Wednesday, May 1, 2013

#PRU13: CALON BN DICEDERAKAN CALON DAP DI SELANGOR #TolakPR #DAPKomunis


Calon Barisan Nasional di kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, Jessie Ooi mendakwa bahunya lebam selepas ditolak calon DAP, Lee Kee Hion.

Ketika mengadakan walkabout di pasar malam lewat petang semalam, Ooi bertembung dengan Lee yang turut sama melakukan program ramah mesra di lokasi yang sama.

Mereka kemudiannya berjabat tangan dan mengambil gambar bersama sebelum Lee bertindak menolak bahunya.

Ia ekoran Ooi menolak tawaran Lee untuk berdebat.

"Saya menghulurkan tangan kepada Lee dan kami berjabat tangan serta bergambar bersama-sama untuk jurugambar akhbar.

"Namun ketika kami berjabat tangan, tangan kirinya terus menolak bahu saya. Pada ketika itu, Lee tersenyum dan mencabar saya untuk berdebat.

"Saya memberitahu beliau ia membazirkan masa dan dia terus menolak bahu saya. Ibu saya melihat Lee bertindak sedemikian dan terus menarik saya," kata Ooi kepada The Star.

Ooi berkata, memandangkan penyokong Lee kebanyakannya lelaki, beliau segera meninggalkan tempat itu dan kembali ke pejabat MCA di bandar.

Ooi kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu, Lee berkata beliau turut melaporkan mengenai perkara yang sama kepada polis.

Lee berkata, beliau hanya menepuk bahu Ooi.

Selain mereka, Yoong Tham Fook, Pritpal Singh Mender Singh dan Nadarajah Subramaniam bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN itu.

Tuesday, April 30, 2013

[BUKTI] #PRU13: ADAKAH BENAR DAKWAT KEKAL BOLEH DIHILANGKAN GUNA SABUN?


Gambar daripada laman facebook mendedahkan wajah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal proses pengundian hari ini boleh dicuci dalam sekelip mata. ATM dan PDRM patut siasat identiti anggota dan apa hubungannya dengan pemimpin PKR.

Pendedahan video demontrasi oleh anggota PDRM yang turut mengundi hari ini menunjukkan hasil sebaliknya. Kerana masih terdapat kesan dakwat walaupun berkali-kali di gosok, sebagaimana disiarkan di blog Harapan Esok :


Kenapa tidak hilang sebagaimana gambar yang disiarkan di laman-laman pro pembangkang?

Gambar geng-geng Pakatan Rosak, lihat kuku mereka putih bersih dan berseri-seri :


Tetapi cubaan mencuci dakwat tersebut sebagaimana yang dillakukan oleh anggota yang mengundi dengan menggunakan Sanitizer menunjukkan hasil sebaliknya.




SUMBER: DOUBLE-Y




[VIDEO] #PRU13: AZHAR SULAIMAN PERTIKAI HAK BERSUARA PAKATAN


Suara Azhar Sulaiman setelah akaun fb beliau disuspendedkan kerana penyokong PR 'report spam' beramai ramai keatas akaun beliau.

MY SLIDESHARE UPLOAD