FYI, Program ini adalah untuk menyatu dan mengeratkan muhabalah sesama Islam selain memuji Rasulullah S.A.W (Selawat), ianya sama sekali tidak sama seperti ceramah Ustaz Azhar Idrus seperti yang diadakan di Stadium Darul Naim sewaktu PRU-13 tempoh hari & tiada surat untuk dipaksa hadir.
Anasir mana yang cuba mensabotaj program ini?
Sumber sahabat bloggers (rujuk SINI & SINI) mengatakan bahawa PAS Kedah cuba mensabotaj program ini dengan menukar 'template' banners yang digunakan. Hurm, bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak patut dibuat oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan dasar ISLAM.
Banner yang disabotaj..
banner sebenar..
Selain itu, ianya cuba dipolitikkan kerana mereka menganggap program ini adalah untuk 'Mileage' politik Kerajaan BN yang menerajui negeri Kedah sekarang. Tak sangka begitu sempit otak saf kepimpinan PAS Kedah kerana tidak dapat membezakan Program Keagamaan & Program Politik.
Daripada nama pun kita sudah dapat tahu apa motif, visi & misi program ini. Syukur Alhamdulillah kerana ideologi penduduk Kedah tidak sesempit seperti saf kepimpinan bekas pemerintah negeri mereka itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut hadir untuk berselawat bersama-sama rakyat dan seterusnya merasmikan program keagamaan ini. Gambar dibawah:
Sumber gambar dari blog KEDAH KE KL:
Dato Seri MB sendiri turun berarak
Alhamdullilah
berjalan lancar
walaupun cuba disabotaj..namun Allah tak mengizinkan kerja jahat pada kerja baik
Perasmian Mahabbatul Rasul.. oleh Dato Seri MB Kedah
Program seperti ini patut diadakan lebih banyak dan kerap lagi di negeri-negeri lain supaya dapat menyatukan semula islam/melayu di Malaysia yang semakin berpecah ini dek rancangan jahat DAP. Ini adalah supaya negara kita sentiasa dipenuhi barakah dan dapat menajamkan lagi dasar Islam di Malaysia.
Peringatan kepada PAS Kedah: Kalau program yang baik, walau disabotaj macam mana pun ianya tetap tidak akan berjaya kerana Allah Maha Mengetahui. Ikhlas dari saya, "Semoga Kedah diberkati".