Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

Friday, July 11, 2014

JAKIM LANCARKAN APLIKASI ANDROID RASMI. NO MORE MUSYKIL2. JOM DOWNLOAD!!

Aplikasi rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

MyJakim menyediakan satu maklumat yang tepat kerana aplikasi ini disahkan dan dimiliki oleh Jabatan Islam Pembangunan Malaysia (JAKIM) sepenuhnya.

Ia merupakan salah satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Pemodenan, Pentadbiran & Pengurusan Perancangan) bagi mempertingkatkan servis perkhidmatan kerajaan di dalam sektor mudah alih.

Muat turun di sini
Google Playstore 
Hadir dengan pelbagai informasi berguna kepada pengguna, termasuk menyediakan akses ke halaman fatwa, dan juga soal-jawab berkaitan dengan kemusykilan agama.


Pihak Jakim turut menekankan yang mana segala informasi pada aplikasi ini telah disahkan oleh pihak mereka.

Beberapa fungsi lain yang turut ditawarkan adalah sokongan paparan waktu solat, koleksi doa-harian, dan juga Surah Yassin dan Tahlil untuk digunakan oleh anda. - KEDAH NEWS

Wednesday, June 18, 2014

PEGAWAI JAKIM DIMINTA UPLOAD VIDEO MAKAN #Cadburry??


Nampaknya, status HALAL coklat Cadburry masih lagi tidak dapat meyakinkan peminat coklat tersebut walaupun telah DISAHKAN HALAL oleh JAKIM.

Oleh itu, untuk lebih meyakinkan pembeli, pegawai-pegawai JAKIM disarankan untuk memuatnaik video mereka sedang memakan coklat Cadbury, sekaligus membuktikan bahawa coklat tersebut BEBAS 'BABI' dan DIYAKINI HALAL (persepsi media sosial)

560 RAKAN FACEBOOK INGIN MELIHAT PEGAWAI JAKIM MAKAN CADBURY 
 
Berikut status saya muatnaik di akaun facebook. 
 
560 pemilik akaun laman sosial menyatakan keinginan mereka untuk melihat gambar atau rakaman video pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, memakan produk Cadbury disahkan halal.
Sebelum ini, Pengarah Kanan Halal Hub JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata, sangggup memakan cokelat Cadbury sekiranya diminta berbuat demikian.

Alhamdulillah.
Jika kerana berstatus penjawat awam, pegawai JAKIM dilarang untuk menunjukkan bukti tanpa keraguan, siapakah lagi akan melaksanakan tugas itu secara sukarela? Ahli keluarga pegawai JAKIM? Rakan karib mereka?

 
Demonstrasi itu akan menghantar isyarat LEBIH jelas kepada rakyat Malaysia, JAKIM sendiri tidak berasa was-was untuk menelan produk, sebelum ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dicemari DNA babi.

P/S: PASAL COKLAT KECOH 1 DUNIA.. TAPI MASA KUAR DATING, PEGANG2 TANGAN BAGAITAK TANYA PUN HALAL HARAM. 

Saturday, December 14, 2013

#Syiah: PESANAN IKHLAS BUAT MAT SABU!!

Berkait dengan entri saya sebelum ini, sila rujuk [SINI] dan [SINI].


Nampaknya JAKIM telah keluarkan kenyataan mengenai isu Syiah yang semakin berleluasa dan ibarat dah tak lut dengan undang-undang. Dalam kenyataan itu, penerangan terperinci mengenai ajaran Syiah juga didedahkan.

Baca kenyataan JAKIM dibawah:

Semua Ajaran Syiah Di Malaysia Adalah Menyeleweng Daripada Hukum Syarak

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

“Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.

* Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.

* Tidak ada Solat Jumaat.

* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.

* Menghalalkan nikah Muta’ah.

* Menolak Ijmak Ulama.

* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.

* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.


Dengan memberi contoh nikah Muta’ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah S.A.W dan Ijmak Ulama.

Katanya nikah Muta’ah telah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

“Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam,” katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

“Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

“Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.

“Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta’ah…boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama,” katanya.

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.

“Ini angka kita (JAKIM) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya…saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.

“Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata ‘tidak boleh’ ubah angka ini, kekal…jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah,” katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia.

“Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan.

“Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang,” katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.

Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai ‘barah’ di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

“Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani…macam barah,” katanya.

Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

“Kita telah membuat jerayawara…bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan.

“Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian,” katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.

Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa,” katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.

Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.

“Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

“Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri,” katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.

“Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

“Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani,” katanya.

SUMBER: SUARA.TV

MY SLIDESHARE UPLOAD