Monday, November 25, 2013

#KonsertDestini: BERITA BAIK KEPADA SEMUA PEMINAT @mynameisrossa!! WAJIB BACA!!!


MAJLIS RAMAH MESRA "YDAB LOVE ROSSA"

Berikut ialah Jemputan Media ke majlis sempena Promo Konsert Destini esok. Dengan berbesar hati anda boleh menggunakan maklumat ini untuk menjemput rakan media yg anda kenali.


Program : YDAB Love Rossa
Tarikh : 26 November 2013 (Selasa)
Masa : 4.30 Petang - 5.30 Petang
Tempat : Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam
Artis Jemputan : Rossa


Sukacita dimaklumkan, YDAB dengan segala hormatnya menjemput pihak media elektronik dan media cetak untuk membuat liputan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan di atas. Kehadiran Tuan/Puan amat kami harapkan. Sekian, terima kasih.

RUJUK SINI UNTUK INFO PENUH

Sunday, November 24, 2013

OBJEKTIF UTAMA #KonsertDestini YANG PATUT SEMUA ORANG TAHU!!

KONSERT DESTINI

Objektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada pedalaman, miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Friday, November 22, 2013

[VIDEO] HUDUD: BENARKAH IANYA AKAN DILAKSANAKAN ATAU SEKADAR RETORIK POLITIK?

Daripada kenyataan yang dikeluarkan dari mulut bekas pemimpin atasan Pakatan Rakyat ini dan juga merupakan seorang hakim, Zulkifli Nordin... Memang jelas dan terbukti bahawa PAS hanya menggunakan hudud itu sebagai umpan untuk meraih undi. 

"Hakim dah cakap boleh, tu maknanya hudud dah boleh start"... Tapi apa respon PAS?

MY SLIDESHARE UPLOAD