Showing posts with label SAVE EGYPT. Show all posts
Showing posts with label SAVE EGYPT. Show all posts

Friday, March 28, 2014

#IM529: @NajibRazak ADALAH HARAPAN #IkhwanulMuslimin TERLEPAS DARI TALI GANTUNG!! DOAKAN MEREKA!!


Disaat genting tragedi pesawat  MH370, Yahudi mengambil kesempatan untuk menghapuskan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir, iaitu gerakan Islam terbesar dan paling berpengaruh pada zaman moden ini. 


Mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati keatas 529 penyokong Mohamed Morsi, iaitu bekas Presiden Mesir. Manakala, lagi 1200 orang ahli Ikhwanul Muslimin yang lain sedang menunggu tarikh perbicaraan.
Ikhwanul Muslimin cuba dihapuskan di Mesir - 529 penyokong Morsi dihukum mati
Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. 
Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC. 
Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi. 
Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh. 
Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka. 
- Source
Tak sangka, bantuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak amat diperlukan bagi menyelesaikan krisis ini.

FROM MESIR: "The appeal of the 529 accused (only 153 appeared in Court) has not been fixed yet but we are confident Court of Appeal will overturn the sentence. The Judge got angry when our lawyer asked him to recused himself. The sentence has also been referred to Grand Mufti of Al-Azhar. No execution yet by the Court. Also another 683 including our leader Sheikh Mohamed Badie yesterday was postponed to 28 April. We hope and pray that Malaysia especially our friend Najib can help us. Please send our salam and our taqziah & doa for the MH370."
Perkara ini didedahkan di blog SANGKAKALA
BANTUAN @NajibRazak DIPERLUKAN OLEH IKWANUL MUSLIMIN 

Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir baru baru ini telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporan BBC. 
Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin. 
Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman moden ini.

Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengajak kepada penerapan syari’at Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular. Kemampuan Ikhwanul Muslimin membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden. 
Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal, tidak mengenal adanya pemisahan antara satu aspek kehidupan dengan aspek lainnya terutama politik.

Syaikh Hasan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin telah mengatakan, “Gerakan Ikhwan adalah dakwah salafiyah, thariqah sunniyah, haqiqah shufiyyah, lembaga politik, klub olah raga, lembaga ilmiah dan kebudayaan, perserikatan ekonomi dan pemikiran sosial.” 
Dalam Risalah Ta’alim, Hasan al-Banna berkata,“Rukun Bai’at kita ada sepuluh. Karena itu hafallah baik-baik. Yaitu: Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Tetap pada pendirian, Tulus, Ukhuwah dan percaya diri.” 
Kemudian beliau berkata, “Wahai saudaraku yang sejati! Ini merupakan garis besar dakwah Anda. Anda dapat menyimpulkan prinsip-prinsip tersebut menjadi lima kata, yaitu : sederhana, membaca Al-Qur’an, shalat, sikap kesatria dan akhlaq.” 
Sayyid Quthb, dalam bukunya Khashaish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan. Lambang Ikhwan adalah dua bilah pedang menyilang melingkari Al-Qur’an, ayat Al-Qur’an dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah (kemerdekaan) 
Gerakan Ikhwan dimulai di Isma’iliyyah kemudian beralih ke Kairo dan dari Kairo tersebar ke berbagai pelusok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000 dan tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak.

Ikhwan meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah, Palestina, Yordania, libanon, Iraq, Yaman, termasuk Malaysia dan lain-lain.

Kini anggota dan "fikrahnya" tersebar di berbagai penjuru dunia dan menjadikan Ikhwan satu-satunya gerakan Islam terbesar di dunia yang mampu menyatukan segala perjuangan dan umat Islam.

Perkara sangat ditakuti oleh musuh Islam sekiranya Ikhwanul Muslimin mempunyai tampok pemeritahan seperti Mesir. Pasal itu gerakan menghancurkan Islam yang juga didalami oleh orang Islam sendiri dan dunia Arab suatu yang sangat mengaibkan. 
Mereka, nama sahaja Islam tetapi 'perangai' adalah musuh Islam tidak saling tumpah macam Yahudi dan Nasrani. 
Malaysia pun akan mengalami nasib yang sama jika sekiranya Islam menguasai tampuk pemerintahan. Sejarah pengkhianatan tidak akan padam kerana itu adalah sunatullah. 
Kini mereka memerlukan bantuan dari kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan mereka dari kekejaman dan pembunuhan pejuang pejuang Islam di Mesir. 
Boleh baca juga di blog Kedah Ke KL dan Daeng Selili

Persoalan dan pertikaian sudah mula dibangkitkan apabila suara Anwar dan Pemimpin parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia tidak menjadi perhatian di Mesir.

Negara luar lebih mengenali pemimpin Malaysia. Jelas bahawasanya Najib Razak mempunyai kelebihan dan kecekapan luar biasa dan amat diperlukan dalam kepimpinan Islam. Pelik, kerana ramai yang lebih mempersetujui Anwar berbanding Najib di Malaysia.

Mengapa mereka tidak menagih pertolongan Anwar dan lain-lain?
Mesir bakal bicara lagi 919 penyokong Mursi 
Ketua pendakwa raya Mesir semalam mengarahkan dua lagi perbicaraan besar-besaran ke atas 919 penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi, atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh meskipun berdepan kritikan antarabangsa. 
Isnin lalu, sebanyak 529 defendan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan sama, mencetuskan bantahan berdarah di Universiti Kaherah semalam, sehingga mengakibatkan seorang mahasiswa berusia 18 tahun maut. 
Para penuntut, kebanyakannya penyokong pergerakan Islam tersebut yang masih berang dengan keputusan itu turut mengadakan bantahan di beberapa buah universiti semalam. 
Perbicaraan baharu itu akan diadakan di wilayah Minya di selatan Kaherah, lokasi sama hukuman dikenakan terhadap kumpulan pertama defendan Isnin lalu. 
Bagaimanapun, mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi perbicaraan besar-besaran itu. 
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan peletakan jawatannya daripada angkatan bersenjata itu dan Menteri Pertahanan negara ini, untuk bertanding merebut jawatan Presiden dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan. 
Dalam satu ucapan yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen di seluruh Mesir, Abdel Fattah yang lengkap berpakaian tentera berkata, ini merupakan kali terakhir beliau memakai uniform itu kerana mahu ‘mempertahankan Mesir’ dengan bertanding jawatan Presiden Mesir. 
Katanya, tindakan itu bagi memenuhi permintaan rakyat yang mahukannya berbuat demikian. 
Dalam ucapannya, beliau berjanji untuk membangunkan Mesir sebagai ‘sebuah negara demokratik dan moden’. 
Menurut undang-undang Mesir, hanya orang awam boleh bertanding jawatan Presiden Mesir dan peletakan jawatannya sebagai ketua tentera dan menteri pertahanan merupakan langkah yang diperlukan untuk memegang jawatan tersebut. - AGENSI
VIDEO



Sunday, August 25, 2013

#MesirUpdates: AKHIRNYA, SEMPADAN RAFAH DIBUKA!! GABUNGAN GAZA & MESIR BERMULA!! #SaveEgypt


Alhamdulillah, bersyukur sangat lepas baca berita baik ini. Semoga keadaan di Mesir kembali aman dan umat Islam disana boleh hidup dan berjemaah dengan selesa seperti kita disini. Marilah sama-sama kita doakan agar pergolakan di Mesir ini dihentikan segera.

Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari. 
Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas. 
Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan
 UTUSAN

Alang-alang kita berbicara tentang pergolakan Mesir ini, jom kita sama-sama tunjukkan tanda sokongan kita ada pada umat Islam disana dengan menggunakan gambar 4 jari #R4BIA (Soladariti Mesir). 
R4BIA

  • Tujuan  - Sebagai Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.
  • Maksud:  Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat dan dijadikan sebagai simbol kepada :-
  1. keteguhan 
  2. kekuatan
  3. perlawanan
  4. persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan 
  • Simbolik untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Sumber

Tuesday, August 20, 2013

TERKINI DARI MESIR! HOSNI MUBARAK AKAN DIBEBASKAN! #SaveEgypt #HosniMubarakProtest


Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang pernah digulingkan dengan kuasa media sosial (twitter) semasa kebangkitan rakyat pada 2011 lepas diwar-warkan akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat. Hosni, 85 telah ditangkap serta dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, bermula dari rasuah hinggalah ke pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Penyelesaian segera kes Hosni yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam ini dilihat dan dipercayai mempunyai agenda oleh pihak tertentu. Pembebasan beliau pastinya menyukarkan lagi kemelut politik yang melanda Mesir pada ketika ini. Maka bermulalah The Second Wave of Arab Spring.

Ratusan penembak tepat mula ditempatkan di sekitar Kaherah, semalam.
Menurut sumber lain juga, demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutamanya di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah kerana ratusan penembak tepat telah siap sedia mengambil tempat masing-masing dan bersedia melepaskan tembakan pada bila-bila masa sahaja.

Perhimpunan di seluruh negara itu nampaknya masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

SUMBER

Friday, August 16, 2013

#SaveEgypt: RAKYAT MALAYSIA DALAM PROSES PEMINDAHAN - @HishammuddinH2O#PrayForMesir


Malaysia akan melaksanakan proses pemindahan 3,300 rakyatnya dalam tempoh tiga hari dari Mesir jika keadaan di negara itu bertukar menjadi kritikal.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat hari ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Malaysia Airline System (MAS) dan AirAsia.

"Sehingga kini 3,300 rakyat Malaysia di Mesir adalah selamat. Kita akan lakukan apa saja untuk pindahkan mereka jika keadaan semakin panas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Krisis di Mesir semakin memuncak apabila 464 orang terbunuh sehingga sekarang selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda semalam.

Hishammuddin berkata jika lapangan terbang di Mesir boleh digunakan, pesawat MAS dan AirAsia akan digunakan untuk membawa rakyat Malaysia pulang secara penerbangan terus ke Kuala Lumpur.

"Jika lapangan terbang di sana ditutup, maka logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan untuk membawa mereka pulang melalui laluan perjalanan penerbangan yang telah dirancang," katanya.

Hishammuddin berkata pihaknya telah memantau keadaan di Mesir sebelum Ramadan iaitu sejak Julai lalu dan telah menempatkan beberapa pegawai MKN, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar untuk menilai situasi di sana.

"Mereka juga akan memutuskan bila kita akan laksanakan proses pemindahan itu jika beberapa kawasan selamat bertukar menjadi panas," katanya sambil menegaskan prosedur pemindahan akan dilaksanakan berdasarkan operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu, yang dilanda demonstrasi jalanan rakyat bagi menjatuhkan presiden Hosni Mubarak, dalam Ops Piramid pada 2011.

Beliau juga kesal dengan beberapa pihak penganjur swasta yang berdegil dan menghantar 200 daripada 2,346 pelajar Malaysia, yang ditawarkan untuk belajar di universiti-universiti di Mesir pada tahun ini, ke negara itu.

Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan pihak universiti di Mesir agar menangguhkan peperiksaan ulangan dan pengambilan pelajar baharu dari Malaysia, terutama bidang perubatan, sehingga keadaan di negara itu reda.

Pemangku Duta Malaysia di Mesir Shaiful Anuar Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata sehingga kini tiada sebarang laporan melibatkan rakyat Malaysia dalam insiden semalam.

"Bilik gerakan aduan Kedutaan Malaysia di Mesir telah dibuka berikutan insiden itu.

"Kami bersedia untuk proses menghantar rakyat kita pulang jika arahan dikeluarkan dari Wisma Putra pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata Wisma Putra juga menempatkan pegawai di beberapa lapangan terbang di Mesir untuk membantu pelajar Malaysia yang baru tiba di negara itu. - AWANI

Thursday, August 15, 2013

UPDATE!! KEADAAN TERKINI DI MESIR!! #PrayForMesir

Ratusan rakyat Mesir pro-Morsi/Ikhwanul Muslimin yang menjadi mangsa kekejaman tentera dan polis Mesir






Pasukan keselamatan Mesir yang sepatutnya menjaga rakyat negara tersebut kini menjadi penembak curi di atas bangunan-bangunan




Masjid-masjid dipenuhi jenazah untuk diuruskan


Pasukan keselamatan Mesir yang bergambar bangga kerana dapat menawan khemah para peserta demonstrasi

Bantahan diteruskan di seluruh negara sebagai tanda solidariti


Mangsa penembak curi pasukan Keselamatan Mesir yang ditembak di kepala. Perhatikan sebahagian otak yang dipegang oleh pembonceng


Hospital dan masjid di bakar bagi mengelakkan peserta demonstrasi bersembunyi menyelamatkan diri

Pasukan Keselamatan Mesir yang melaksanakan tugas sebagai penembak curi untuk membunuh rakyat sendiri

Gas pemedih mata dilepaskan tanpa mengira anak-anak kecil dan orang tua.

Kanister gas pemedih mata yang dibekalkan oleh Israel




Kredit gambar kepada Laman FB Mesir Kini.


Apa yang berlaku di Mesir kini sangat menyedihkan. Dikhabarkan ribuan rakyat Mesir yang menyertai perhimpunan pro Morsi telah dibunuh dengan kejam oleh pasukan Keselamatan mereka sendiri. Sehingga hari ini, tiada tanda-tanda akan berlaku kebangkitan bersenjata di kalangan rakyat Mesir sendiri seperti di Syria dan Libya.


Ini adalah kerana, pertelagahan melibatkan dua kumpulan sunnah yang semazhab, walaupun pihak tentera jelas mendukung fahaman sekular. Bantuan daripada US untuk pendukung pro Ikhwanul Muslimin juga boleh dikatakan mustahil kerana jelas tindakan luar batas kemanusiaan oleh tentera Mesir bermula semalam adalah bagi memenuhi ultimatum US sendiri untuk menamatkan revolusi dan bantahan rakyat secepat mungkin bagi:


1) Mengekalkan kestabilan semenanjung Sinai (Israel) dan Suez 


2) Dan untuk mengelakkan bantuan ketenteraan yang bernilai billion USD kepada tentera Mesir dihentikan. 


Malah, Arab Saudi/Qatar/UAE juga tidak dapat berbuat apa-apa bagi mewujudkan keseimbangan kuasa kerana masalah fahaman/mazhab selain tekanan daripada sekutu US sendiri.


Hanya doa yang dapat kita panjatkan kepada rakyat Mesir agar Allah SWT memberikan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kepada rakyat dan para pelajar Malaysia di sana, tolong jauhkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam perhimpunan anti Kerajaan ini. Keselamatan dan masa depan anda semua adalah lebih penting walau anda semua merasa sedih dan kecewa atas apa yang berlaku di sekeliling anda. Insya Allah, pihak Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa dan merancang langkah membawa pulang yang sebaiknya dalam tempoh terdekat. 

Ingatlah, segala apa yang terjadi ini adalah petunjuk daripada Allah SWT dan ada pengajaran di sebaliknya. Hargailah nikmat keamanan yang kita kecapi selama ini. 




Kenyataan terkini YAB PM DS Najib Razak berhubung konflik di Mesir:

"Kami dikejutkan dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk membataskan tindakan.

Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Kami menggesa semua pihak untuk menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman."

- Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia

SUMBER: MY MASSA

MY SLIDESHARE UPLOAD