Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Kronologi Isu #NFC - Cc @NajibRazak






KRONOLOGI  ISU PERBADANAN FIDLOT NASIONAL (NFC)


1 November 2011

PERUNTUKAN KEPADA PFN BUKAN GERAN 
KUALA LUMPUR 


31 Okt. – Peruntukan sebanyak RM250 juta yang 
diluluskan kerajaan kepada Pusat Fidlot Nasional (PFN) pada 2007 
bukanlah geran sebaliknya pinjaman mudah yang perlu dibayar semula 
oleh agensi tersebut. 


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia 
diluluskan bagi membolehkan PFN membiayai kos operasi dan 
pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang dan makmal. 


“Ia juga bagi mempercepatkan  pembangunan dan persediaan bukan 
sahaja bagi syarikat ini, tetapi untuk segala infrastruktur komersil sepanjang 
rantaian nilai bagi membolehkan pembangunan Program Pembangunan 
Usahawan melibatkan 310  peladang dan penternak  di seluruh negara,” 
katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 
2012 di Dewan Rakyat hari ini. 


Menurut Noh, PFN bukanlah projek yang gagal seperti didakwa 
pembangkang kerana sasarannya iaitu mengeluarkan 8,000 ekor lembu 
pada 2010 berjaya dicapai seperti yang disebut dalam Laporan Ketua Audit 
Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu. 


Katanya lagi, PFN juga tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 
ekar (2,023 hektar) seperti yang didakwa sebaliknya 1,500 ekar (607 
hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada 
Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan. 


Berkenaan pemilihan syarikat Agroscience Industries sebagai pelaksana 
projek fidlot itu pula, Noh berkata, ia berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa 
Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang menilai enam syarikat 
yang berminat dengan projek itu. 


“Bagaimanapun sebuah lagi syarikat  yang turut dipilih iaitu Lambert 
Agricultural menarik diri menjadikan Agroscience Industries menerusi 
National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. sebagai integrator untuk 
melaksanakan projek ini,” katanya. 


Projek PFN dijadikan isu oleh  pembangkang yang mendakwa kerajaan 
telah memberikan peruntukan berjumlah RM250 juta secara percuma 
kepada PFN untuk melaksanakan projek itu. Pembangkang mengaitkan projek  PFN dengan Menteri Pembangunan 


Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 
memandangkan suami beliau, Datuk  Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail 
adalah Pengerusi Eksekutif PFN. 

MY SLIDESHARE UPLOAD