Ini adalah satu sebab besar mengapa kita harus TOLAK PR. Sememangnya mereka mengamalkan dasar 'CHAOS' dalam perjuangan mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu huru-hara. Kita mahukan kesejahteraan dan kestabilan.
JANGAN UNDI PR!!!!
Beberapa orang aktivis Mesir memakai baju Otpor ketika revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak. Otpor dimulakan oleh George Soros di Serbia. Otpor yang berpangkalan di Switzerland menjadi satu pusat latihan aktivis untuk membuat "color revolution" di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk menukarkan sesuatu pemerintahan melalui konflik, memanipulasi harga minyak dan mendesak institusi kewangan Islam memohon bantuan kewangan antarabangsa (baca sini).
Bagi menjayakan "color revolution", dua institusi yang sering menyumbang dana untuk menjayakan agenda besar Rothschilds ini adalah Open Society Institute dan NED. Menurut Thierry Meyssan (Presiden Voltaire Network) dalam artikel bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference" pada 7 Oktober 2008.
Dalam majlis ulang tahun ke-20, National Endowment for Democracy telah mendedahkan ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia. [Selanjutnya]