Thursday, May 2, 2013

[VIDEO] #PRU13: CHEEGUBARD KANTOIKAN ANWAR. #LainKaliLah BOOO!!


  • Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.
  • Didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.
  • Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.
  • Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut. 
  • Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.
  • Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.
  • Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?
  • Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.
  • Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan

#PRU13 #TukarKelantan: SENARAI LENGKAP ASSET TANAH NIK AZIZ BERHARGA 10 JUTA!!!!

Inilah kezuhudan Tok Guru...

Lihat senarai lot tanah milik Nik Aziz Ulamak Jutawan abad ini.



































Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN. PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.


Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan? - PERIGI TIMUR

[VIDEO] #PRU13: KICKDAFELLA CABAR HUSAM BUAT UJIAN POLIGRAF (KESAN PEMBOHONGAN)!! @tunfaisal @HajiHusamMusa #TolakHusam #HusamPenipu


Memang benar apa yang dikatakan oleh Kickdafella. Dialog yang beliau sampaikan sangat kukuh untuk dijadikan pegangan anda semua. Kepada pengundi Putrajaya, Ayuh sama-sama TOLAK HUSAM BIN MUSA!!


JENDELA MAYA:

Esok di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 akan diadakan ujian poligraf (mengesan pembohongan) antara calon PAS Parlimen Putrajaya, Husam Musa dan blogger Syed Azidi (Kickdefella) berkaitan dengan beberapa hal yang melibatkan mereka berdua dan juga menjawab pendedahan di dalam buku yang tersebar sekitar Putrajaya berjudul "Kenali Siapa Husam".
Kickdefella pernah berkhidmat untuk Husam selama dua tahun sekitar PRU12 lalu, mencabar Husam pada 28 April lalu untuk membuat ujian poligraf ini bagi memastikan dia tidak berbohong tentang beberapa skandal, projek dan kegagalannya selama menjadi exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan...

Apa pula kenyataan dari KICKDAFELLA?
"Esok jam 5 petang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ujian poligraf akan dibuat. Ia adalah seperti yang saya nyatakan pada Ahad, 28 April 2013 yang lalu. Saya harap Calon Parti PAS untuk Parlimen Putrajaya, Husam akan hadir untuk membuat ujian tersebut bersama saya bagi membuktikan siapa berbohong dan siapa bercakap benar mengenai isu-isu yang antaranya melibatkan projek – projek di Kelantan dan yang saya nyatakan tentang Husam sebelum ini."

MY SLIDESHARE UPLOAD