Thursday, March 15, 2012

Kronologi Isu #NFC - Cc @NajibRazak






KRONOLOGI  ISU PERBADANAN FIDLOT NASIONAL (NFC)


1 November 2011

PERUNTUKAN KEPADA PFN BUKAN GERAN 
KUALA LUMPUR 


31 Okt. – Peruntukan sebanyak RM250 juta yang 
diluluskan kerajaan kepada Pusat Fidlot Nasional (PFN) pada 2007 
bukanlah geran sebaliknya pinjaman mudah yang perlu dibayar semula 
oleh agensi tersebut. 


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia 
diluluskan bagi membolehkan PFN membiayai kos operasi dan 
pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang dan makmal. 


“Ia juga bagi mempercepatkan  pembangunan dan persediaan bukan 
sahaja bagi syarikat ini, tetapi untuk segala infrastruktur komersil sepanjang 
rantaian nilai bagi membolehkan pembangunan Program Pembangunan 
Usahawan melibatkan 310  peladang dan penternak  di seluruh negara,” 
katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 
2012 di Dewan Rakyat hari ini. 


Menurut Noh, PFN bukanlah projek yang gagal seperti didakwa 
pembangkang kerana sasarannya iaitu mengeluarkan 8,000 ekor lembu 
pada 2010 berjaya dicapai seperti yang disebut dalam Laporan Ketua Audit 
Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu. 


Katanya lagi, PFN juga tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 
ekar (2,023 hektar) seperti yang didakwa sebaliknya 1,500 ekar (607 
hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada 
Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan. 


Berkenaan pemilihan syarikat Agroscience Industries sebagai pelaksana 
projek fidlot itu pula, Noh berkata, ia berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa 
Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang menilai enam syarikat 
yang berminat dengan projek itu. 


“Bagaimanapun sebuah lagi syarikat  yang turut dipilih iaitu Lambert 
Agricultural menarik diri menjadikan Agroscience Industries menerusi 
National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. sebagai integrator untuk 
melaksanakan projek ini,” katanya. 


Projek PFN dijadikan isu oleh  pembangkang yang mendakwa kerajaan 
telah memberikan peruntukan berjumlah RM250 juta secara percuma 
kepada PFN untuk melaksanakan projek itu. Pembangkang mengaitkan projek  PFN dengan Menteri Pembangunan 


Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 
memandangkan suami beliau, Datuk  Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail 
adalah Pengerusi Eksekutif PFN. 



8 November 2011

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri 
Shahrizat Abdul Jalil dituduh menyalah guna dana projek ternakan lembu, 
Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dikendalikan suami dan anaknya. Isunya 
adalah, salah guna dana NFC sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit 
kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta dan pihak pengurusan 
syarikat berkenaan terlibat dengan  perbelanjaan Shahrizat selain 
membenarkan pembelian lembu secara kredit pada 2008 kepada Ahli 
Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga pemberian 
kepada dua tokoh politik di negeri ini. 


9 November 2011 


NFC: SHAHRIZAT DAKWA PKR MAHU HANCUR WANITA UMNO, 
KHAIRY KATA LIAR 


KUALA LUMPUR, 9 Nov – Datuk Seri  Shahrizat Abdul Jalil mendakwa 
serangan ke atas beliau berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah 
satu agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan 
Wanita Umno. 


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, 
keluarga beliau, yang mengendalikan projek ternakan lembu tidak wajar 
menerima kritikan dan kecaman buruk yang dilemparkan oleh 
pembangkang sebab “mereka memang bekerja keras.” 


“Ini adalah agenda politik oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita 
Umno. Tetapi kami bukan begitu mudah untuk dimusnahkan,” kata Ketua 
Wanita Umno ini. 


“Saya rasa malu ada seorang wanita rakyat Malaysia seperti Ketua Wanita 
PKR,” kata senator ini dengan  merujuk kepada Ahli Parlimen Ampang 
Zuraida Kamaruddin yang sebelum  ini mendakwa projek NFC gagal 
meskipun diberi pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar. 
“Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang 
diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi 
Wanita BN,” kata Shahrizat lagi. Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan 
apa yang dikatakan oleh pembangkang. 


“Menteri sudah jawab dan saya gembira kerana kementerian akan pantau 
kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik,” tambah beliau lagi. 
Dalam pada itu, Pemuda Umno pula menyifatkan tuduhan pihak 
pembangkang berhubung NFC adalah liar demi menagih perhatian umum 
bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing 
menghadapi pilihan raya umum. 


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, dakwaan bahawa NFC 
telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock 
& Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi 
diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food 
Company Sdn Bhd (RFC) adalah tidak benar. 


“Tuduhan yang dibuat ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan 
dasar kerana tidak membawa apa-apa kebenaran di mana saya sendiri 
telah membuat penyelidikan yang dibuat melalui laman web dan temu 
ramah dengan pihak berkaitan. 


“RM81.2 juta itu bukan sahaja bertujuan menghasilkan daging mentah 
tetapi juga untuk membina kemampuan dari aspek pemasaran, 
perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan 
sumber manusia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, demikian 
menurut laporan Bernama Online. 


Katanya, NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian 
penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari 
ladang satelit. 


“Ia juga berperanan untuk memajukan operasi sistem lojistik dan 
penghantaran serta membina  pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional 
sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam 
proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan,” katanya. 
Manakala berhubung dengan dakwaaan  tentang pemberian diskaun, 
anggota Parlimen Rembau itu berkata RFC berperanan sebagai pengedar 
daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan 
kepada kesemua pembeli-pembeli daging. 


“Ini termasuklah hypermarket besar di negara ini seperti Jusco, Carrefour, 
Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga 
pasaran ‘hotel-restaurant-catering’,” katanya lagi. 


Semalam, Pengarah Strategik PKR  Rafizi Ramli mendakwa Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung 
kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC. 
Katanya, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah 
lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang 
dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri Kabinet itu. 


Kata beliau, keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan 
sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. 
Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 
juta telah diambil dalam 2008. 


Katanya, pada 31 Mac 2009, NFC  telah mengambil pinjaman kedua 
berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik 
NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah 
RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. 


Source: The Malaysian Insider

15 November 2011 


ISU PROJEK LEMBU: SHAHRIZAT TAK PERLU UNDUR, KATA TPM 


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri 
Shahrizat Abdul Jalil, perlu tampil memberi penjelasan berhubung isu 
membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). 


Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu perlu kerana pada masa 
ini, banyak perkara dan maklumat berkaitan NFC telah didedahkan dan ia 
menimbulkan persoalan kepada rakyat. 


"Sekarang ini telah dijelaskan oleh kerajaan...mungkin satu peringkat, itu 
terserah kepada pihak yang terlibat untuk memberi penjelasan supaya 
kedudukannya lebih jelas difahami  oleh masyarakat (umpamanya) 
bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak tangani, bagaimana soal situasi 
industri ternakan dan respon kepada  Laporan Ketua Audit Negara...itu 
terserah kepada mereka," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini 
selepas diminta mengulas mengenai gesaan Anggota Parlimen 
Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, supaya Shahrizat meletak 
jawatan berikutan pembabitan ahli keluarganya dalam isu NFC. 


Muhyiddin berkata isu NFC itu telah dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan 
Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar minggu lepas dan perkara itu 
sepatutnya diterima baik oleh pihak-pihak berkaitan. Ditanya mengenai gesaan Bung Moktar supaya Shahrizat meletakkan jawatan atau memberikan penjelasan  mengenai isu tersebut, Timbalan 
Perdana Menteri berkata: 
"Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus 
di kalangan kita sama kita (ahli  BN) kerana ia tidak secara langsung 
menyatakan Shahrizat terlibat. 


"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga 
tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya. 


Sumber: Bernama  
  
16 November 2011 


Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh 
Ismail memperjelas isu pembelian kondominium melali wang pinjaman 
NFC. 


Pelaburan beli kondo tepat 


Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri 
utusanN9@utusan.com.my 


Mohamad Salleh Ismail pada sidang akhbar Ladang NFC di Tampin, semalam. TAMPIN 17 Nov. - Keputusan Pusat Fidlot Nasional (NFC) membeli kondominium di Bangsar, Kuala 
Lumpur menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu merupakan satu langkah yang bijak 
dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu. 


Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail berkata, berdasarkan kepada kajian syarikat 
itu, sekiranya wang berkenaan disimpan di dalam bank ia hanya akan memberi pulangan sebanyak 
2.6 peratus berbanding sektor hartanah. 


Katanya, pelaburan dalam sektor hartanah di kawasan mewah itu dibuat memandangkan ia mampu 
menjana keuntungan pada masa depan. 


"Apa yang dapat kita lihat melalui pelaburan sektor hartanah yang dibuat, ia dijangka mampu 
memberi pulangan yang lebih tinggi sebanyak 12.9 peratus. Malah rebat tunai dan sewaan untuk 
tahun pertama sebanyak RM900,000 disalurkan kepada syarikat dan bukannya untuk individu. 
"Pada masa sama masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum 
dilaksanakan. Jadi, sementara menunggu pelaksanaan projek itu, geran berkenaan perlu dilabur 
supaya mendapat keuntungan," katanya. 


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Ladang NFC di Gemas di sini hari ini. 
Sebelum ini, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendakwa syarikat 
milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul 
Jalil itu menyalahgunakan dana NFC sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium 
mewah dengan harga RM9.8 juta. 


Malah beliau turut mendakwa pihak pengurusan syarikat berkenaan terlibat dengan perbelanjaan 
Shahrizat selain membenarkan pembelian lembu secara kredit pada 2008 kepada Ahli Parlimen 
Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga pemberian kepada dua tokoh politik di negeri 
ini. 


27 November 2011 


"SAYA TIADA KENA-MENGENA DENGAN NFC" – SHAHRIZAT 


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan 
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau 
tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional 
(NFC). 


Justeru kata Ketua Wanita UMNO  itu, beliau tidak akan menggunakan 
Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang 
dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC. 


"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak 
saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO 
nanti. Tunggulah. Sebagai  pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang 
dan jangan cepat melatah. "Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah 
kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita 
UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 
2011, di sini. 


Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang manamana perwakilan untuk berbahas  isu berkenaan NFC pada perhimpunan 
agung sayap itu Rabu ini. 


Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal 
memenuhi matlamat penubuhannya  diikuti dakwaan pembangkang wujud 
penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, 
yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi 
Pengerusi Eksekutifnya. 
"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula 
pembangkang, dia takut kerana Wanita UMNO kukuh bersatu padu dan dia 
cuba untuk menggoyahkan Wanita UMNO tetapi Alhamdulillah, UMNO dan 
Wanita Umno tetap kental. "Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan 
berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang 
nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan 
negara,” kata Shahrizat. 

Sumber:  Bernama 


15 Disember 2011 


SPRM JELASKAN ISU NFC 


PUTRAJAYA 16 Dis. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
(SPRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya ia tidak mengambil 
sebarang tindakan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). 
"Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa tindakan pengumpulan bukti dan 
keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan 
Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai 
sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan," katanya dalam satu 
kenyataan hari ini. 


Kenyataan itu menjelaskan, semasa dalam proses pengumpulan bukti dan 
keterangan tersebut, SPRM telah menerima aduan daripada satu kumpulan 
badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan 
wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium 
mewah berharga RM9.8 juta yang dibeli di Lembah Klang. Namun setelah meneliti aduan itu, Jawatankuasa Menerima Maklumat SPRM mendapati ia tidak mengandungi unsur rasuah dan ia akan dirujuk kepada pihak polis. Menurut kenyataan itu, SPRM tetap mengambil tindakan terhadap 
maklumat atau aduan yang berkaitan rasuah sebaliknya aduan atau 
maklumat yang tidak berkaitan unsur rasuah akan dirujuk kepada agensi 
berkaitan untuk tindakan selanjutnya. 


Pada 2009 sebanyak 313 kes dan pada  2010 sebanyak 210 kes yang 
diadukan kepada SPRM telah dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut, 
manakala polis pula telah merujuk 102 aduan pada 2009 dan 95 aduan 
pada 2010 kepada SPRM.  


Sumber : BERNAMA 


21 Disember 2011 


KEHADIRAN PEGAWAI SPRM DI NFC BUKANLAH SATU SERBUAN 


KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)pada malam 
Jumaat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran pegawaipegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke pejabat mereka bukanlah merupakan satu  serbuan sebagaimana yang dilaporkan oleh hampir kesemua media massa. 
Sebaliknya kata kenyataan itu lagi,  kehadiran pegawai-pegawai SPRM 
adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung. 
“Sebenarnya, pihak pengurusan dan staf NFC mengalu-alukan kehadiran 
pegawai-pegawai SPRM ke pejabat kami dan segala kerjasama penuh 
telah diberikan kepada SPRM. 


“Oleh yang demikian, pada pandangan  NFC, lawatan dan kedatangan 
kakitangan SPRM ke  pejabat NFC bukanlah merupakan satu serbuan 
sebagaimana yang dilaporkan. 


“Bagaimanapun, pihak syarikat berasa adalah tidak wajar sebarang 
kenyataan dikeluarkan pada masa ini kerana siasatan masih lagi diteruskan 
oleh pihak berkuasa,” jelas kenyataan tersebut. 


Sebelum itu media massa dan pelbagai portal berita melaporkan, pegawaipegawai SPRM telah menyerbu pejabat NFC yang terletak di Jalan Solaris, 
Mont Kiara, di sini pada tengah hari Jumaat. 


Enam pegawai penguat kuasa yang berkunjung ke pejabat NFC itu adalah 
dari SPRM Putrajaya. Isu-isu dan kontroversi dalam NFC  timbul berikutan Laporan Ketua Audit 
Negara 2010 pada bulan Oktober,  yang menyatakan bahawa NFC telah 
gagal untuk memenuhi sasaran penubuhannya, manakala pembangkang 
mendakwa terdapat penyelewengan dalam pengurusan dana NFC. 


Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah 
suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan 
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 


SPRM juga sedang menyiasat sama ada  Shahrizat turut terlibat dalam 
mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan 
kepada NFC. 


Sumber: mStar 


29 Disember 2011 


CEO MENGAKU TIDAK BERSALAH 


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Ahli perniagaan, Datuk  Shamsubahrin Ismail 
mengaku tidak bersalah di Mahkamah  Sesyen di sini hari ini atas dua 
tuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. 
(NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membabitkan pemberian cek 
bernilai RM1.755 juta, bulan lalu.

Shamsubahrin, 45, yang merupakan  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 
syarikat Shamsubahrin Ismail Resources Sdn. Bhd. memohon dibicarakan 
sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim 
Ahmad Zamzani Mohd. Zain. 


Tertuduh yang beralamat di Bukit Jelutong, Shah Alam didakwa menipu 
Mohamad Salleh dengan menjanjikan kepada mangsa satu perkhidmatan 
rundingan dan nasihat yang pada pengetahuan tertuduh tidak benar. 
Perbuatan itu bertujuan memperdaya suami kepada Menteri Pembangunan 
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu 
sehingga mendorong mangsa bersetuju membayar wang perkhidmatan 
tersebut. 


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan  itu di sebuah restoran di Bukit 
Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November lalu.Bagi tuduhan kedua, 
Shamsubahrin didakwa memperdaya Mohamad Salleh sehingga 
mendorong mangsa menyerahkan cek  berjumlah RM1.755 juta kepada 
tertuduh. 


Perbuatan itu didakwa dilakukannya di kawasan Solaris Mont Kiara di sini 
antara 25 November dan 6 Disember lalu.Kedua-dua pertuduhan tersebut 
dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 


Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mencadangkan 
jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin dan syarat tertuduh 
menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Menurut beliau, jumlah jaminan tersebut adalah munasabah 
memandangkan pertuduhan terhadap tertuduh melibatkan penyerahan cek 
bernilai jutaan ringgit. Bagaimanapun, peguam bela, J. Rao yang mewakili 
tertuduh memohon jumlah yang lebih rendah berikutan anak guamnya yang 
menanggung seorang isteri dan empat anak telah memberikan kerjasama 
kepada pihak SPRM sepanjang siasatan. 


Ahmad Zamzani kemudian menetapkan jaminan RM300,000 dengan 
seorang penjamin serta memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport 
antarabangsa kepada mahkamah sebagai syarat jaminan sehingga kes 
selesai. 


Beliau turut menetapkan 21 Januari ini untuk sebutan semula kes itu. 
Shamsubahrin gagal menjelaskan wang jaminan ekoran kaunter 
pembayaran telah ditutup menyebabkan tertuduh dihantar ke Penjara 
Sungai Buloh.

12 Januari 2012 


Shahrizat cuti rehat tiga minggu bantu 
siasatan SPRM isu NFC 


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memaklumkan beliau akan mula bercuti rehat daripada 
menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu bermula esok. 


Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, permohonan cuti rehat itu dibuat bagi 
membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan 
terhadapnya berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang hangat diperkatakan 
sebelum ini. 


Katanya, beliau telah pun membuat permohonan cuti tersebut daripada Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini. “Saya berharap SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi 
Eksekutif,” katanya. 


Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat 
penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan 
berjumlah RM250 juta kepada NFC. 


Ia termasuk dakwaan mengenai berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperoleh 
NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Lembah Klang. 
Shahrizat sebelum ini menegaskan, beliau tiada kena-mengena dengan isu berkaitan 
NFC. 


14 Januari 2012 


Najib sahkan aset NFC dibeku 


PARIT BUNTAR 14 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan aset Perbadanan Fidlot 
Nasional (NFC) telah dibekukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan 
peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada syarikat itu. 


Perdana Menteri berkata, beliau telah menyerahkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk mencari penyelesaian 
terbaik termasuk mengenai masa depan syarikat projek lembu daging itu. 


"Sebenarnya aset NFC memang sudah dibekukan. Saya sudah serah kepada Timbalan Perdana 
Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengkaji penyelesaian terbaik dalam 
soal NFC. 


"Satu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang berjalan dan satu lagi mengenai 
masa depan NFC itu sendiri," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan 
Nelayan di Padang Bandaran di sini hari ini. 


Beliau ditanya mengenai perkembangan isu NFC yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan 
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 


Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO mula bercuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai 
menteri selama tiga minggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu. 
Dalam perkembangan sama, Najib menyifatkan keputusan Shahrizat itu sebagai tepat bagi 
membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan rapi. 


"Saya telah berbincang dengan beliau dan keputusan itu tepat bagi membolehkan pihak berkuasa 
buat siasatan rapi. Shahrizat beritahu saya beliau sanggup disiasat sepenuhnya. 
"Apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan yakni siasatan dari awal lagi. 
Maknanya sama ada dia sebagai seorang menteri terlibat dalam proses pemberian kepada kontrak 
itu," jelasnya. 


24 Januari 2012 


Mohd. Jurit: Wajib Dedah Surat Jawapan NFC Elak Rakyat Keliru 
PUTRAJAYA 23 Jan. - Ketua Audit Negara wajib mendedahkan keterangan 
yang diberikan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd., (NFC) kepada 
agensi itu bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan agenda 
pembangkang selain menafikan segala dakwaan penyelewengan dana 
kerajaan oleh syarikat berkenaan. 


Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, 
melalui pendedahan surat jawapan itu juga, secara tidak langsung ia akan 
membersihkan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan 
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada segala tuduhan 
pembangkang. 


Menurutnya, pendedahan surat jawapan itu amat ditunggu-tunggu kerana 
ia akan menjadi penamat kepada  segala dakwaan yang selama ini 
menghantui NFC. 


"GNM menyokong penuh desakan yang dibuat Presiden Pertubuhan 
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali agar surat jawapan 
itu didedahkan. 


"Menurut penjelasan NFC semalam, Jabatan Audit Negara telah menerima 
surat jawapan tersebut dan mengakui tidak berlaku sebarang 
penyelewengan dan semuanya di bawah kawalan serta mengikut 
peraturan, jadi tiada  apa yang perlu dirisaukan dan surat itu perlu 
didedahkan kepada rakyat secara terperinci," katanya ketika dihubungi 
Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Beliau mengulas desakan Perkasa agar Ketua Audit Negara mendedahkan 
keterangan yang diberikan oleh NFC menerusi surat jawapan yang dihantar 
kepadanya berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh 
syarikat berkenaan. 


Perkasa bersama 11 lagi NGO semalam telah diberikan taklimat dan 
penerangan oleh Pengerusi  NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail 
berhubung isu dakwaan penyelewengan dana kerajaan membabitkan NFC 
yang menjadi tumpuan ketika ini. 


Menurut Mohd. Jurit, GNM menghormati dan menyokong penuh tugas 
Ketua Audit Negara, tetapi pendedahan surat jawapan itu perlu dilakukan 
dengan terperinci agar rakyat tidak salah faham dengan apa yang ingin 
disampaikan. Dalam pada itu, beliau mencabar pemimpin pembangkang supaya 
mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak 
jawatan dan bertanggungjawab dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. 
Rahman berhubung dakwaan penyelewengan.

Selain itu, katanya, kegagalan  pembangkang mendesak Nik Abdul Aziz 
membuktikan mereka bersikap pilih kasih dan sengaja memperbesarbesarkan isu berkaitan NFC sehingga sanggup mengarahkan Shahrizat meletak jawatan. 


"Saya cabar Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mendesak Nik Abdul Aziz 
meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

"Jika dalam kes NFC mereka begitu lantang mendesak Shahrizat meletak 
jawatan, maka mereka juga perlu berbuat perkara sama ke atas Nik Abdul 
Aziz," katanya. 


17 Januari 2012 


FIRMA PERUNDING DILANTIK 


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kerajaan akan melantik sebuah firma perunding 
perakaunan bagi melindungi kepentingan kerajaan  dalam projek Pusat 
Fidlot Nasional yang sebelum ini  diuruskan oleh National Feedlot 
Corporation Sdn. Bhd. (NFC). 


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tugas 
firma tersebut ialah menjalankan satu penelitian wajar selain melakukan 
audit projek dari segi penggunaan  dana pinjaman, pengurusan serta 
kewangan. 


Menurutnya, dijangkakan tugasan tersebut bakal dimuktamadkan dalam 
tempoh sebulan. 


''Bagi melindung kepentingan kerajaan, sebuah firma perunding 
perakaunan yang ditugaskan untuk menjalankan satu penelitian wajar atau 
'due diligence' akan dilantik. 


''(Dan) audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan 
kewangan akan dilakukan. Tugasan  ini dijangka dimuktamadkan dalam 
tempoh sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Media baru-baru ini melaporkan aset  NFCorp dibekukan bagi membantu 
siasatan dakwaan berlaku penyelewengan dana kerajaan  dalam projek yang turut dikaitkan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan 
pembekuan aset berkenaan turut meminta Muhyiddin serta Menteri 
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjalankan kajian 
untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani kes itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, seperti mana 
dimaklumkan NFC merupakan sebuah syarikat usahasama di antara 
Agroscience Industries Sdn. Bhd.  dengan kerajaan Malaysia dan syarikat 
itu telah diberi mandat sebagai integrator Pusat Fidlot Nasional. 


Beliau berkata, ekoran daripada itu, kerajaan memberi pinjaman mudah 
sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan bagi melaksanakan 
projek tersebut dan setakat ini sejumlah RM181 juta telah dikeluarkan.

21 Januari 2012 


ISU NFC: KETUA AUDIT NEGARA DIDESAK DEDAH SURAT 


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Ketua  Audit Negara didesak mendedahkan 
keterangan yang diberikan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. 
(NFC) menerusi surat jawapan yang dihantar kepadanya berhubung 
dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh syarikat berkenaan. 


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim 
Ali berkata, beliau diberitahu oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad 
Salleh Ismail bahawa surat jawapan telah dihantar kepada Ketua Audit 
Negara berhubung dakwaan yang dilontarkan terhadap syarikat itu selepas 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 didedahkan. 


Beliau difahamkan, pihak Jabatan Audit Negara telah menerima surat 
jawapan itu dan mengakui bahawa tidak berlaku sebarang penyelewengan 
dan semuanya di bawah kawalan serta mengikut peraturan. 


"Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh telah menghantar surat jawapan kepada 
Ketua Audit Negara mengenai dakwaan terhadap NFC dan beliau 
memberitahu bahawa Jabatan Audit  juga telah menerimanya serta 
mengakui bahawa tidak berlaku penyelewengan seperti didakwa. 


"Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat oleh Ketua Audit Negara 
berhubung perkara berkenaan, jadi kami mendesak beliau membuat 
kenyataan rasmi mengenainya dan  berlaku adil kepada semua pihak 
supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, 
bukan kerana persepsi politik. "Kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak berpihak kepada 
sesiapa, kami menerima apa sahaja  keputusan yang akan dibuat oleh 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. 


Justeru, kami berharap SPRM serta pihak polis menyegerakan siasatan," 
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Perkasa bersama 11 lagi NGO sebelum itu diberikan taklimat dan penerangan oleh Mohamad Salleh berhubung isu dakwaan penyelewengan 
dana kerajaan membabitkan NFC yang menjadi tumpuan ketika ini. 
Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu 
Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis 
Perundingan Malaysia, Majlis Usahawan Malaysia dan Persatuan Anak 
Kelantan Malaysia.Isu membabitkan  NFC timbul ekoran Laporan Ketua 
Audit Negara 2010 pada Oktober lalu yang menyatakan syarikat berkenaan 
gagal memenuhi matlamat penubuhannya sebagai integratorPusat Fidlot 
Nasional. 


Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau dan 11 NGO lain berpuas hati serta 
menerima baik penjelasan yang diberikan Mohamad Salleh berhubung isu 
berkenaan. 


"Berdasarkan apa yang dijelaskan kepada kami, ia tidaklah seteruk seperti 
yang dilaporkan oleh media sebelum ini dan kami berpuas hati dengan 
penjelasan tersebut," jelasnya.


24 Januari 2012 


Ketua Audit Negara perjelas laporan 


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Jabatan Audit Negara (JAN) 
menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 
tidak ada menyebut perkataanperkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan 
dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan. 
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.” 


Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan 
dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa 
seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM). 


Menurut beliau, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa 
kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan 
menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu 
kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan. 


“Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan 
Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan 
AMBRIN BUANG projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” 
katanya. 


Ambrin menambah, pengauditan bagi projek NFC dibuat secara bebas dan 
profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang 
kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah 
dikesali. 


Tambah beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai 
sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. 
“Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 
2010, sasaran pengeluaran NFC iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum 
dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 
pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi,” katanya. 


Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan 
prestasi yang dijalankan oleh JAN itu adalah pencapaian projek NFC sejak 
penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. 
Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat. 


Menurutnya, NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah 
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana Kementerian Kewangan 
Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal 
berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries 
Sdn. Bhd. 


Ambrin berkata, projek itu diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran 
makanan negara yang mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang 
besar kepadanya. 


Katanya, ini termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri 
Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan 
(RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya. 
“Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir 
tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar 
bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja,” 
katanya. 


Beliau seterusnya memberitahu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur 
berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010, sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp 
untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang. 
Ambrin berkata, pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan 
kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 
Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan 
kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian 
Kewangan.


Sumber: BERNAMA. 


25 Januari 2012 


PENJELASAN JABATAN AUDIT NEGARA MAMPU BERSIHKAN NFCORP 


KUALA LUMPUR 26 Jan. - Pengerusi Eksekutif National Feedlot 
Corporation Sdn.  Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail 
menyifatkan penjelasan yang dibuat  oleh Jabatan Audit Negara semalam 
mampu membersihkan nama syarikat itu yang menjadi mangsa fitnah 
pembangkang. 


Sambil melahirkan rasa syukur dan berterima kasih mengenai penjelasan 
itu, Mohamad Salleh beranggapan kenyataan jabatan tersebut juga dapat 
membebaskan NFCorp daripada kekejaman pihak-pihak yang tidak 
bertanggungjawab. 


Kata Mohamad Salleh, beliau tidak dapat mengelak daripada berasa hairan 
mengapa jabatan berkenaan mengambil masa yang lama untuk membuat 
penjelasan tersebut kepada umum sedangkan isu berkenaan sudah 
berlarutan agak lama. 


''Daripada penjelasan yang dibuat oleh  jabatan itu, adalah jelas Laporan 
Ketua Audit Negara 2010 membuat teguran terhadap kerajaan atau projek 
Pusat Fidlot Nasional (NFC) di  Gemas, Negeri Sembilan dan bukannya 
NFCorp," katanya. 


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penjelasan yang dibuat 
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam bahawa perkara yang 
menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dibuat jabatan itu adalah 
pencapaian NFC sejak ditubuhkan pada 2006 dan bukannya NFCorp 
sebagai sebuah syarikat. Ambrin dalam kenyataan  itu juga berkata, laporan jabatan tersebut tidak 
ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, 'in a mess' atau 
penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di 
Gemas, Negeri Sembilan. 


Bagaimanapun, projek NFC telah dijadikan isu oleh pembangkang yang 
menggambarkan seolah-olah ia  diuruskan dengan melibatkan 
penyelewengan termasuk mengaitkannya dengan Menteri Pembangunan 
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 
Mohamad Salleh menambah, media  sepatutnya dari awal tidak 
terpengaruh dengan permainan pembangkang  yang memutar belit fakta 
dalam isu NFC itu kerana jelas ia adalah satu fitnah. 


''Malangnya saya melihat media  terikut-ikut dengan permainan 
pembangkang ini sedangkan kita tahu bahawa mereka berniat untuk 
menghancurkan negara," katanya. 


Sementara itu, Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Mohamad 
Salleh dalam satu kenyataan di sini,  hari ini berkata, penjelasan Jabatan 
Audit Negara itu akan menjadi pemangkin kepada syarikat berkenaan 
untuk membersihkan imej, seterusnya menguatkan persepsi awam 
terhadap perniagaan yang dijalankan mereka. 


Sumber: Utusan  


SUMBER SAH ARTIKEL : http://pmr.penerangan.gov.my/

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive