Showing posts with label HISHAMMUDDIN. Show all posts
Showing posts with label HISHAMMUDDIN. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

ROMBAKAN KABINET: DATUK @HishammuddinH2O AKAN KEMBALI MENJADI MENTERI DALAM NEGERI?

Nampaknya PM sudah beri 'signal' mengenai berita rombakan kabinet yang dilaporkan akan dirombak sebelum 1 Ramadhan ini.

Dengar kata, 5 muka baru akan diumumkan. Siapa agaknya? Satu muka sudah 'confirmed', 4 lagi siapa?

Khabar angin kencang mengatakan bahawa MP Teluk Intan merangkap Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan menggantikan hero 'Tragedi MH370', iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin akan kembali menjadi Menteri Dalam Negeri?

Petikan UTUSAN:

PM Bayangkan Rombakan Kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan kemungkinan melakukan rombakan Kabinet ketika beliau berucap merasmikan terminal klia2 di sini hari ini.

Pada akhir ucapan tersebut, Najib berkata, majlis tersebut mungkin program rasmi terakhir buat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Ini mungkin program rasmi Datuk Seri (Hishammuddin) sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," kata Perdana Menteri ketika merasmikan terminal berkenaan.

Sebelum ini, terdengar desas desus akan berlaku rombakan Kabinet tetapi tidak dapat disahkan.

Ia berikutan kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu dan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA tahun lalu yang bersetuju menerima kembali jawatan dalam Kabinet. - UTUSAN ONLINE

Saturday, March 22, 2014

[VIDEO] DISEBABKAN KANTOI COVER SALAH ANWAR, AKHBAR SINAR HARIAN KENA 'BOO' DENGAN UAI?


SINAR HARIAN ke ANWAR yang diketawakan UAI tu? Kenapa? Oh, sebab dah nyanyuk rupanya... Atau sebab Sinar kantoi cover salah Anwar..??

VIDEO credited to Sebastian Phiu

Memetik semula laporan oleh SINAR HARIAN:

KAJANG - [VIDEO] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara. 
"Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Marconi. 
"Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam. 
Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China. 
Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut. 
"Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita? 
"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta-merta," katanya lagi. 
Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia. 
Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara. 
"Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi.
AIK? SCREEN SHOT TAJUK LAIN? BILA 'RECHECK' TAJUK LAIN? MULA-MULA ZAHID, TIBA-TIBA SEKARANG HISHAMMUDDIN?


Rupa-rupanya, Sinar dikatakan telah 'cover' kesilapan yang dilakukan oleh Anwar seperti yang didedahkan oleh rakan bloggers, Double Y (yuseriyusoff.blogspot.com) - [klik SINI]

P/S: Sinar ni konon nak jadi macam CNN la tu. Nak cover Anwar. Nak jadi hero hindustan. Cewah cewah.

Friday, August 16, 2013

#SaveEgypt: RAKYAT MALAYSIA DALAM PROSES PEMINDAHAN - @HishammuddinH2O#PrayForMesir


Malaysia akan melaksanakan proses pemindahan 3,300 rakyatnya dalam tempoh tiga hari dari Mesir jika keadaan di negara itu bertukar menjadi kritikal.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat hari ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Malaysia Airline System (MAS) dan AirAsia.

"Sehingga kini 3,300 rakyat Malaysia di Mesir adalah selamat. Kita akan lakukan apa saja untuk pindahkan mereka jika keadaan semakin panas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Krisis di Mesir semakin memuncak apabila 464 orang terbunuh sehingga sekarang selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda semalam.

Hishammuddin berkata jika lapangan terbang di Mesir boleh digunakan, pesawat MAS dan AirAsia akan digunakan untuk membawa rakyat Malaysia pulang secara penerbangan terus ke Kuala Lumpur.

"Jika lapangan terbang di sana ditutup, maka logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan untuk membawa mereka pulang melalui laluan perjalanan penerbangan yang telah dirancang," katanya.

Hishammuddin berkata pihaknya telah memantau keadaan di Mesir sebelum Ramadan iaitu sejak Julai lalu dan telah menempatkan beberapa pegawai MKN, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar untuk menilai situasi di sana.

"Mereka juga akan memutuskan bila kita akan laksanakan proses pemindahan itu jika beberapa kawasan selamat bertukar menjadi panas," katanya sambil menegaskan prosedur pemindahan akan dilaksanakan berdasarkan operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu, yang dilanda demonstrasi jalanan rakyat bagi menjatuhkan presiden Hosni Mubarak, dalam Ops Piramid pada 2011.

Beliau juga kesal dengan beberapa pihak penganjur swasta yang berdegil dan menghantar 200 daripada 2,346 pelajar Malaysia, yang ditawarkan untuk belajar di universiti-universiti di Mesir pada tahun ini, ke negara itu.

Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan pihak universiti di Mesir agar menangguhkan peperiksaan ulangan dan pengambilan pelajar baharu dari Malaysia, terutama bidang perubatan, sehingga keadaan di negara itu reda.

Pemangku Duta Malaysia di Mesir Shaiful Anuar Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata sehingga kini tiada sebarang laporan melibatkan rakyat Malaysia dalam insiden semalam.

"Bilik gerakan aduan Kedutaan Malaysia di Mesir telah dibuka berikutan insiden itu.

"Kami bersedia untuk proses menghantar rakyat kita pulang jika arahan dikeluarkan dari Wisma Putra pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata Wisma Putra juga menempatkan pegawai di beberapa lapangan terbang di Mesir untuk membantu pelajar Malaysia yang baru tiba di negara itu. - AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD