Showing posts with label anwar dalang. Show all posts
Showing posts with label anwar dalang. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

#LahadDatu: CHECK-MATE!! KRONOLOGI LENGKAP YANG BUKTIKAN ANWAR ADALAH DALANG!!


Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh blog My Massa dimana menceritakan kronologi lengkap yang melibatkan Anwar Ibrahim ialah 'Mastermind' pencerobohan di Sabah. Jelas menunjukkan bahawa motif utama beliau hanyalah mahu menjatuhkan imej kerajaan semata-mata.

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.
  •  Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.
16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu:
  • Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.
28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.
  • Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.
  • Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"
1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!
  • Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!
4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.
  • Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!
10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.
  • Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!
11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).
*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.


SUMBER Dari MyMassa

Saturday, March 9, 2013

GEMPAR!! Misuari Diupah Anwar Jadi Cybertrooper?


Agak memelikkan dengan link yang telah dikongsikan di page facebook Misuari ini. Yang menjadi peliknya adalah beliau 'mempromosikan' link yang berkaitan bapa Saiful Bukhari iaitu tentang kes liwat Anwar Ibrahim.

Kenapa sebelum ini beliau hanyalah menggunakan fb beliau sebagai platform untuk menyuarakan 'hak' MNLF dan politik Filipina, tetapi kenapa kini kes liwat yang dipromosikan? Hal ini berkaitan dengan ANWAR IBRAHIM dan PAKATAN RAKYAT.

Mengikut analisis saya, kemungkinan besar Misuari digunakan Anwar untuk mengalihkan isu 'Dalang' yang sedang hangat dikatakan ini. Berapa upah yang dia dapat? Baiklah, kita akan siasat selepas ini. Tunggu dan lihat.

Wednesday, March 6, 2013

#PrayForSabah : Siapa Dalang? [BUKTI VIDEO]


Anwar dalang serangan di Sabah? Tipu la. Takkan kot. Itu adalah dialogyang akan kita dengar bagi penyokong pembangkang. Walaupun banyak bukti statut telah didedahkan, contohnya pengakuan dari Reuters dan Manila Times dalam artikel berita beliau, tapi masih lagi yang tidak percaya bahawa Anwar itu dalang. Saya percaya ramai yang masih tidak kenal siapa itu Anwar. Disini, sumber telah emailkan kepada saya bukti yang mungkin dapat direlatekan dengan Anwar.

KENYATAAN YANG DINAFIKAN ANWAR:


VIDEO DARI KAKI RAYAU KB:


INI PULA KENYATAAN DARI SUMBER:
Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia.

Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing tersebut. 
Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, ‘menutup’ isu tersebut dari diperbincangkan. Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi ‘dalang’ krisis di Sabah, sebagai ‘tuduhan liar dan tidak berasas’. Kata beliau, “Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.” Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional.

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar. 
Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters dan Manila Times sebagai penipu. Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional. 
Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong kerana melaporkan berita palsu. Tidak salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan penerima rasuah. 
Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan asal tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan tersebut. 
Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk menyaman Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis di Sabah. Malah, sikap Anwar yang bagaikan cacing kepanasan bila ditanya perkara ini juga menguatkan lagi syak wasangka ramai. 
Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala Manila Times pula adalah media Filipina. Tidak ada sebab bagi agensi antarabangsa yang selalunya ‘mesra’ Anwar melaporkan sesuatu yang mampu meletakkan Anwar dalam situasi sukar. Dan apa ke jadahnya, Barisan Nasional perlu membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar sedangkan nama
Anwar sudah sedia berpalit najis? Apakah untungnya bagi Barisan Nasional untuk ‘mencari nahas’ dalam krisis Sabah di saat PRU semakin hampir? Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat mencipta isu memburukkan kerajaan BN. 
Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan pertumpahan darah rakyat Sabah sebagai menebus kegagalan menumpahkan darah rakyat Semenanjung ala Dataran Tahrir. Dan Anwar jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan asing seperti yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal menjemput Amerika dan Australia berbuat demikian. 
Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar di belakang semua ini. Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi Anwar untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu! Atau sebaliknya, Reuters and Manila Times wajib menyaman Wan Azizah kerana menuduh mereka sebagai penipu… 
Berdasarkan video di atas. Kita sendiri dapat saksikan bertapa gembiranya Anwar Ibrahim menyanyikan lagu tersebut. Malah mengajak pengunjung turut menyanyikan lagu itu bersama dia. Beliau seolah-olah meraikan kehilangan Sabah di dalam Malaysia bersama pengunjung di situ. 
Tambahan pula video di atas dirakam pada 2 Disember 2012. Beliau seolah-olah dapat tahu apa yang bakal terjadi kepada Sabah. Adakah beliau dalang antara semua ini?? Mari sama-sama kita nantikan siasatan yang dijalankan. 
Al-Fatihah buat pewira kita yang gugur di medan perang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Illahi. 
SUMBER: Beruang Biru

MY SLIDESHARE UPLOAD