Showing posts with label pdrm. Show all posts
Showing posts with label pdrm. Show all posts

Sunday, April 10, 2016

ANGGOTA @PDRMsia MAKAN RASUAH LINDUNGI PEKERJA ASING? @KBAB51 @Zahid_Hamidi

Surat ni aku jumpa di tepi jalan berdekatan dengan Pejabat Pos Taiping sewaktu aku berjalan ke kereta aku di kotak parkir berhampiran selepas pekena cendoi lewat pagi tadi.

Aku syak mungkin ada hamba Allah yang tercicirkannya.

Tujuan aku up kan surat ni sebab aku pelik.....

Apa kaitan Pegawai PDRM dengan pekerja asing?

Aku syak kemungkinan berlaku korupsi (rasuah) oleh anggota polis tersebut bagi melindungi pekerja asing.

Setahu aku, pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing adalah majikannya, bukannya anggota polis!

Justeru, diharap perkara ini patut disiasat oleh pihak berwajib.

Saturday, December 26, 2015

@PDRMsia @KBAB51 JANGAN 'DOUBLE STANDARD'! KENAPA YANG MEMBELA NASIB PENGGUNA DITUDUH MELAKUKAN UGUTAN?

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ditahan Kerana Membela Nasib Pengguna?


Pihak polis dilaporkan telah menahan dua aktivis PPIM rentetan dari tindakan NGO itu membela nasib pengguna yang telah ditipu dan dikurung oleh penjual telefon bimbit di Kota Raya pada minggu lalu.

BACA SINI
PELIK.... Apakah alasan mereka ditahan dan ingin direman oleh POLIS?
  • Adakah menjadi satu kesalahan membela pengguna yang ditindas?
  • Adakah mereka tercabar selepas PPIM bertindak membela pengguna kerana tiada tindakan susulan pihak berkuasa?
Mereka ditahan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah selepas penjual telefon bimbit Kota Raya (yang melakukan penipuan dan mengurung pengguna) membuat laporan polis beberapa hari lepas.


HARIAN METRO - 22/12/15 - AKTIVIS NAFI TERLIBAT INSIDEN AMUKAN

Selepas ditahan dan ditempatkan di dalam lokap tahanan, yang menariknya polis cuba mendapatkan reman tambahan selama 7 hari tetapi permohonan untuk menahan reman ditolak selepas Puan Majistret mendengar hujah dan bantahan peguam yang mewakili kedua-dua Aktivis tersebut.

BUKAN ISU PERKAUMAN!

IGP kena jawab ni :-
Mengapa polis bertindak sedemikian keatas mereka yang membela pengguna sedangkan tiada sebarang kekerasan atau isu perkauman yang ditimbulkan semasa PPIM menuntut kembali hak pengadu?

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ditahan Selepas Membela Nasib Pengguna?Boleh saya tahu kenapa Polis...
Posted by Hafiz Al-Din on Thursday, December 24, 2015

Tuesday, August 18, 2015

PANAS!! @malaysiakini BAKAL DIGANTUNG SELEPAS NGO @PPIM4U GESA @KDNPUTRAJAYA AMBIL TINDAKAN KERAS?

DIPETIK DARI SUMBER:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan tindakan terhadap portal berita atas talian, Malaysiakini kerana menerbitkan berita berunsur fitnah dan hasutan! 

Malaysiakini dilihat terlalu kerap menerbitkan berita berunsur fitnah dan hasutan seolah-olah mempunyai agenda yang tidak baik. 
Sekiranya perkara sebegini dipandang remeh dan dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja mampu menyebabkan perpecahan dalam perpaduan kaum (serta semua etnik) di Malaysia, malah ia juga dilihat menjadikan sentimen kebencian di kalangan rakyat berada di tahap tidak terkawal. 
Selanjutnya di laman Facebook Rasmi PPIM (Klik!)

KERATAN AKHBAR


** KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL PENUH

EMBED POST 


Berdasarkan artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Bertindak keatas Malaysiakini' bertarikh 16 Ogos...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Monday, August 17, 2015

Tuesday, January 20, 2015

#AktaHasutan: SIAPA TAK BUAT KERJA? @PDRMsia ATAU PEGUAM NEGARA?

Kes Tan Lai Soon (perwakilan parti Gerakan) bukti Pejabat Peguam Negara membuat pendakwaan berpilih.

1. Pada 19 Oktober 2014, Tan Lai Soon perwakilan dari parti Gerakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang.

2. Ekoran daripada kenyataan yang menimbulkan rasa tidak senang kaum Melayu. Beberapa laporan polis telah dibuat pelbagai pihak.

3. Kes tersebut mula disiasat oleh pihak PDRM dan Pejabat Peguam Negara di bawah Akta Hasutan 1948.

4. Pada 19 Disember 2014, pihak Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah memaklumkan bahawa siasatan kes bernombor 'JSJ/PEM.3/Pin.1/2013' telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

5. Di mana, Timbalan Pendakwaraya telah memutuskan bahawa "KES TIDAK DITERUSKAN" tanpa memberi sebarang alasan.

6. Justeru, rakyat berhak tahu apakah justifikasi dan alasan kukuh Pejabat Peguam Negara dalam membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes berkenaan?

7. Kes Tan Lai Soon adalah salah satu bukti bahawa kepincangan dalam sistem perundangan disebabkan pihak Pejabat Peguam Negara yang enggan membuat pendakwaan walaupun PDRM menyiapkan kertas siasatan!

#TanyaAG

Friday, May 9, 2014

@tianchua KATA @PDRMsia TINDAS KAUM CINA. LU MASIH BEBAS TU APA CER PULAK?


RASIS!!!

Itu sahaja ungkapan yang paling sesuai untuk saya labelkan terhadap Tian Chua. Dia tidak habis-habis burukkan imej pasukan keselamatan nombor satu dinegara kita, iaitu Polis Diraja Malaysia. Melalui kenyataan Tian Chua seperti gambar diatas, ternyata saya tidak setuju sama sekali.

Sejak bila pihak PDRM menindas kaum cina? Wahai Tian Chua, adakah hanya kaum cina sahaja didalam senarai tangkapan/proklam Polis Diraja Malaysia? You pernah tidur di lokap, takkan you tak nampak terdapat kaum lain bersama you?

Apa guna Akta Polis 1967 (PERUNDANGAN & BIDANG KUASA POLIS) dibuat jika semua tugasan yang dilaksanakan mereka dikecam sebegitu?


Oh ya, mungkin Tian Chua tidak tahu bahawa buat pertama kali dalam sejarah sepanjang lebih 200 tahun penubuhan polis di Malaysia, ekesesais pengambilan polis khas untuk KAUM CINA dibuka (rujuk SINI). Pengambilan ini juga telah mencetuskan kontroversi kerana syarat perlantikan yang dikenakan terlalu longgar & gaji yang ditawarkan pula lebih tinggi.

ADAKAH ITU DINAMAKAN PENINDASAN? SIAPA YANG TERTINDAS? ATAU TIAN CHUA YANG SENGAJA MENINDAS?









SIAPA YANG ZALIM & DIZALIMI SEBENARNYA? JOM KITA TENGOK:

Apa yang menariknya, apabila rancangannya untuk menggulingkan melalui platform PDRM telah gagal, Tian Chua mula menghasut rakyat dengan menyalahkan polis & PM Najib kerana memenjarakan Anwar.


Termasuklah dengan memburukkan nama KPN:


P/S: CAKAP KAT POLIS KONON, PADAHAL DIA SENDIRI PENJENAYAH....

Wednesday, May 7, 2014

@tianchua LUAHKAN KEKECEWAAN TERHADAP @PDRMsia? TAK SEDAR KE DIRI TU PENGKHIANAT NEGARA!!!


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua meluahkan kekecewaan beliau terhadap tindakan pihak polis dan menuduh pasukan keselamatan itu sebagai berat sebelah dalam menangani kes melibatkan isu jenayah.

Tian Chua menuduh pihak polis tidak memandang serius berhubung kejadian tembak melibatkan aktivis mahupun masyarakat yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).


"Saya ingin mengatakan kekecewaan saya terhadap pihak polis apabila melibatkan orang awam atau aktivis-aktivis bukan kerajaan ia seolah-olah tidak di ambil serius. Tetapi apabila laporan polis dibuat oleh pihak yang menyebelahi kerajaan, siasatan akan diambil malah dakwaan di ambil secara cepat. Ini menunjukkan ada pilih kasihnya bila pihak polis menangani sesuatu kes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media bersama Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan di Restoran Media berhampiran Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.


Dalam masa sama Sanjeevan ketika menceritakan kronologi malang yang menimpa dirinya turut berharap agar pihak polis tidak lagi berdolak dalih ketika menjalankan siasatan.

"Saya ditembak 27 Julai tahun lalu dan berada dalam keadaan koma di hospital. Saya percaya ia kerana saya mendedahkan isu jenayah dan sindiket dadah yang didalangi seorang pegawai polis di Negeri Sembilan dan Melaka. Julai tahun lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berjanji untuk bekerjasama dengan MyWatch namun tiada sebarang tindakan di ambil.

"Dua hari lepas saya terima 3 butir peluru hidup 9mm di peti surat rumah saya di Bahau, saya bersyukur kerana tiada perkara malang berlaku, saya sudah membuat laporan polis dan berharap jangan berdolak dalih lagi.

"Jika kita lihat kejadian sebegini berlaku kepada angggota atau mereka yang menyebelahi BN atau kerajaan, tindakan segera di ambil. Kes tembak yang nyaris meragut nyawa saya tidak disiasat. Malah saya masih tak tahu siapa pegawai penyiasat dalam kes saya. Saya tidak tahu langsung perkembangan di dalam kes saya.

"Kalau nak bukti saya sudah beri bukti seorang pengedar dadah mengaku bahawa beliau mengedar dadah tetapi ia didalangi oleh seorang pegawai kanan polis di Negeri Sembilan, dia (pengedar dadah) mengaku dalam rakaman video yang disiarkan FMT tahun lalu," katanya.

Sementara Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula membuat kesimpulan bahawa pasukan polis tidak menjalankan tugas dengan pantas.

"Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Selepas 6 bulan ia masih dalam siasatan. Saya rasa kita boleh membuat kesimpulan bahawa polis menjalankan tugas dengan lembab sekali. Saya minta polis tidak beri alasan lagi dan buat tangkapan sekarang juga," katanya. - source

Thursday, April 24, 2014

KENYATAAN DARI @PDRMsia MENGENAI STATUS 'KEHARAMAN' #HimpunanBantahGST 1 MEI INI


Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CPB) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

Berikut adalah kenyataan yang dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia

Wednesday, April 23, 2014

@cmlimguaneng KATA PIHAK @PDRMsia MAKAN GAJI BUTA, ATAU DIA YANG BUTA? @KBAB51


Saya menentang keras kenyataan dari DAP Pulau Pinang dengan kenyataan yang dinyatakan ini. Semua orang tahu akan tanggungjawab sebagai seorang polis, bukan mudah untuk memikul tangggungjawab tersebut kan?

Saya perhatikan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba mengambil kesempatan memburukkan imej PDRM dengan cara menaburkan fitnah. Pada mulanya, dia mengatakan bahawa phak Polis Kontinjen Pulau Pinang tidak menempatkan anggota semasa perarakan mayat mendiang Karpal di Georgetown. 

Sedangkan, Ketua Polis Pulau Pinang sendiri telah akui bahawa lebih 50 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang 4 hari tempoh penghormatan terhadap mayat mendiang Karpal. 


Tambahan, Gobind Singh Deo (anak mendiang Karpal) sendiri ucapkan terima kasih pada PDRM melalui laman Twitternya:
Setelah selesai semua atucara, saya ingatkan sudah reda, tengok-tengok rupanya LGE memperlekeh pihak PDRM dengan mengatakan bahawa Polis di Kontinjen pemerintahannya makan gaji buta? Ini adalah KURANG AJAR!

Untuk lebih lanjut sila rujuk artikel yang dilaporkan oleh portal UtaraNews ini:
Keangkuhan pemimpin DAP P.Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng semakin terserlah apabila beliau mula mempersoalkan kredibiliti pihak Polis dalam memberi layanan kepada mendiang Karpal Singh. 
Guan Eng dalam satu kenyataan kepada media telah menempelak pihak PDRM kerana tidak mengiringi dan membantu kelancaran acara penghormatan terakhir Karpal Singh di Dewan Sri Pinang sehingga menyebabkan ketidak puasan hati beberapa pihak. 
Guan Eng dilihat cuba menuduh pihak Polis mengamalkan sikap pilih kasih dan tidak membuat kerja sambil menegaskan bahawa pihaknya akan melakukan siasatan terperinci dalam hal ini sambil memohon maaf kepada hadirin yang tidak sempat memberi penghormatan terakhir kepada Karpal susulan tindakan pihak Polis yang tidak memberi kerjasama. 
"Kami ingin meminta maaf kepada orang ramai yang datang dari jauh dan dekat, tetapi tidak berpeluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal". “Kami berharap orang ramai dapat memaafkan(Polis) dan mengabaikan sebarang masalah yang timbul semasa pengebumian itu,” ujar Guan Eng. 
Tindakan Guan Eng ini boleh diibaratkan umpama 'menjilat ludah' sendiri. Pihak pembangkang khususnya DAP sebelum ini sering menghina dan memperlekehkan pihak Polis dengan pelbagai tohmahan dan menganggap sebagai anjing kerajaan tetapi bila berkaitan kepentingan mereka, tahu pula untuk merayu bantuan Polis. 
Dalam sidang media itu, Guan Eng turut memuji penyokong yang turun memberi penghormatan dan turut berkata bahawa pengebumian Karpal yang diadakan secara besar-besaran itu merupakan satu sejarah besar di bawah pentadbirannya. 
“Pengiringan 3,000 penunggang motosikal, yang sebahagian besar terdiri daripada golongan yang bekerja, pasti sangat bermakna bagi Karpal dan keluarganya". “Pengkebumian oleh kerajaan Pulau Pinang ini mungkin yang terbesar di dalam sejarah Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang dan Malaysia bersama melakukannya", tambah Guan Eng lagi 

Tuesday, March 4, 2014

[KEMASKINI] KENAPA CINA DIBERI KEISTIMEWAAN PENUH SERTAI @PDRMsia? TAHNIAH @Zahid_Hamidi!! @KBAB51


BAGUS! TAHNIAH MENTERI KDN!

Tak sangka Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi begitu mengambil berat dengan kaum cina tanpa fikir apakah yang akan jadi dimasa akan datang serta tak fikir apa yang dirasai anggota lain. Apa agaknya yang dirasai oleh individu (kaum lain) yang pernah gagal dalam sesi pengambilan, tetapi tidak dapat kelebihan sebegini rupa walaupun sudah mengemukakan rayuan.

Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel (L/W) dalam Polis Diraja Malaysia bagi menggalakkan kaum cina menyertai PDRM?




Pada pandangan saya.......

Ini mungkin dapat memantapkan sistem keselamatan dalam negara kita. Namun begitu, saya sama sekali tidak setuju kerana ianya seolah-olah membazir dan dilihat seolah-olah menindas kaum lain, terutamanya MELAYU.

Saya ada war-warkan hal ini di laman Facebook saya bagi melihat pandangan kawan-kawan, ternyata ramai juga yang tidak setuju dengan pengambilan khas ini. Sila baca komen-komen mereka:

Ternyata ramai juga yang tidak setuju.
Saya sama sekali TIDAK SETUJU dengan syarat kemasukan yang ditetapkan, kerana begitu banyak kelonggaran yang diberi. Saya tahu anggota PDRM sendiri juga pasti ramai yang tidak bersetuju. Baca penerangan saya dibawah:

Iklan Jawatan Yang Ditawarkan

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
  1. Diberi kelonggaran untuk syarat kemasukan.
  2. Punyai sistem gaji khas dan Gred yang lebih tinggi.
  3. Ada desas desu yang kata tarikh untuk 'tetap jawatan' juga dipendekkan.
  4. tempoh latihan akan dikurangkan daripada 9 bulan kepada 6 bulan (Pengambilan Sarjan/Inspektor) dan 6 bulan kepada 3 bulan (Konstabel).
Senang banyak mereka ini. Kenapa tak tukar juga kandungan atas sumpah tu sahaja?

Pada pandangan saya, jika  mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Rasanya sepanjang 6 bulan tempoh latihan, ianya cukup padat dengan sesi pembelajaran asas kepolisan dan undang-undang, sampaikan ada silabus yang tidak sempat disebabkan tidak cukup masa. Itu pun masih nak pendekkan tempoh latihan? Bukan senang untuk transformasikan seseorang daripada 'orang awam' kepada seorang polis. Lagikan pula jika tempoh 'brainwash' disingkatkan. Sia-sia sahaja, Hanya kuantiti sahajalah yang akan bertambah, kualiti tidak sama sekali


Mudah bukan? Sedangkan masih ramai lagi anak Melayu kita nak masuk Polis ini. Kalau ada buka iklan 'PENGAMBILAN KHAS KONSTABEL (L/W) PDRM (DIBUKA KEPADA KAUM MELAYU YANG PERNAH DITOLAK PERMOHONAN SAHAJA)' tidakkah ianya lebih baik? Pasti berpusu-pusu yang mohon.

MEMBAZIR

Antara kenderaan Polis yang masih memerlukan tambahan.
Pengambilan ini merupakan satu pembaziran kerana pasti banyak wang kerajaan akan diperuntukkan bagi menampung pembelanjaan pelatih-pelatih sepanjang sesi latihan mereka nanti. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Sedangkan wang itu boleh digunakan untuk menambahbaik prasarana di balai-balai/pusat latihan polis (PULAPOL) ataupun tambah kuantiti 'Patrol Car' untuk anggota cawangan MPV membuat rondaan pencegahan jenayah. Tidakkah itu lebih baik? 

Indeks jenayah terbaru
Walaupun tempoh latihan sudah pun disingkatkan, tapi ianya tetap menelan belanja yang besar bukan? Sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang 90 hari (3 bulan) untuk menamupung pembelanjaan makan/minum pelatih. Dengar khabar, setiap pelatih diperuntukkan higga mencecah RM30 sehari (makan SAHAJA). Jika 100 orang yang ditanggung? Itu baru bacaan minimum.

TAWARAN GAJI LEBIH TINGGI & KELONGGARAN SYARAT PENGAMBILAN BERPOTENSI LAHIRKAN ANGGOTA PDRM YANG TIDAK BERINTEGRITI.


Pasukan khas untuk kaji aspek gaji juga akan ditubuhkan. Persoalannya, Kenapa tak buat penambahbaikan sahaja bagi Unit Gaji Bukit Aman yang mengawal gaji/elaun bagi berpuluh-ribu anggota polis itu sahaja? 


Jadual gaji asal bagi Konstabel (Terbaru)
Jadual gaji baru bagi Konstabel (Cina)

Sudahlah syarat kemasukan dilonggarkan, tempoh latihan dikurang, gaji pun naikan juga? Sedangkan skop tugasan dan gred gaji sama. Banyak cantikkk.... Untuk pengetahuan anda, ini adalah punca mereka tak mampu berikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja nanti dan berpotensi calarkan imej PDRM. Cukuplah imej PDRM dicalarkan dengan fitnah pembangkang.

KELEBIHAN YANG ANAKANDA SULTAN PUN TAK DAPAT RASAI.


Untuk pengetahuan anda, semasa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang menjalani latihan sebagai Pelatih Inspektor di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa. Dia pun turut menjalani latihan mengikut masa yang ditetapkan. Dia juga menerima gaji bulanan mengikut gred ditetapkan tanpa ada penambahan elaun 'tarik perhatian' pun. 

Tengku Abdul Jalil (Anakanda Sultan Johor) semasa jalani latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

CARA PENGAMBILAN YANG TIDAK TELITI.


Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja eperti pengambilan sebelum ini? Bukankah ianya lebih teliti dan punyai tapisan serta penilaian yang terperinci? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar. 


Ramai pelatih Konstabel L/W dalam PULAPOL itu berjaya dalam sesi temududga SPA dan diterima bekerja. Sekarang ini, mereka semua sedang menjalani latihan asas kepolisan di PULAPOL (tanpa kurangkan tempoh). Difahamkan, pengambilan baru-baru ini adalah merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan. Tahniah!

SOALAN KEPADA ZAHID HAMIDI:
  1. Masih ramai lagi rasanya anak melayu yang menganggur dan perlukan kerja. Kenapa tak buat kelonggaran seperti diatas untuk kaum MELAYU SAHAJA? Itu lebih baik. 
  2. Kenapa nak naikkan gred gaji mereka? Kenapa tak selaraskan sahaja? Ianya sudah cukup memadai dengan kelonggaran yang diberi. Tak gitu? Sedangkan anggota lain mengambil masa latihan lebih lama dari mereka & melepasi syarat lantikan yang ditetapkan. Tapi dibayar gaji lebih rendah? 
  3. Kenapa tidak selaraskan sahaja sistem gaji seperti yang sedia ada? Tidakkah ianya lebih memudahkan?
  4. Kenapa tak bantu bumiputera yang susah je?

P/S: 1 Lagi Produk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri Kementerian Dalam Negeri, Nak Buat Jasa Tapi Tak Pandai!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 18, 2013

WARGA TAIWAN YANG DICULIK DI SEMPORNA HIDUP LAGI, @cmlinguaneng TAK PERCAYAKAN @PDRMsia?

Artikel saya sebelum ini mengandungi salinan repot Polis daripada saksi dan kronologi penuh bagaimana kes bunuh dan culik warga Taiwan ini berlaku - RUJUK SINI

Perkembangan terbaru pula ialah Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa culik warga Taiwan tersebut dipercayai masih hidup.

SINIS: ADAKAH LIM GUAN ENG RASA TERANCAM KERANA TIDAK PERCAYA PADA KREADIBILITI POLIS MALAYSIA? JIKA RASA TERANCAM, SILA KELUAR DARI MALAYSIA, AMANAHKAN PULAU PINANG KEPADA ORANG LAIN. (BACA SINI)
POLIS PERCAYA MANGSA CULIK PULAU POM POM MASIH HIDUP 
Polis percaya wanita Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas masih hidup. 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media. 
Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari
Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini hari ini. 
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat. 
Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 Nov ini. 
Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal. -  SUMBER

Thursday, September 12, 2013

LAMBANG POLIS: STAF RTM DIBUANG KERJA!!


Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.


Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - SUMBER

MY SLIDESHARE UPLOAD