Saturday, July 27, 2013

#PRKKualaBesut: ABE KU MASUK TUGAS TAK SAMPAI 24JAM DIUMUM SEBAGAI ADUN.

Dua belas jam selepas bergelar Yang Berhormat, Tengku Zaihan Che Ku Rahman dari Barisan Nasional (BN) turun padang dengan melawat Pasar Kuala Besut, untuk menemui rakyat dan membeli-belah.

Tengku Zaihan, 37, ditemani isterinya, Salbiah Othman, 34, dilihat keluar dengan sebuah kenderaan dan menuju ke pasar berkenaan yang menjadi tugas pertama selepas bergelar wakil rakyat.

Walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, saya berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat” - Tengku Zaihan Che Ku Rahman, ADUN Kuala Besut

Beliau diumumkan pemenang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof, memulakan tugas pertamanya berjumpa penyokong di pasar berkenaan.

Bermesra dengan pengundi

Sebaik tiba di pasar itu, beliau dan isteri beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga serta pengunjung di situ.

Katanya, walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, beliau berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat malam kelmarin.
“Selepas ini, saya akan menziarah seorang penduduk di Kampung Gong Nering, Kuala Besut yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi,” katanya, ketika ditemui di sini, semalam. - Berita Harian

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive