Nampaknya, kerajaan masih terpaksa menanggung subsidi yang tinggi iaitu 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel supaya tidak membebankan rakyat.
Dalam masa yang sama, BR1M akan dinaikkan untuk meringankan kenaikan harga petrol itu.
Yang paling penting sekali, pengurangan belanja kerajaan sebanyak RM3.3 bilion itu boleh digunakan untuk manafaat rakyat Malaysia.
Tetapi dalam masa yang sama, MiM sarankan agar pemantauan kepada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga keperluan rakyat.
Kita lihat juga respons kepimpinan pembangkang yang sudah tentu akan memainkan isu ini. Kita lihat sama ada Lim Guan Eng DAP berani mahu 'mengarahkan' pemilik stesyen minyak untuk tidak menaikkan harga petrol di Pulau Pinang sama seperti yang beliau buat kepada filem Tanda Putera?
Dan kita juga perlu tahu di manakah negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain : Klik Sini
Monday, September 2, 2013
MISTERI: KAMPUNG TANDUO DIDUDUKI OLEH ROH-ROH TENTERA SULU?
Sejak awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.
Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.
Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.
Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.
Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.
"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.
"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju."
Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.
Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.
"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.
“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."
Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.
“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.
"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.
Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.
Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.
Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.
Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.
Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.
Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.
Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.
Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.
Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.
Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.
Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.
Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.
Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.
Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.
Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.
Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.
Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.
Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.
Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.
Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Ops Daulat dahulu.
Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.
Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.
Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.
Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.
Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,
Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.
Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.
Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.
Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.
Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.
Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!
Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri. - Sumber
#LahadDatu: PENDUDUK KAMPUNG SIMUNUL AKAN DITEMPATKAN SEMULA..
Eastern Sabah Security Command (Esscom) director-general Datuk Mohammad Mentek said the exercise was part of the overall plan to relocate citizens and deport illegal immigrants living in the area.
“Esscom and the state government are preparing a suitable framework on how to go about this as it involves a lot of people and requires proper planning,” he said at his Hari Raya open house here yesterday.
Mentek said according to a census carried out in early August, there were 2,356 houses in the nine water villages at the Simunul area, with about 170 of them believed to be occupied by foreigners.
“Citizens will be resettled to identified areas whereby they are required to pay a minimal rental fee upon moving in, while illegal immigrants will be deported,” he said.
Mentek said the department would also be working with the local authorities to facilitate the resettlement and deportation exercise. - Source
KEJAM! MELAMPAU! MAYAT BAYI CUKUP SIFAT DITEMUI DI LOJI KUMBAHAN #UiTM DUNGUN!!
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.
Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.
Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.
Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.
Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.
Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.
"Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. - SUMBER
Sunday, September 1, 2013
#ThrowBack: VIDEO KHAS #OpsDaulat OLEH @PDRMSia UNTUK KENANG JASA PAHLAWAN YANG GUGUR DI #LahadDatu
Mari kita sama-sama saksikan sebagai tanda peringatan dan pengharhaan kepada amggota Very Able Trooper 69 (VAT69) dan lain-lain. Semoga roh mereka aman disana.
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)

.jpg)























