Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

BENARKAH PERJANJIAN #TPPA SUDAH DIMETERAI TETAPI CUMA BELUM DITANDATANGANI?




TPPA Belum Dimeterai

Saya terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA. Penggunaan kalimah seperti "meterai' dan 'done deal' antaranya adalah sama sekali tidak menggambarkan apa yang berlaku di Atlanta dan kenyataan oleh Menteri-Menteri Ekonomi negara TPP semalam.

Pengumuman semalam mengesahkan bahawa 'negotiations concluded' atau rundingan telah selesai. Ini bererti pihak-pihak terlibat telah mencapai kata sepakat bahawa tidak lagi perlu rundingan berterusan. Perbincangan sudah menemui jalan penghujungnya.

Apakah ini bererti bahawa rundingan itu kelak akan dipersetujui oleh semua pihak terlibat (12 negara TPP)? Jawapannya tidak. Ini kerana keputusan sama ada negara-negara berkenaan akan menerima atau tidak perjanjian TPP bergantung kepada proses domestik negara masing-masing.


Menteri yang mewakili Malaysia, Mustapa Mohamed telah berkali-kali memberi taklimat dan penerangan kepada pihak media tentang proses ini. Mustapa amat jelas bahawa sebaik sahaja teks perjanjian rasmi diserahkan kepada Malaysia, kerajaan akan memberi akses kepada orang ramai untuk mengkaji sendiri butiran perjanjian tersebut. Kerajaan juga akan mengadakan sessi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan dan dengan rakyat.

Keputusan menandatangani perjanjian ini atau tidak akan dibuat secara bersama. Ia bukan keputusan kerajaan semata-mata. Kerajaan akan membentangkan teks perjanjian TPP ke Parlimen dalam tempoh persidangan terdekat ini. Bersama-sama dengan teks itu, kerajaan akan bentangkan juga hasil dua kajian berkaitan untung rugi TPPA.


TPPA akan dibahas oleh ahli-ahli parlimen dan kemudian akan diundi. Keputusan ahli-ahli parlimen ini akan di bawa pula ke kabinet. Selepas itulah baru kerajaan akan memberi kata putus.

Sekiranya kerajaan menandatangani TPPA selepas semua proses domestik ini selesai, perjanjian itu belum akan dilaksanakan kerana kerajaan perlu membuat pengesahan terhadap perjanjian tersebut (ratify) dalam tempoh 24 bulan.

Sekiranya di dalam tempoh itu kerajaan mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan perjanjian tersebut, maka ia tetap tidak akan dilaksanakan.

Penjelasan di atas, telah berkali-kali dijelaskan oleh YB Menteri kepada pihak media, kaukus parlimen yang terdiri dari backbenchers dan pembangkang, serta kumpulan-kumpulan berkepentingan, sejak beberapa tahun yang lalu.

Malaysia telah menyertai rundingan TPPA sejak lima tahun lalu. Di dalam tempoh tersebut, kerajaan tidak pernah menyembunyikan perkara yang dibincangkan dari pengetahuan pihak-pihak yang berkepentingan.

Kerajaan mengadakan dialog, dan konsultasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memaklumkan status dan juga bagi mendapatkan maklumbalas. Sehingga 13 Ogos 2015, kerajaan telah mengadakan 111 engagement dalam bentuk dialog dan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan.

Pada 13hb Ogos 2015, YB Menteri MITI juga telah memberi taklimat kepada pihak media Malaysia dan antarabangsa mengenai rundingan terkini.

Kekeliruan terhadap masyarakat yang ditimbulkan oleh pihak media massa dan juga oleh pihak berkepentingan tidak seharusnya berlaku. Ini kerana semua pihak arif bahawa TPPA tidak akan ditandatangani selagi proses domestik tidak diselesaikan.

* Copy paste dari group sebelah...

Untuk sebarang makluman, rujuk laman JANGAN JUAL NEGARA


P/S: Saya bantah TPPA, DAN saya yakin Malaysia takkan tandatangan TPPA


Sunday, November 17, 2013

KEPADA @cmlimguaneng: "SILA TINGGALKAN MALAYSIA JIKA BENAR-BENAR RASA TERANCAM!!"


Agak bodoh apabila seorang Ketua Menteri bertindak sebegini setelah 'Retweet' satu tweet daripada laman Twitter milik 'follower' nya - @Firdhous_ . 

Apa yang saya mahu bangkitkan disini ialah LGE seolah-oleh menyokong terhadap intipati yang terdapat pada 'tweet' tersebut, iaitu MALAYSIA TIDAK AMAN!! Saya sarankan supaya LGE boleh keluar dari Malaysia jika benar dia rasa terancam. Sudah menjadi peranan seorang menteri untuk buatkan rakyatnya selesa tanpa menakutkan dengan luahan yang sedemikian!

Untuk pengetahuan pembaca, pada saya Negeri Pulau Pinang juga boleh dikatakan tidak aman kerana mempunyai banyak kumpulan kongsi gelap dan menurut sumber rakan-rakan disana, Pulau Pinang mempunyai banyak kes yang bersangkutan dengan pergaduhan menggunakan senjata merbahaya. Kejayaan Ops Cantas sendiri telah membuktikannya. 

Mungkin dia mahu keadaan Malaysia seperti di Hong Kong, iaitu Keamanan sesetiap kawasan dipengaruhi oleh Gengster. Saya khuatir bahawa LGE masih mengelamun atau terlalu ghairah berimaginasi hingga terlupa bahawa Pulau Pinang juga merupakan sebahagian dari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah keluarkan kenyataan bahawa Malaysia berada dalam keadaan selamat. Rasanya selepas kabinet perlu dirombak semula dan letakkan LGE sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri supaya dia tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kreadibiliti negara dengan sesuka hati.

Sebelum ini, LGE pernah buatkan Sultan Johor murka dengan kenyataan ketika berucap dalam pertemuan di Kelab Wartawan Asing di Singapura, iaitu Johor banyak berlaku kejadian jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang

Nak tahu siapa Lim Guan Eng sebenarnya? boleh rujuk SINI

MASIHKAH RAKYAT MALAYSIA INGAT AKAN UCAPAN DIBAWAH INI?

AGENDA DAILY

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu meminta maaf kepada semua rakyat Johor berikutan kenyataan biadapnya mengatakan negeri itu tidak selamat untuk dikunjungi.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP itu berniat jahat dan amat dikesali..

“Johor lebih selamat dan stabil bukan sahaja aktiviti pelaburan malah untuk membeli-belah, bercuti dan bersiar-siar berbanding Pulau Pinang yang sering belaku demonstrasi dan bantahan berikutan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Guan Eng,”katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, setiap hari terutama hujung minggu berduyun-duyun warga Singapura memasuki negeri ini dengan berbagai tujuan.

“Jika kita perhatikan tiap kali petang Jumaat hingga mencecah pukul 12 malam banyak kenderaan Singapura memasuki Johor dan menginap sama ada di hotel-hotel ataupun rumah saudara mara hingga petang Ahad,” katanya.

Bahkan jelas beliau, pada hari-hari perayaan dan cuti sekolah, pusat membeli-belah, pasar raya besar dan di Pasar Tani Larkin dikuasai oleh warga Singapura.

“Mereka bukan sahaja menjalankan aktiviti itu dengan santai malah keperluan seperti minyak petrol, mengubah suai dan menghias kenderaan dan mencuci kenderaan semua dilakukan di bandar raya ini,”katanya lagi.

Guan Eng dalam satu pertemuan dengan Kelab Wartawan Asing di Singapura baru-baru ini mengatakan Johor banyak berlaku kejadian jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Jelas Azalina, kenyataan Guan Eng tidak benar sama sekali kerana ramai warga Singapura memilih bercuti di Johor.

“Mereka memilih ke Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Punggai, Kampung Sungai Kapal dan banyak lagi dan kenyataan Guan Eng itu berniat jahat dan dia mesti meminta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan seluruh rakyat Johor amnya, " katanya.

Sebelum ini, Abdul Ghani ketika mengulas isu yang sama berkata, tuduhan Guan Eng itu tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yang terkawal.

Dakwaan Guan Eng bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.

“Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan,” katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia dan Johor khususnya menilai kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng dan tidak terpengaruh dengan cubaannya untuk memburukkan imej negeri.-27/9/2011

Friday, September 13, 2013

#Syiah: MEDIA SOSIAL DIGUNAKAN SEBAGAI 'BALAI REPOT'. GOOD IDEA!


Pelayar internet diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa relevan sekiranya mengesan sebarang aktiviti atau kegiatan yang menjurus kepada penyebaran fahaman Syiah di media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata media sosial termasuk Facebook kini dilihat menjadi antara medium popular untuk gerakan tertentu menyebarkan fahaman Syiah yang dilarang di negara ini.

"Kita lihat penularan ajaran Syiah agak membimbangkan kerana dulunya dikeluarkan melalui penerbitan seperti makalah dan sebagainya, namun sejak kebelakangan ini ianya lebih menjurus kepada media sosial.

"Justeru sekiranya dilihat di Facebook atau mana-mana laman sosial yang menyiarkan ini (ajaran Syiah), mereka (pelayar internet) perlu membuat laporan atau aduan segera kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Kemerdekaan Mexico Ke-203 di sini, Khamis.

Beliau berkata kementeriannya juga bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk memantau aktiviti penyebaran fahaman Syiah agar masyarakat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gerakan yang semakin agresif menarik pengikut melalui media sosial.

"Dan saya harapkan pelayar internet lebih berhati-hati kerana tidak semestinya apa yang dinyatakan dalam media sosial itu benar terutama yang berkaitan dengan ajaran Syiah yang jelas terpesong," katanya. -BERNAMA

Wednesday, September 11, 2013

#Comango: AGENDA PEMBANGKANG UNTUK UBAH SISTEM KEAGAMAAN DI MALAYSIA?



Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling ‘keras’ melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara ‘pakatan’ mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah ‘Allah’ dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai ‘idea’ yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO. - SUMBER


Thursday, March 7, 2013

#PrayForSabah: Malaysia Dan Filipina Akan Sepakat Sabitkan Anwar?


Malaysia dan Filipina akan sepakat untuk bincangkan penyelesaian tentang krisis yang dicetuskan oleh Tentera Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) dan Malaysia. Tetapi ada satu persoalan utama disini, "Apakah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini? Saya yakin Misuari takkan berundur. Beliau sudah nekad. Setelah buat research, saya ada terjumpa 1 jalan penyelesaian khas untuk penyelesaian krisis ini. Malam ini saya akan terbitkan artikel tersebut.

Walau bagaimana pun, Harap-harap semoga semuanya berjalan lancar, tiada apa yang mustahil jika kedamaian itu ada, semuanya Takdir Allah. Walaupun sekarang ini negara kita teraniaya akibat terikat dengan dendam lama Misuari yang kini semakin terbakar setelah dihasut oleh Anwar Ibrahim. Apa-apa pun sama-sama lah kita berdoa agar semaunya kembali normal. Amin...

KENYATAAN BERNAMA:

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=932649


MY SLIDESHARE UPLOAD