Showing posts with label Berani Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Berani Hijrah. Show all posts

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau: AYUH HIJRAH SEMPENA MAAL HIJRAH!! WAJIB TOLAK PAS!!! #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur




Selamat menunaikan tanggungjawab kepada 27,287 pengundi berdaftar di DUN N20 Sungai Limau. 





Sejak hari penamaan calon hinggalah ke hari ini (3/11/2013), dilihat BN mempunyai potensi besar untuk menang pada PRK kali ini. Daripada keperibadian yang dimiliki oleh Calon BN. Nampak gaya, dapat mengatasi mojoriti yang dimenangi PAS pada PRU-13.

Daripada sumber-sumber rakan bloggers lain pula, melalui maklumat yang mereka perolehi, nampaknya cenderung kepada BN. Boleh rujuk dibawah:

Dari laman KEDAH KE KL:

HOT! Penipuan Azam Samat dah terbongkar! #PrkSgLimau

Mula-mula dulu depa dok sebar gambar Azam dengan Allahyarham Ustaz.. dari blog hingga ke masjid-masjid. Kononnya itu untuk membuktikan si Azam ni 'rapat' dengan Allahyarham Ustaz. Ya laa.. masa mula-mula jadi calon dulu, depa dok kata si Azam ni rapat sangat dengan Allahyarham Ustaz, rupanya dia lagi rapat dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz si Phahrolrazi tu.

Kemudian Utusan Malaysia pun keluarkan kisah


Bila dah kantoi si Azam ni memang sah dua pupu kepada Phahrolrazi dan mereka juga satu team di Pas Jerai untuk menekan Allahyarham Ustaz semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, Pas lagi galak keluarkan gambar calon depa bersama Allahyarham Ustaz dalam blog, dan perbanyakan risalah gambar Azam dan Allahyarham Ustaz dikampung-kampung dan masjid sekitar Sungai Limau.

Sedang mereka asyik menjadikan gambar Azam dan Allahyarham Ustaz sebagai modal utama kempen di Sungai Limau. Tiba-tiba,




TPM Kata BN Ada Harapan di #PRKSgLimau - Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan & Jentera Diminta Siap Siaga!



Siap Siaga! - kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi meminta jentera pemuda bersiap siaga sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh PAS menjelang malam pembuangan undi ketika membuat lawatan ke Bilik Gerakan Pemuda BN yang turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Ini kerana PAS mungkin membuat provokasi jahat bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau, selain itu menurut TPM kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi DUN Sungai Limau.


Selain membuat lawatan TPM turut melepaskan konvoi bermotorsikal pemuda BN - Naib Ketua Pemuda Azwanbro yang memberikan taklimat akhir kepada Ketua-Ketua Pemuda BN sebaik sahaja selesai lawatan TPM turut mengarahkan jentera bersiap siaga kerana PAS dijangka menggunakan taktik kotor sebagaimana dilakukan sebelum ini.






#PRKSgLimau : Undi PAS, DAP Puas!

11/04/2013

Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menututup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun di tempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.

*Undi PAS, DAP Puas!


Sempena hari mulia Maal Hijrah yang akan menjelang esok, ayuh HIJRAH!!



Sunday, October 27, 2013

#PRKSgLimau: DULU MASA ARWAH AZIZAN ADA, DIHINA DIMAKI PAS. SEKARANG??? #BeraniHijrah #SL4SL


BILA Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyebut kematian Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak akibat kencing manis yang teruk, bukan main lagi orang-orang PAS pusing cerita kononnya ia menghina Allahyarham.

Padahal, semasa hayat Ustaz Azizan, mereka yang masih berjawatan dalam PAS buat macam-macam kepada Ustaz, hingga ada yang mendesak Ustaz Azizan perlu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Orang PAS, memang bersikap sedemikian. Kesalahan dan kesilapan orang, diperbesar-besarkan.


Kebaikan BN dan Umno disembunyikan. Mana pernah kta dengar orang PAS memuji Umno dan BN walaupun Umno dan BN banyak memberi keselesaan kepada PAS untuk berkembang?

Kalau Umno dan BN zaim, sudah lama PAS dikuburkan. Kalau BN dan Umno zalim, sudah lama DAP dihancurkan. Kalau Umno dan BN zalim, PKR tidak boleh menyerang dan memaki hamun Umno dan BN



Kalau kita semua waras, kita pasti berterima kasih kepada Umno dan BN kerana mereka menyediakan keselesaan dan keselama
tan kepada PAS, DAP dan PKR untuk terus memaki hamun kepimpinan Umno dan BN.
Makilah. Malahan, ada Ustaz-ustaz dari PAS berdoa agar Umno dan BN KO. Akhirnya, mereka yang KO. Allah bayar tunai.

Pun, mereka masih tidak sedar diri dan masih terus menyerang Umno dan BN.

Bekas MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mengatakan Nabi Mohammad SAW semasa kecilnya, samalah macam Mamat-mamat di kampong. Pun orang PAS tak melenting macam mereka melenting terhadap Tan Sri Muhyiddin yang menasihatkan pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, lebih berhemah dalam menggunakan gula.

Orang PAS akan terus menghasut rakyat. Siang dan malam, mereka berceramah menanam perasaan benci kepada BN dan Umno.

Apa sahaja yang Umno dan BN buat, mereka akan maki, kutuk dan serang. Padahal, kebaikan yang dapat, mereka sama-sama menikmati.

Kalau kerajaan BN buat hospital, bukan penyokong Umno dan BN sahaja yang dapat menggunakannya.

Bila kerajaan buat masjid, orang Umno dan BN (yang beragama Islam) setakat singgah sholat sahaja, tetapi orang-orang PAS gunakan masjid untuk mereka tidur, mereka mandi dan menggunakan segala kemudahan yang ada.

Dalam masa yang sama, Nik Aziz kata Umno sama dengan komunis. Walaupun Nik Aziz sendiri sembayang di masjid yang kerajaan BN buat.

Hari ini, jangan terkejut kalau dengar ceramah orang-orang PAS menyanjung Allahyarham Ustaz Azizan kerana mereka sebenarnya mahu membayar hutang terhadap ustaz Azizan yang mereka hina ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar.

Pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, berhijrahlah. Berani Hijrah dari mengundi PAS kepada mengundi BN akan memberi satu tanda bahawa penghormatan semua kepada Allahyarham yang menerima penghargaan dari pemimpin-pemimpin Umno sendiri. - SUMBER

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau: APAKAH YANG TERSIRAT DISEBALIK PERKATAAN #BeraniHijrah NI? BACA SINI!! #N20SungaiLimau


Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato’ Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan ‘Berani Hijrah’ dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut. Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan ‘Berani Berubah’ yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.

Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik. Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam.

Mungkin ramai yang melihat perkataan ‘ubah’, ‘perubahan’, ‘transformasi’, ‘reformasi’ atau ‘hijrah’ adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain. Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.

Namun, ‘hijrah’ yang dimaksudkan oleh Dato’ Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato’ Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.

Dato’ Mukhriz tidak pernah ‘terlepas laku’ sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan ‘berjuang’.

Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum. Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut. Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.

Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi. Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada. Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.

Dalam masyarakat British, lelaki budiman seringkali dirujuk kepada golongan bangsawan iaitu yang lahir dari keturunan yang dihormati, selalunya berdarah diRaja. Golongan ini perlu menjaga tuturkata dan adab sopan serta tidak akan sekali-kali menggunakan kata-kata kesat kerana ia akan menjatuhkan maruah mereka.

Mungkin kerana sifat Dato’ Mukhriz yang budiman, maka beliau turut dirujuk sebagai golongan bangsawan.
Masyarakat kita seringkali tersalah mentafsirkan perkataan ‘bangsawan’ atau ada juga yang merujuknya sebagai ‘elit’. Ada yang menyangka ia merujuk kepada ‘orang-orang kaya’ tak kira apa latarbelakangnya dan bagaimanapun sikapnya. Hakikatnya, seorang bangsawan sebenar pastinya seorang yang budiman. Manakala, seorang kaya tidak semestinya seorang budiman dan seorang budiman tidak semestinya seorang bangsawan dan tidak semestinya kaya.

Hari ini, sukar sekali untuk kita mencari lelaki budiman tidak kira dari golongan bawahan mahupun atasan. Hari ini kita melihat anak-anak pemimpin yang kaya raya juga terjerit-jerit, menyombong atau mengherdik orang sesuka hati. Di kalangan remaja biasa juga, adab sopan sudah semakin terhakis terus. Malah, pemandu teksi di Malaysia telah ‘dinobatkan’ oleh majalah antarabangsa sebagai paling biadab di dunia!

Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang ‘taiko’ dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi. Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja. Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi ‘kasta’ antara bangsawan dengan tidak.

Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya. Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan. Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.

Maka inilah ‘Hijrah’ yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna ‘berebut’ perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah. Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis?

Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato’ Mukhriz. Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun. Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.

Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato’ Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato’ Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan. Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.

Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.

InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab. Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.

Sumber: UMNO ONLINE

Thursday, October 24, 2013

#PRKSgLimau: CALON PAS #N20SungaiLimau 'CILOK' IMEJ ARWAH USTAZ AZIZAN UNTUK RAIH UNDI?

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menolak dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Sambil menafikan sering dibayangi Azizan, Azam yang dikatakan ‘anak didik politik’ kepada bekas Menteri Besar Kedah itu sebaliknya menegaskan bahawa beliau mengamalkan politik mengikut ajaran Islam.

“Saya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama diajar oleh agama untuk berpolitik secara damai.

“Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa, tapi diajar oleh Islam,” katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menggunakan ‘faktor Azizan’ sebagai modal meraih sokongan pengundi dalam usaha mengekalkan kemenangan Azizan sejak lima penggal lalu di DUN Sungai Limau.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa pengaruh Azizan di DUN Sungai Limau merupakan bonus kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Azam bagaimanapun berkata, beliau berjanji akan meneruskan amalan politik secara sihat yang dipraktikkan Azizan sejak memenangi kerusi DUN Sungai Limau sejak 1995.

“Sebenarnya legasi berpolitik secara damai telah lama diamalkan PAS, kita tak pernah amalkan cara politik yang melampau.

“Buktinya rakyat mahu memberi peluang untuk PAS mentadbir menggunakan kaedah politik yang bukan sahaja dimulakan oleh Azizan, malah ia diambil oleh seluruh kepimpinan terdahulu,” katanya.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi - AIDC

MY SLIDESHARE UPLOAD