Khabar angin kencang mangatakan bahawa Dato' Mukhriz akan bertanding Naib Presiden UMNO, tetapi kenapa tiba-tiba keluar berita sahih bahawa 'Mukhriz' akan bertanding Exco? Rileks, Memang benar apa yang dinyatakan. Yang akan bertanding Naib Presiden tu Mukhriz Mahathir (MB Kedah), tetapi yang akan bertanding Exco ini ialah Dato' Ahmad Mukhriz Fuad, Ketua Pemuda Cawangan Pekan Baru (Bahagian Pekan, Pahang). Sumber ini didapati daripada laman FB milik dia [SINI]. Memang sesuai dengan umur dia sekarang, 34 tahun untuk bertanding Exco Pemuda, kerana secara fizikalnya, masih mempunyai kudrat yang kuat untuk berkhuidmat dan bekerja, terutamanya pada PRU-14 akan datang. Tambahan, secara tidak langsung tercapai hasrat YAB Tuan Presiden untuk meremajakan UMNO seperti yang dikerangkakan dalam Konsep Transformasi UMNO. Apa-apa pun aku ucapkan GOOD LUCK dan mudah-mudahan Dato' Ahmad Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.