Showing posts with label DAKWAT KEKAL. Show all posts
Showing posts with label DAKWAT KEKAL. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

#PRKKualaBesut: SPR TAK MAHU GUNA DAKWAT KEKAL PADA 24 JULAI INI? HABIS TU?


Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata cadangan untuk menggunakan dakwat kekal adalah daripada pembangkang dan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kemudian pelaksanaannya mendapat pertikaian pihak pembangkang sendiri.

"Yang cadang guna dakwat kekal Yang Berhormat Anggota Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali) dalam jawatankuasa (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya), yang cadang dakwat ini mereka, kita ni ikut, padahal SPR mencadangkan biometrik supaya (guna) cap jari (supaya) tak boleh lari.

"Itu (biometrik) cadangan yang terbaik, kita akan pastikan supaya perkara ini dibincang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) - mencadangkan penghapusan penggunaan dakwat kekal berkata isu dan polemik dakwat kekal itu berpanjangan berikutan pihak yang tidak menang dalam pilihan raya terpaksa mencari sesuatu alasan tentang kekalahan mereka.

Mengenai sistem biometrik, Annuar berkata Malaysia mempunyai system pendaftaran komprehensif berasaskan kad pengenalan yang mempunyai kawalan begitu ketat dan kemas.

"Kita sudah ada sistem yang cukup bagus tetapi kita melayani dengan soal dakwat, bila kita buat dakwat kekal, ada orang timbulkan pula termasuk berasa was-was air sembahyang sah atau tidak.

"Jika sistem biometrik itu sebagai satu alternatif, adakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sama sekali sistem menggunakan dakwat kekal berikutan banyak negara tidak menggunakan sistem calit di jari pada masa ini," katanya.


Shahidan juga berkata jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah 13,268,147 orang dan jumlah yang mengadu berhubung PRU13 hanyalah 1,469 orang atau 0.0013 peratus.

SUMBER

P/S: Better guna biometrik daripada dakwat kekal.. kesian anggota polis yang bertugas ambil report kat balai tu... heheehe

Tuesday, April 30, 2013

[BUKTI] #PRU13: ADAKAH BENAR DAKWAT KEKAL BOLEH DIHILANGKAN GUNA SABUN?


Gambar daripada laman facebook mendedahkan wajah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal proses pengundian hari ini boleh dicuci dalam sekelip mata. ATM dan PDRM patut siasat identiti anggota dan apa hubungannya dengan pemimpin PKR.

Pendedahan video demontrasi oleh anggota PDRM yang turut mengundi hari ini menunjukkan hasil sebaliknya. Kerana masih terdapat kesan dakwat walaupun berkali-kali di gosok, sebagaimana disiarkan di blog Harapan Esok :


Kenapa tidak hilang sebagaimana gambar yang disiarkan di laman-laman pro pembangkang?

Gambar geng-geng Pakatan Rosak, lihat kuku mereka putih bersih dan berseri-seri :


Tetapi cubaan mencuci dakwat tersebut sebagaimana yang dillakukan oleh anggota yang mengundi dengan menggunakan Sanitizer menunjukkan hasil sebaliknya.




SUMBER: DOUBLE-Y




MY SLIDESHARE UPLOAD