Wednesday, March 6, 2013

#PrayForSabah : Siapa Dalang? [BUKTI VIDEO]


Anwar dalang serangan di Sabah? Tipu la. Takkan kot. Itu adalah dialogyang akan kita dengar bagi penyokong pembangkang. Walaupun banyak bukti statut telah didedahkan, contohnya pengakuan dari Reuters dan Manila Times dalam artikel berita beliau, tapi masih lagi yang tidak percaya bahawa Anwar itu dalang. Saya percaya ramai yang masih tidak kenal siapa itu Anwar. Disini, sumber telah emailkan kepada saya bukti yang mungkin dapat direlatekan dengan Anwar.

KENYATAAN YANG DINAFIKAN ANWAR:


VIDEO DARI KAKI RAYAU KB:


INI PULA KENYATAAN DARI SUMBER:
Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia.

Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing tersebut. 
Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, ‘menutup’ isu tersebut dari diperbincangkan. Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi ‘dalang’ krisis di Sabah, sebagai ‘tuduhan liar dan tidak berasas’. Kata beliau, “Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.” Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional.

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar. 
Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters dan Manila Times sebagai penipu. Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional. 
Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong kerana melaporkan berita palsu. Tidak salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan penerima rasuah. 
Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan asal tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan tersebut. 
Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk menyaman Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis di Sabah. Malah, sikap Anwar yang bagaikan cacing kepanasan bila ditanya perkara ini juga menguatkan lagi syak wasangka ramai. 
Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala Manila Times pula adalah media Filipina. Tidak ada sebab bagi agensi antarabangsa yang selalunya ‘mesra’ Anwar melaporkan sesuatu yang mampu meletakkan Anwar dalam situasi sukar. Dan apa ke jadahnya, Barisan Nasional perlu membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar sedangkan nama
Anwar sudah sedia berpalit najis? Apakah untungnya bagi Barisan Nasional untuk ‘mencari nahas’ dalam krisis Sabah di saat PRU semakin hampir? Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat mencipta isu memburukkan kerajaan BN. 
Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan pertumpahan darah rakyat Sabah sebagai menebus kegagalan menumpahkan darah rakyat Semenanjung ala Dataran Tahrir. Dan Anwar jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan asing seperti yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal menjemput Amerika dan Australia berbuat demikian. 
Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar di belakang semua ini. Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi Anwar untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu! Atau sebaliknya, Reuters and Manila Times wajib menyaman Wan Azizah kerana menuduh mereka sebagai penipu… 
Berdasarkan video di atas. Kita sendiri dapat saksikan bertapa gembiranya Anwar Ibrahim menyanyikan lagu tersebut. Malah mengajak pengunjung turut menyanyikan lagu itu bersama dia. Beliau seolah-olah meraikan kehilangan Sabah di dalam Malaysia bersama pengunjung di situ. 
Tambahan pula video di atas dirakam pada 2 Disember 2012. Beliau seolah-olah dapat tahu apa yang bakal terjadi kepada Sabah. Adakah beliau dalang antara semua ini?? Mari sama-sama kita nantikan siasatan yang dijalankan. 
Al-Fatihah buat pewira kita yang gugur di medan perang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Illahi. 
SUMBER: Beruang Biru

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive