Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

@zulkiflinoordin - Antara Persoalan Mengapa Kita Perlu Tolak Pakatan Rakyat.




Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012

Friday, March 16, 2012

EKSKLUSIF !! DOKUMEN SULIT STRATEGI PKR UNTUK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU DIDEDAH !!



Pendedahan dokumen sulit strategi PKR untuk membodohkan orang melayu telah didedahkan. Maka, ini adalah masa untuk orang melayu mula berfikir dan menilai. Seperti yang diketahui, ini adalah strategi khas yang dirangka Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan UMNO. 


i) Pengundi baru muda dipersetujui agar diberi perhatian khas.
ii) Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai isu melayu perlu ditonjolkan.
iii) Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi UMNO lah penyebab kelemahan melayu.


Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya. -Papa Gomo 


Ayuh melayu, jangan leka dibuai mimpi. 

TOLAK PAKATAN RAKYAT !!!

SUMBER SAH : SUARALENSA

Thursday, January 26, 2012

MELAYU PASTI TERPINGGIR JIKA DAP MEMERINTAH. BAK KATA PEPATAH ''SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'' !!!!





Semua orang Melayu di negara ini mesti sedar bahawa nasib serta masa depan mereka akan terpinggir jika DAP diberi mandat untuk memerintah.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu jangan lupa yang DAP pernah berjanji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang antara tujuan utamanya untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum itu.

Justeru, beliau berkata, tiada sebab orang Melayu berharap untuk terus mendapat perlindungan serta keistimewaan kerana jelas sebelum diberi mandat untuk memerintah, parti berkenaan sudah menunjukkan keberanian mencabar kedudukan serta hak kaum majoriti itu.

"DAP sekarang sedang berusaha menawan hati orang Melayu dengan janji-janji manis, termasuk menempatkan calon Melayu di kawasan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Ini menunjukkan kesungguhan DAP untuk memerintah negara ini. Orang Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan janji-janji manis parti itu kerana hakikatnya mereka tidak pernah serius mengotakan janji," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mahu DAP mendedahkan bilangan ahlinya yang berbangsa Melayu dan pada masa sama menyenaraikan rancangannya untuk pembangunan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Dalam hal ini, Rosnah memberi contoh nasib orang Melayu di Pulau Pinang selepas DAP diberi mandat memerintah negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Orang Melayu di negeri itu dianak-tirikan. Janji-janji semasa pilihan raya kononnya orang Melayu akan dibangunkan hanya tinggal janji," ujarnya.
Malah, beliau berkata, Exco Melayu dalam pentadbiran DAP umpama boneka yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa keputusan sekalipun membabitkan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurutnya, begitu juga nasib orang Melayu di Singapura apabila parti PAP yang asalnya DAP tidak mengambil kira sumbangan mereka selain turut mempersoalkan kesetiaan kaum itu.
"Melayu di Singapura tidak mendapat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan orang Melayu dianak-tirikan di republik itu," katanya.

Rosnah berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu membuat penilaian tentang kedudukan kaum itu jika DAP memerintah negara ini.

"Pilihlah yang mana intan dan yang mana kaca. Kami yakin rakyat bijak menilai pihak mana yang terbaik dan yang mampu membela nasib rakyat," katanya lagi.

P/S : DAP ANTI ISLAM, KITA SEBAGAI ORANG MELAYU WAJIB TENTANG !!

SUMBER : UTUSAN ONLINE

MY SLIDESHARE UPLOAD