Saya terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA. Penggunaan kalimah seperti "meterai' dan 'done deal' antaranya adalah sama sekali tidak menggambarkan apa yang berlaku di Atlanta dan kenyataan oleh Menteri-Menteri Ekonomi negara TPP semalam.
Pengumuman semalam mengesahkan bahawa 'negotiations concluded' atau rundingan telah selesai. Ini bererti pihak-pihak terlibat telah mencapai kata sepakat bahawa tidak lagi perlu rundingan berterusan. Perbincangan sudah menemui jalan penghujungnya.
Apakah ini bererti bahawa rundingan itu kelak akan dipersetujui oleh semua pihak terlibat (12 negara TPP)? Jawapannya tidak. Ini kerana keputusan sama ada negara-negara berkenaan akan menerima atau tidak perjanjian TPP bergantung kepada proses domestik negara masing-masing.
Keputusan menandatangani perjanjian ini atau tidak akan dibuat secara bersama. Ia bukan keputusan kerajaan semata-mata. Kerajaan akan membentangkan teks perjanjian TPP ke Parlimen dalam tempoh persidangan terdekat ini. Bersama-sama dengan teks itu, kerajaan akan bentangkan juga hasil dua kajian berkaitan untung rugi TPPA.
TPPA akan dibahas oleh ahli-ahli parlimen dan kemudian akan diundi. Keputusan ahli-ahli parlimen ini akan di bawa pula ke kabinet. Selepas itulah baru kerajaan akan memberi kata putus.
Sekiranya kerajaan menandatangani TPPA selepas semua proses domestik ini selesai, perjanjian itu belum akan dilaksanakan kerana kerajaan perlu membuat pengesahan terhadap perjanjian tersebut (ratify) dalam tempoh 24 bulan.
Sekiranya di dalam tempoh itu kerajaan mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan perjanjian tersebut, maka ia tetap tidak akan dilaksanakan.
Penjelasan di atas, telah berkali-kali dijelaskan oleh YB Menteri kepada pihak media, kaukus parlimen yang terdiri dari backbenchers dan pembangkang, serta kumpulan-kumpulan berkepentingan, sejak beberapa tahun yang lalu.
Malaysia telah menyertai rundingan TPPA sejak lima tahun lalu. Di dalam tempoh tersebut, kerajaan tidak pernah menyembunyikan perkara yang dibincangkan dari pengetahuan pihak-pihak yang berkepentingan.
Kerajaan mengadakan dialog, dan konsultasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memaklumkan status dan juga bagi mendapatkan maklumbalas. Sehingga 13 Ogos 2015, kerajaan telah mengadakan 111 engagement dalam bentuk dialog dan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan.
Pada 13hb Ogos 2015, YB Menteri MITI juga telah memberi taklimat kepada pihak media Malaysia dan antarabangsa mengenai rundingan terkini.
Kekeliruan terhadap masyarakat yang ditimbulkan oleh pihak media massa dan juga oleh pihak berkepentingan tidak seharusnya berlaku. Ini kerana semua pihak arif bahawa TPPA tidak akan ditandatangani selagi proses domestik tidak diselesaikan.
Pada 13hb Ogos 2015, YB Menteri MITI juga telah memberi taklimat kepada pihak media Malaysia dan antarabangsa mengenai rundingan terkini.
Kekeliruan terhadap masyarakat yang ditimbulkan oleh pihak media massa dan juga oleh pihak berkepentingan tidak seharusnya berlaku. Ini kerana semua pihak arif bahawa TPPA tidak akan ditandatangani selagi proses domestik tidak diselesaikan.
* Copy paste dari group sebelah...
Untuk sebarang makluman, rujuk laman JANGAN JUAL NEGARA
P/S: Saya bantah TPPA, DAN saya yakin Malaysia takkan tandatangan TPPA
No comments:
Post a Comment