Thursday, September 19, 2013

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA: KADAR KEMISKINAN 'KITA' ADALAH PALING RENDAH!! @NajibRazak #MEB #Teraju


Seperti anda sedia maklum, pada Sabtu lalu saya telah melancarkan inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Inisiatif ini menyediakan pelbagai strategi untuk dimanfaatkan, agar daya saing anda sebagai Bumiputera dalam sektor ekonomi dapat terus dipertingkatkan.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan dari dahulu lagi, iaitu sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, bagi menperkukuhkan kedudukan ekonomi kaum Bumiputera.

Hasil dari usaha-usaha ini, pendapatan purata isirumah Bumiputera telah meningkat dari RM172 sebulan pada tahun 1970an kepada hampir RM4,500 sebulan pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan sebanyak 2,500%!

Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera kini pada paras rendah iaitu 2% berbanding 65% dalam tahun 1970an.

Walaubagaimanapun, jurang ketaksamaan pendapatan antara kaum masih wujud di negara ini, dan kerajaan menyedari hakikat ini.

Misalnya, bagi setiap RM1 pendapatan yang dibawa pulang seorang Bumiputera, seorang rakyat berbangsa Cina membawa pulang RM1.43.

Mereka berupaya memperoleh pendapatan yang lebih tinggi kerana mempunyai daya saing yang tinggi, terutamanya dalam sektor ekonomi.

Justeru, pemerkasaan ekonomi Bumiputera, tidak kira di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak adalah perlu agar kepentingan ekonomi dapat dinikmati semua, tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Saya menyeru agar anda, sebagai seorang Bumiputera di Malaysia, merebut peluang yang telah disediakan melalui inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini demi pengukuhan taraf ekonomi anda dan negara.

Baca dan kongsi infografik strategi Pemerkasaan Ekonomi yang boleh didapati di laman Facebook saya dan layari www.teraju.gov.my untuk mengikuti perkembangan terkini tentang inisiatif-inisiatif kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi Bumiputera.


Untuk teks ucapan - SINI

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive