Showing posts with label MDAB. Show all posts
Showing posts with label MDAB. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

#KonsertDestini: TEMUI ROSSA DAN DATUK @ctnurhaliza DI KONSERT BERPRESTIJ INI!!! @mynameisrossa


Butiran konsert adalah seperti berikut:

TARIKH: 20 dan 21 Disember 2013
MASA: Bermula jam 8 malam
TEMPAT: Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.


ARTIS JEMPUTAN

Rossa juga turut hadir untuk menghiburkan anda

Konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi popular tanah air dan antarabangsa seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Pasha Ungu, Dayang Nurfaizah, Hafiz, Adira, Jaclyn Victor dan Awie.

TIKET DAN TEMPAT DUDUK

Harga tiket yang ditetapkan adalah bermula dari RM30 (Level 2), RM80 (Level 1), RM200 (Ground Floor 1), RM300 (Ground Floor 2), RM500 (Ground Floor 3) & RM1,000 (VIP).
Tempat duduk adalah BEBAS.


HAMPARAN LAKARAN LOKASI TEMPAT DUDUK DIDALAM DEWAN AGUNG CANSELORI, UiTM SHAH ALAM SEWAKTU KONSERT BERLANGSUNG

PROSES PEMBAYARAN

PERINGATAN: Pembayaran tiket boleh dibuat sebelum 15 November 2013. Sekiranya tiada pembayara dibuat selepas tarikh tersebut, tempahan yang dibuat terbatal secara automatik.


NO. AKAUN BANK CIMB YDAB: 1277-0001-679103

1. Melalui CIMB CLICKS atau melalui Cash Deposit Machine (CDM) ke akaun bank CIMB YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA.

2. Emailkan resit transaksi ke alamat emel berikut: konsertdestini2013@gmail.com

ATAU

3) WhatsApps no. transaksi/ no. resit ke TEL: 019-6704734

LOKASI UNTUK MENGAMBIL TIKET

Tiket-tiket yang telah ditempah boleh diambil di lokasi dibawah bermula hari konsert berlangsung (20 November 2013):

1) Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 13 Nov 2013, 9 pg - 5 ptg)

2) Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.

3) Pejabat YDAB beralamat dibawah:

7-3 Setia Avenue,
Jalan Setia Prima (S) U13/S,
40170, Shah Alam.
(Tel. : 03-3343 5080)


LAMAN SOSIAL


Follow Twitter @YDABDiHatiku dan @Jelajah_UiTM untuk info atau maklumat terkini. Manakala hashtags yang digunakan sebagai bahan rujukan anda ialah #LiveUpdate #KonsertDestini untuk mengetahui tentang promo, perkembangan mahupun apa-apa perubahan terkini konsert ini.

FOLLOW TWITTER & INSTAGRAM RASMI CEO YDAB - @aizuddin_MAG



Sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi no. telefon dibawah atau layari laman sesawang yang diberi:

Sunday, February 24, 2013

@NajibRazak Payung Anak India Masuk Poli.


Kejayaan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAM) dan Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi aspirasi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan sebuah program serupa terhadap kaum India yang dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).

Program itu akan melibatkan kerjasama Special Implementation Task Force on the Indian Community dan Politeknik di seluruh negara dengan menyasarkan pengambilan seramai 1600 pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar setiap tahun.

Aspirasi itu juga mengambil kira atas semangat Keadilan Sosial dalam prinsip 1 Malaysia di mana, semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perdana Menteri juga percaya bahawa pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.

Hari ini sudah pasti menjadi satu lipatan sejarah di dalam pendidikan negara, kerana Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) di Politeknik Port Dickson jam 3.00 petang.  - Laman Rasmi JDAB

MY SLIDESHARE UPLOAD