Showing posts with label PRK Pengkalan Kubor. Show all posts
Showing posts with label PRK Pengkalan Kubor. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

#PRKPengkalanKubor: PILIHLAH YANG MAMPU BUAT, JANGAN PILIH KENCING KUAT.. SELAMAT MENGUNDI!


Tak mahu ulas panjang, kerana tempoh kempen sudah tamat. Lagipun ini bukannya bahan kempen pun, tetapi sebagai peringatan kepada pengundi. 

PILIHLAH YANG MAMPU BUAT, JANGAN PILIH KENCING KUAT...

NOTA:

Pengundi yang bijak akan pilih BN sebab Pas dah memang kerajaan negeri pun. Apa yang BN buat di #PengkalanKubor tapi Pas tak buat dan tak mampu..

APA YANG BN DAH BUAT DI PENGKALAN KUBOR?
BEBERAPA SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI PENGKALAN KUBOR.  
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Kos Projek - 67.0 JutaLokasi - TujohTarikh Mula - 25 September 2006Tarikh Siap - 26 Ogos 2009Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang- Bil.Guru 59 Orang- Bil.Bukan Guru 31 Orang- Bil.Kelas 28  
Jalan Kesban Pengkalan Kubor
Kos Projek - 58.6 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 12 September 2004Tarikh Siap - 10 Mac 2007 
Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor
Kos Projek - 12.3 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 1 April 2006Tarikh Siap - 15 Ogos 2010Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014Rm 1571,597.63 
Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan
Kos Projek - 5.06 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 15 September 2011Tarikh Siap - 29 November 2012Impak Projek. - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan. 
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat
Kos Projek - 3.0 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 1 Januari 2006Tarikh Siap - 27 Disember 2010Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat. 
Masjid Kubang Sawa
Kos Projek - 1.6 JutaLokasi - Kg Bendang Pak YongTarikh Mula - 28 Januari 2010Tarikh Siap - 31 Mac 2011Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat. 
Projek Penapis Air 1 Malaysia
Kos Projek - 0.2 JutaTarikh Mula - 10 Ogos 2012Tarikh Siap - 22 November 2012Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap 
SUMBER: tunfaisaldotcom
APA PULA SUMBANGAN PAS?

Bukan 1 atau 2 tetapi 8 perkara yang PAS pernah janjikan kepada penduduk Pengkalan Kubor. 
Apa tindakan calon PAS yang sebelum ini penyelia kawasan Pengkalan Kubor untuk melaksanakan janji Kerajaan PAS? Tidak pelik kalau sepanduk ini digantung untuk menuntut janji PAS. 

 

Tuesday, September 23, 2014

#PRKPengkalanKubor: TIADA KELIBAT JENTERA DAP & PKR, BUKTI PAS TIDAK BERTAHLUF HIYASI DALAM PR!

 

Walaupun tempoh hari pengundian PRK Pengkalan Kubor akan berlangsung tidak sampai 48 jam sahaja lagi, namun saya masih tercari-cari akan kelibat pemimpin-pemimpin dan jentera DAP turun membantu PAS 'berperang' pada PRK N01 Pengkalan Kubor ini.

Ternyata PAS hanyalah pencacai kepada rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak kenang budi, iaitu parti DAP dan PKR.

Mula timbul kehairanan dalam pemikiran saya ini, Tidakkah DAP dan PKR merasa segan dengan jasa PAS membantu mereka berkempen ketika PRK Kajang dan Teluk Intan yang lalu?

MANA DAP?

Apa yang lebih menarik adalah Pemerhati Politik mendakwa bahawa puak-puak ini (DAP & PJR) tidak akan hadir ke Pengkalan Kubor disebabkan mereka tidak punya kepentingan apatah lagi keadaan PAS dalam PRK kali ini benar-benar tenat.

ADAKAH FAKTOR 'BOIKOT' INI ADALAH PUNCA PAS MAHU TAHLUF SIYASI  DIKAJI SEMULA DALAM PAKATAN RAKYAT?
PAS seharusnya sedar bahawa tahluf siyasi yang dicanangkan kepada dunia melibatan PAS , PKR dan DAP sebenarnya hanyalah satu perkataan yang digunakan untuk memancing perhatian umum sahaja.
Hakikatnya tidak pernah berlaku tahaluf siyasi dalam Pakatan Haprak dan ianya amat ketara sekali di Pengkalan Kubor.
Selama ini PAS hanya dipergunakan untuk kepentingan politik DAP dan PKR untuk menampakkan seolah-olah 3 parti tersebut kononnya sehaluan. 
Selain dari itu PAS merupakan parti yang paling terkesan akibat daripada hubungan songsang tersebut sehinggakan kempen mereka di PRK Pengkalan Kubor tidak lekang dengan pembohongan dan fitnah melampau. - BLOG MMI

VIDEO MENARIK.. PAS PLAWOK!!!

Saturday, September 20, 2014

SEGERA: PEMBOHONGAN BESAR PAS DIDEDAH OLEH PENGUNDI #PengkalanKubor!

Sepanjang seminggu tempoh berkempen berlalu di Pengkalan Kubor menyaksikan pasukan kempen BN tidak begitu agresif menyerang PAS. Dalam bahasa mudah pasukan kempen BN berkempen dalam kedaaan yang begitu ‘sopan dan lembut’.

Sebaliknya pasukan kempen PAS lebih agresif menyerang BN/UMNO. Situasinya menjadi terbalik sedangkan di Kelantan PAS adalah sebuah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Sepatutnya pembangkang yang menyerang kerajaan. Bukannya kerajaan yang menyerang pembangkang.

Dipendekkan cerita, BN lebih banyak membuang masa menjawab serangan PAS baik dalam isu royalti atau GST.  Yang saya tidak faham kenapa begitu susah untuk pemimpin-pemimpin BN menyerang PAS diatas kegagalan-kegagalan mereka menunaikan janji secaranya khususnya di  Pengkalan Kubor serta Tumpat dan di Kelantan secara amnya ?

Salah satu pembohongan besar PAS yang melekat dalam diri rakyat Pengkalan Kubor ialah pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan 18 tahun lalu. Selain pembohongan itu, PAS juga turut berbohong untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu serta pembohongan PAS untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat.

Tanggal 26.Oktober.1996 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan di Pengkalan Kubor untuk dijadikan Bandar Baru Pengkalan Kubor. Dalam sidang DUN berkenaan beliau menyatakan dengan terbinanya bandar baru berkenaan akan wujud 6000 peluang pekerjaan, 4000 buah rumah yang berharga RM 35,000.00 sebuah akan dibina, Pusat dagangan islam, masjid, institut pengajian tinggi dan pasar borong.

Bukan setakat mengumumkan projek berkenaan dalam DUN Kelantan, malah pada 22.Disember.1996 kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pemaju projek berkenaan di sebuah hotel di Kota Bharu, dan mula menjual borang kepada rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli rumah-rumah yang bakal dibina.

Pada masa itu saya masih belajar di tingkatan 5. Saya masih ingat bagaimana rakyat Pengkalan Kubor dan Tumpat berebut-rebut membeli borang rumah berkenaan dengan harga RM 1.  Begitu tingginya harapan rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah rumah di kawasan yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat.

Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi. Begitu juga dengan Jambatan Palekbang. Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu. Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan.  

Itu antara pembohongan PAS yang dekat dengan masyarakat Pengkalan Kubor dan Tumpat. Tidak perlu untuk saya huraikan satu persatu pembohongan PAS di Kelantan. Perkara yang saya nyatakan diatas pun sudah cukup untuk BN gunakan bagi menyerang PAS. Sebab semuanya sudah terbukti di depan mata masyarakat Pengkalan Kubor dan dekat dihati mereka. Apabila dekat dengan mereka maka senang untuk meyakinkan mereka bahawa PAS adalah pembohong. Tetapi sayangnya isu ini belum digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menyerang PAS.

Bukan niat saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN, tetapi sekadar mengingati. Jika peluru sudah ada mengapa perlu disimpan. Sebaliknya sibuk menepis peluru yang dilepaskan musuh.

Sekian

Pengundi Pusat Daerah Mengundi Kg Geting

Sunday, September 14, 2014

#PRKPengkalanKubor: BN JANGAN JADI RAKSASA KETIKA BERKEMPEN, NANTI MAKAN DIRI!! (ANALISIS)


Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan 3 penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), PAS, dan BEBAS.


Penganalisis Politik, Azizul Abdul Hakim telah melontarkan pendapat dan pandangan mengenai situasi dan corak pada PRK kali ini.

Analisis tersebut dilaporkan oleh Warta Daily:
1. Tidak dapat dinafikan sejak 10 tahun kebelakangan ini Pasca PRU 12 dan 13 kita sering menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Parlimen dan Bahagian sama ada atas faktor penyandang "gering" lalu meninggal dunia mahupun akibat pencaturan sendiri yang sebenarnya membazirkan wang rakyat. 
2. Kekerapan PRK ini menjadi ujian prestasi berperingkat bagi kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan dalam melaksana dasar, polisi dan khidmat terhadap masyarakat. 
3. Pun begitu, pada sudut pandang saya kedua belah pihak masih di takuk lama apabila agenda besar PERUBAHAN masih menjadi retorik dan "degar" politik kosong semata.
  • BN dan Pakatan Rakyat masih menurunkan CALON SAKIT dalam PRU 13 dan telah menyebabkan banyak PRK diadakan.
  • Parti Politik di Malaysia "tidak makan saman" terhadap signal rakyat.
  • Janji semata populis. Perjuangan hak rakyat sekadar modal percuma BN dan Pakatan.
  • RAKYAT SUDAH MUAL DENGAN GAYA POLITIK MALAYSIA 2×5
4. Sebab itu kita boleh melihat peratusan rakyat keluar mengundi sangat kurang hanya dalam lingkungan 60% ke bawah. Pengundi luar tidak terkinja-kinja untuk pulang membuang undi kerana sudah mual pengajaran yang pengundi berikan kepada kedua-dua pihak ini masih tidak berkesan. 
5. PRK Pengkalan Kubor ianya tidak sepanas PRK lalu. Ia diadakan PRK sekadar melunas tuntutan prosedur demokrasi semata. Jentera BN Kelantan lesu dan tidak berwaja untuk berjuang. Samalah juga dengan jentera PAS yang bergerak secara sendirian setelah dike"pulau"an oleh DAP dan PKR. 
6.Oleh itu, analisis ini juga pada latar sederhana yang sesuai dengan kesuraman PRK ini. Seperti sedia maklum, Dun Pengkalan Kubor adalah kawasan BN sejak dulu lagi. Pernah sekali sahaja ia jatuh ke tangan Pembangkang iaitu pada PRU 1999. Dalam PRU 13 lalu, majoriti kemenangan BN di Dun Pengkalan Kubor adalah di bawah 10 %. Makna kata lain, "yang menang tidak jadi arang, yang kalah tidak jadi abu". 
7. Kedua belah pihak masih mempunyai harapan untuk menang cuma ia bergantung pada "cuaca politik". Apakah "cuaca politik" sekarang? 
8. Sebenarnya rakyat sedang nampak BN masih terkulat-kulat selepas terkena tamparan hebat PRU 13 (tiada sebarang dasar pro-Melayu) diumumkan oleh YAB PM. Tatkala ujian besar MH 370 dan MH 17 memberi beban kepada kerajaan untuk menstrukturkan kembali hala tuju politik masyarakat. 
9. Selain itu, rakyat nampak juga Pakatan Rakyat adalah sebuah parti "kronisme", gila kuasa dan "cakap tidak serupa bikin". Kelihatan DAP adalah "Abang Long" dalam Pakatan yang sering memiat telinga PAS. PAS pula seperti "moon" sekejap bulan penuh, bulan setengah, bulan sabit dan terkadang kelam ditelan malam. 
10. Inilah "cuaca politik" di Malaysia ketika ini. Dari sini baru boleh kita ukur kelebihan dan potensi kemenangan kesemua calon yanh mewakili parti masing-masing. 
11. Pengkalan Kubor adalah kawasan Melayu. BN mempunyai peluang kemenangan dalam PRK ini. Calon BN Mat Razi adalah anak tempatan yang popular di kawasan tersebut. Berbanding calon PAS pula pada kali ini ianya bukan seorang ulama sebaliknya seorang ahli perniagaan. Langkah PAS ini seperti mengiyakan bahawa PAS dikuasai naga erdorgon. Secara semuka "one to one" BN menang. 
12. Pun begitu, kita jangan lupa dengan pengacau dalam PRK ini iaitu calon BEBAS. Undi calon BEBAS boleh mengganggu mata calon BN dan PAS pada kali ini. 
13. Menurut sumber dalaman, calon Bebas ditaja oleh PAS bagi memecah undi BN. Siapa yang akan mengundi Bebas? Mereka adalah golongan atas pagar yang tampak keadaan cuaca politik yang saya nyatakan tadi. 
14. Jangan pandang rendah pada Calon Bebas. Di Kelantan "unpredictable state" pernah membuktikan Calon Bebas memenangi kerusi Parlimen. Politik "orang pantai" tidak sama dengan "politik orang darat" seperti kita semua. 
15. Kelesapan PKR dan DAP dalam penamaan calon semalam membuktikan laluan yang diberikan pada PAS adalah petanda begatif hubungan baik antara mereka. Ini adalah kelebihan kepada BN di waktu jeda masa Pakatan sedang berpecah akibat isu politik Selangor. 
16. Menurut fakta dari sembang kedai kopi, rakyat Kelantan kurang berpuas hati dengan prestasi YAB MB Ahmad Yaakub yang kelihatan "lembab" dan "malas" jika ingin dibandingkan dengan TGNA. 
17. Prestasi Ahmad Yaakub juga akan dihukum oleh pengundi Pengkalan Kubor. Yang menjadi kerisauan BN adalah pengundi luar jika pulang mengundi yang pasti menolak BN. 
18. Apa pun, saya menasihatkan agar strategi BN perlu sederhana, UMNO tidak perlu bergerak seperti raksasa di Pengkalan Kubor. Elakkan jurukempen import dari luar Kelantan. Jangan pamerkan kereta mewah ketika kempen berlangsung dan akhir sekali jangan bias dalam memberi liputan media di Pengkalan Kubor. 
19. Resmi orang Kelantan tidak suka negeri dipertangankan oleh kuasa luar. Serahkan kepada Tok Pa saja untuk mengepali kempen kali ini bagi pertahan kerusi BN di Pengkalan Kubor.
SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA DUN PENGKALAN KUBOR ADALAH 'KAWASAN BN'.

 

Berikut adalah 'Gelombang Merah' pada hari penamaan calon semalam (13 September 2014). 

Ketara disini, dari sudut sokongan, calon BN punyai harapan cerah untuk menang.




Berbeza dengan PAS yang 'keseorangan' tanpa mendapat sokongan oleh rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PKR & DAP).

Embedded image permalink

Tak perlu ulas panjang, sekarang saya nak tanya....
YANG MANA SATU PILIHAN KALBU?
JAWAPANNYA MUDAH..
PILIH CALON BN!!
Embedded image permalink

#PRKPengkalanKubor: KEMPEN RUMAH KE RUMAH MULA DIGERAKKAN, PAS MULA CUAK!!


UMNO Terengganu mengerakkan jenteranya untuk berkempen dari rumah ke rumah dalam usaha mendekati pengundi supaya terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sempena PRK Dun Pengkalan Kubor yang akan diadakan pada 25 September 2014 akan datang.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jenteranya seramai 100 orang akan memberi komitmen tinggi berkempen dari rumah ke rumah yang sudah dikenalpasti untuk membantu kemenangan calon BN nanti.

Menurutnya, jentera ditugaskan untuk membantu PDM Tujoh selaku anak angkat UMNO Terengganu pada PRK DUN Pengkalan Kubor.

"Kita sudah ada pengalaman mengekalkan kemenangan BN pada PRK Dun Kuala Besut tahun lepas,

"Kita akan menggunakan kaedah dan pengalaman itu untuk menentukan kita tidak melakukan kesilapan dan berjaya mengekalkan kemenangan BN dengan majoriti bertambah pada PRK Dun Pengkalan Kubor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu jentera Umno Terengganu di PDM Tujoh malam tadi.


#PRKPengkalanKubor: FAKTOR PENTING YANG PERLU ANDA SEMUA TAHU!!


Pada 29 Ogos 2014 lepas , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan pada 13 September 2014 semalam) dan 25 September 2014 pula sebagai tarikh me­ngundi.

Pertandingan 3 penjuru..

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan Bebas. 
Calon yang bertanding adalah dari Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; dari PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim; dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. 
Pengumuman rasmi pencalonan bagi PRK Pengkalan Kubor itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli di pusat penamaan calon di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya
Namun begitu, cuma 2 Calon yang menjadi perhatian... Calon BN VS Calon PAS 

ANALISIS:


Melihat kepada majoriti yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Bin Omar dalam PRU13 yang lalu iaitu sebanyak 1736 undi bagaikan sukar dikejar oleh PKR. 
Mengikut trend semasa kawasan pengundi Melayu, majoriti mendekati 2000 undi adalah sukar di kejar kerana amat jarang pengundi Melayu tradisional mengubah pegangannya. 
Bagi undi biasa, terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dun Pengkalan Kubor. BN menguasai 7 PDM manakala PKR hanya menguasai 5 PDM. 
BN menguasai PDM Pengkalan Kubor, Simpangan, Tujoh, Bunohan, Jubakar Darat, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Telok Jering. Manakala PKR pula menguasai PDM Pengkalan Kubor, Kampung Tebing, Kampung Geting, Telaga Bata dan Kedai Geting.  
Dari segi penguasaan saluran pengundi pula, BN menguasai 21 saluran undi biasa dan PKR juga menguasai 21 saluran pengundi dan menariknya BN dan PKR seri dengan memperolehi jumlah undi yang sama di saluran 4 bagi PDM Tujoh. 
Secara tradisinya BN menang besar bagi undi pos dengan majoriti 47 undi dan undi awal dengan majoriti 87 undi. Keduanya bolehlah dikatakan sebagai simpanan kekal bagi BN dalam mana-mana pertempuran pilihanraya samada umum mahupun kecil. 
Dari analisis ringkas, 
BN hampir pasti akan mengekalkan undi mereka di 6 PDM utama mereka berdasarkan keputusan pilihanraya 2013 yang lalu. 
BN menang di Pengkalan Kubor dengan majoriti 474 undi (Bebas : 5 , BN: 1051 , PKR: 577 ), PDM Simpangan dengan majoriti 516 undi (Bebas : 3 , BN: 837 , PKR: 321 ), PDM Bunohan dengan majoriti 419 undi (Bebas : 6 , BN: 805 , PKR: 386 ), PDM Jubakar Darat dengan majoriti 699 undi (Bebas : 3 , BN: 782 , PKR: 83 ), PDM Kampung Bendang Pak Yong dengan majoriti 241 undi (Bebas : 6 , BN: 1191 , PKR: 950 ) dan PDM Kampung Telok Jering dengan majoriti (Bebas : 2 , BN: 460 , PKR: 123 ). 
Bagi PKR pula, mereka hanya selamat pada dua PDM jika pola pengundian dan kecenderungan pengundi tidak berubah dengan ketara. Kekuatan utama mereka pada PDM Kampung Geting yang dimenangi dengan majoriti 524 undi (Bebas : 8 , BN: 1016 , PKR: 1540 ) dan disusuli dengan PDM Kedai Geting yang dimenangi PKR dengan majoriti 222 undi (Bebas : 1 , BN: 520 , PKR: 742). 
Berdasarkan analisis keputusan pilihanraya yang lepas juga, persaingan sengit akan berlaku di 4 lagi PDM yang 3 daripadanya dimenangi PKR dan satunya dimenangi oleh BN. Oleh kerana dimenangi dengan majoriti yang tipis oleh kedua-dua parti bertanding, maka bolehlah dikatakan PDM ini akan mengalami persaingan sengit. 
Antara PDM yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti yang rendah ialah PDM Kampung Ketil dengan majoriti 110 undi (Bebas : 10 , BN: 1005 , PKR: 1115), 
PDM Kampung Tebing dengan majoriti 165 undi (Bebas : 4 , BN: 503 , PKR: 668) dan PDM Telaga Bata dengan majoriti 67 undi (Bebas : 7 , BN: 680 , PKR: 747). Manakala satu-satunya PDM yang dimenangi BN dengan majoriti yang sangat rendah adalah PDM Tujoh. BN hanya memenanginya dengan majoriti 4 undi sahaja (Bebas : 10 , BN: 1133 , PKR: 1129). 
Sifir mudah bagi BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini hanya satu, iaitu mengekalkan undi yang diperolehi dengan sebaiknya tanpa mengharapkan perpindahan undi dari PKR. Majoriti BN sudah terlalu selesa bagi kawasan Melayu seperti Pengkalan Kubor. 
Bagi PKR dan Pakatan Rakyat terdapat beberapa kemungkinan yang mesti diusahakan jika ingin memenangi pilihanraya kecil ini hatta dengan 1 undi. 
1. Mengekalkan semua undi yang diperolehi dalam pilihanraya yang lalu.
2. Meningkatkan jumlah undi Majoriti dalam PDM sengit seperti Kampung Ketil, Kampung Tebing, Tujoh dan Telaga Bata.
3. Memberikan saingan untuk pertambahan undi bagi PDM Kampung Bendang Pak Yong dan PDM Kampung Telok Jering.
4. Perlu merampas PDM Tujoh.
5. Secara Matematiknya Pakatan Rakyat memerlukan 8.55% pengundi BN (kira-kira 870 undi) untuk memenangi PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti kecil. 
Sejak Dun Pengkalan Kubor diperkenalkan sebagai salah satu kawasan pilihanraya negeri sejak 1995, ia hanya sekali dimenangi oleh Parti Politik selain UMNO, iaitu pada pilihanraya umum yang ke 10 pada 1999. 
PAS memenangi kerusi tersebut dengan calonnya Wan Hussain Wan Ahmad yang mendapat undi sebanyak 7115 menewaskan calon BN pada ketika itu Mat Nawawi Bin Mat Jusoh yang mendapat undi sebanyak 4684 undi. Majoriti yang diperolehi adalah sebanya 2432 undi. 
Tidak mustahil jika berlaku tolak ansur di kalangan Parti Pakatan Rakyat dengan memberikan kerusi tersebut kepada PAS semula dengan dibantu pula semangat dan kekuatan ahli Parlimen Tumpat (YB Kamaruddin Jaafar) berserta 3 lagi dun di dalam parlimen tersebut yang juga dimenangi oleh PAS, sesuatu kemungkinan yang baik boleh dipersembahkan. 
Semangat kemenangan dalam Dun Kelaboran (YB Mohd Zaki Ibrahim), Dun Pasir Pekan (YAB Dato Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan) dan Dun Wakaf Bharu (YB Che Abdullah Mat Nawi) boleh diterjemahkan pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor. 
Keputusan Pilihanraya kali ini penting dalam menterjemahkan mood rakyat tempatan terhadap tahun pertama prestasi kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar baharu bagi negeri Kelantan YAB Dato Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Di samping ia juga sebagai suara kecil rakyat terhadap isu di Selangor dan lain-lain isu yang bersifat nasional.

Penganalisis Politik Desa
MY CHOICE...

 

MY SLIDESHARE UPLOAD