Saturday, July 27, 2013

#PRKKualaBesut: ABE KU MASUK TUGAS TAK SAMPAI 24JAM DIUMUM SEBAGAI ADUN.

Dua belas jam selepas bergelar Yang Berhormat, Tengku Zaihan Che Ku Rahman dari Barisan Nasional (BN) turun padang dengan melawat Pasar Kuala Besut, untuk menemui rakyat dan membeli-belah.

Tengku Zaihan, 37, ditemani isterinya, Salbiah Othman, 34, dilihat keluar dengan sebuah kenderaan dan menuju ke pasar berkenaan yang menjadi tugas pertama selepas bergelar wakil rakyat.

Walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, saya berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat” - Tengku Zaihan Che Ku Rahman, ADUN Kuala Besut

Beliau diumumkan pemenang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof, memulakan tugas pertamanya berjumpa penyokong di pasar berkenaan.

Bermesra dengan pengundi

Sebaik tiba di pasar itu, beliau dan isteri beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga serta pengunjung di situ.

Katanya, walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, beliau berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat malam kelmarin.
“Selepas ini, saya akan menziarah seorang penduduk di Kampung Gong Nering, Kuala Besut yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi,” katanya, ketika ditemui di sini, semalam. - Berita Harian

Thursday, July 25, 2013

#PRKKualaBesut: KEPUTUSAN DAN 'POST MORTEM RESULT'. (SUMBER DALAMAN)

Berikut adalah keputusan dan statistik penuh keputusan PRK Kuala Besut yang baru selesai semalam. Apa-apa pun tahniah buat calon BN, Tengku Zaihan dan takziah kepada Che Long, eh silap semoga Che Long boleh cuba lain kali.

DEDAH! RANCANGAN @MuhyiddinYassin MAHU SAILANG @NajibRazak DIBONGKAR!!

Hal ini mungkin sesuatu yang tak mustahil. Kerana Anwar Ibrahim pernah lakukannya sewaktu dia menjadi TPM dulu.

Menurut MALAYSIA CHRONICLES :

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.

“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.

“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.

Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.

“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.

Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.

Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.

“Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.

Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.

“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

"BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

"Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.

Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.

“Kadir dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM sebenarnya sedikit tersasar. Muhyiddin cuma sedikit terkilan apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib. Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi jawatan presiden dipertandingkan.

"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu isyarat daripada Tan Sri. Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan perbualan.

MY SLIDESHARE UPLOAD