Showing posts with label mukhriz mahathir. Show all posts
Showing posts with label mukhriz mahathir. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

#KrisisMBKedah: ADAKAH @MukhrizMahathir MAMPU 'LAWAN' @ahmadbashahBB UNTUK KEKAL SEBAGAI MB?


"Setelah politik UMNO berantakan di selatan tanahair, fokus masyarakat Melayu UMNO kini tertumpu kepada negeri Kedah. DS Mukhriz menerima tempelak apabila lebih daripada 50 orang pemimpin yang terdiri daripada ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berkumpul dan sebulat suara mahukan beliau berundur daripada jawatan tersebut."

Mengapa?


Perkara ini bukanlah satu lagi rahsia kepada umum. Sebelum Datuk Bashah mengangkat senjata untuk berperang dengan Menteri Besar, ramai telah mempersoalkan kedudukan DS Mukhriz.

Kerana beliau adalah anak kepada Tun Dr. Mahathir yang memulakan persengketaan dengan DS Najib.

Ramai berpendapat sedemikian. DS Mukhriz perlu berundur kerana ayah beliau telah berperang dengan DS Najib dan sebagai gerak balas, DS Najib memulakan pergerakan untuk menyingkir DS Mukhriz dari tampuk kepimpinan Kedah menggunakan pengaruh beliau terhadap Dato Bashah.

Ini anggapan umum dan anggapan ini SALAH.

Punca pokok kepada permasalahan ini bermula seawal PRU 13 lagi apabila individu yang memperjuangkan UMNO sejak kejatuhan parti ini di Kedah pada PRU 12 adalah Dato Bashah. Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menangkis dan membongkar salah laku Kerajaan PAS di Kedah. Beliau juga telah menggerakkan jentera UMNO untuk menyebarluas manfaat sekiranya UMNO dipilih rakyat untuk penggal yang akan datang.

Beliau berjaya.

Namun, nikmat hasil kejayaan ini seolah-olah telah dirampas apabila Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta kepada DS Najib untuk mencadangkan DS Mukhriz kepada Istana Kedah untuk diangkat sebagai Menteri Besar.

Permintaan tersebut telah dipenuhi oleh DS Najib.

Aura dan populariti DS Mukhriz telah mengatasi usaha dan penat lelah Dato Bashah. Namun, atas dasar hormat kepada institusi parti, Dato Bashah menerima dengan hati terbuka dan merelakan DS Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar.

Setelah berbulan, didapati DS Mukhriz bukanlah seorang ahli politik yang baik. Beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan di Kuala Lumpur. Jarang-jarang sekali berada di negeri beliau melainkan ada urusan rasmi. Perkara ini turut didorong oleh isteri beliau yang juga tidak berminat untuk bercampur masyarakat dan memilih gaya hidup eksklusif dan tersendiri.

Perlu diingatkan, DS Mukhriz merupakan anak kepada individu paling berkuasa di Malaysia selama 22 tahun. Dan selama itu jugalah beliau tidak pernah menjadi seorang ahli politik. Beliau telah menikmati hidup sebagai seorang bangsawan dan tidak pernah mendampingi kesusahan rakyat ketika itu. Oleh kerana itulah, beliau tampak kekok apabila bersama rakyat dan tidak biasa dengan perkara-perkara yang bagi beliau adalah remeh.

DS Mukhriz juga terkenal dengan sikap beliau yang tidak mengamalkan pemberian wang kepada pengikutnya. Segalanya perlukan kertas kerja dan beliau sendiri akan memeriksa permohonan kewangan tersebut dengan sangat teliti. Ini adalah kerana penglibatan beliau bekerja di syarikat seperti Opcom Holding, Kosmo Tech dan lain-lain syarikat bertaraf antarabangsa

Memang tidak dinafikan bahawa ini adalah satu perkara yang bagus dan perlu dicontohi oleh pemimpin lain.

Namun, sikap beliau ini telah terbawa-bawa apabila untuk meluluskan peruntukan untuk kemudahan rakyat Kedah. DS Mukhriz jarang-jarang sekali meluluskan peruntukan kerana beliau sendiri mahu memeriksa kertas kerja tersebut. Pada hemat beliau sebagai seorang yang sudah lama hidup senang dan latar belakang sebagai pengarah syarikat, beliau tidak mempunyai satu naluri atau pemikiran bahawa permohonan tersebut adalah benar-benar untuk membantu rakyat.

Banyak permohonan peruntukan infrastruktur, program, bantuan dan lain-lain tidak diluluskan atau lambat diluluskan kerana gaya pemikiran beliau yang tidak sealiran dengan gaya pemikiran di peringkat akar-umbi.

Kelemahan DS Mukhriz ini tidak diketahui ramai kerana pasukan media beliau menjalankan tugas dengan sangat baik. Kelemahan beliau ini ditutup dengan gambar-gambar, berita-berita dan pelbagai lagi aktiviti DS Mukhriz yang bersama rakyat. Gambaran propaganda yang dimainkan oleh pasukan media beliau telah mengakibatkan DS Mukhriz disanjungi oleh rakyat di luar negeri Kedah.

Ini adalah kehebatan media sosial. Boleh menukarkan hitam kepada putih dan sebaliknya.

Yang menanggung derita adalah rakyat negeri Kedah yang selama ini tidak menerima apa-apa kemajuan yang bersasar ataupun bantuan daripada kerajaan negeri. Pemimpin masyarakat di peringkat bahagian terpaksa menutup kelemahan ini dengan bekerja lebih kuat lagi untuk meyakinkan rakyat akan kepimpinan DS Mukhriz.

Sekiranya DS Mukhriz terus kekal sebagai MB Kedah, rakyat Kedah akan terus menderita tanpa pembangunan yang kena kepada kehendak mereka dan juga bantuan.

Negeri membangun tetapi rakyat tersisih.


Ini telah mengakibatkan pemimpin tempatan yang membawa suara akar umbi untuk bangkit dan menyuarakan kekecewaan mereka. Dato Bashah telah diangkat untuk membawa suara ini untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Kebangkitan ini adalah perlu untuk menukar gaya pentadbiran negeri. Dato Ahmad Bashah telah menggerakkan seramai 13 orang Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Kedah untuk berkumpul di Hotel Grand Alora di Kedah untuk membuat sidang media menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Hanya 8 sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak turut serta di dalam sidang media tersebut.

Adakah jumlah ini memadai untuk menurunkan DS Mukhriz?


Sudah tentu tidak, tetapi jumlah ini sudah cukup signifikan apabila lebih daripada separuh ADUN BN tidak bersama dengan DS Mukhriz. Walaubagaimana pun, untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah memerlukan sokongan 2/3 Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun dengan kuasa Sultan sendiri.

Walau apapun, kembali kepada persoalan pokok, siapa layak untuk menggantikan DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah bukanlah satu tugas yang mudah dan popular kepada negara. Yang mestinya, DS Mukhriz tidak mampu untuk berkhidmat di negeri. Kemahiran seperti beliau perlu dimanfaatkan di peringkat persekutuan.

Sebagai menteri mungkin.

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

SUMBER  - TRUTH VACCINE

Sunday, February 9, 2014

#KedahBerselawat: ALLAH MAHA KUASA! SAMBUTAN LUAR BIASA WALAUPUN DISABOTAJ ANASIR JAHAT! #MahabbatulRasul


Alhamdulillah, saya begitu tidak sangka sambutan terhadap Program Mahabbatul Rosul (Kedah Berselawat) amat luar biasa walaupun ada anasir yang cuba mensabotaj program keagamaan ini. Tahniah saya ucapkan kepada hampir 40,000 orang yang membanjiri Stadium Darul Aman, semalam. Meremang bulu roma saya tengok gambar diatas.

FYI, Program ini adalah untuk menyatu dan mengeratkan muhabalah sesama Islam selain memuji Rasulullah S.A.W (Selawat), ianya sama sekali tidak sama seperti ceramah Ustaz Azhar Idrus seperti yang diadakan di Stadium Darul Naim sewaktu PRU-13 tempoh hari & tiada surat untuk dipaksa hadir.

Anasir mana yang cuba mensabotaj program ini?

Sumber sahabat bloggers (rujuk SINI & SINI) mengatakan bahawa PAS Kedah cuba mensabotaj program ini dengan menukar 'template' banners yang digunakan. Hurm, bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak patut dibuat oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan dasar ISLAM

Banner yang disabotaj..

banner sebenar..

Selain itu, ianya cuba dipolitikkan kerana mereka menganggap program ini adalah untuk 'Mileage' politik Kerajaan BN yang menerajui negeri Kedah sekarang. Tak sangka begitu sempit otak saf kepimpinan PAS Kedah kerana tidak dapat membezakan Program Keagamaan & Program Politik.

Daripada nama pun kita sudah dapat tahu apa motif, visi & misi program ini. Syukur Alhamdulillah kerana ideologi penduduk Kedah tidak sesempit seperti saf kepimpinan bekas pemerintah negeri mereka itu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut hadir untuk berselawat bersama-sama rakyat dan seterusnya merasmikan program keagamaan ini. Gambar dibawah:

Sumber gambar dari blog KEDAH KE KL:

Dato Seri MB sendiri turun berarak

Alhamdullilah

berjalan lancar

walaupun cuba disabotaj..namun Allah tak mengizinkan kerja jahat pada kerja baik

Perasmian Mahabbatul Rasul.. oleh Dato Seri MB Kedah

Program seperti ini patut diadakan lebih banyak dan kerap lagi di negeri-negeri lain supaya dapat menyatukan semula islam/melayu di Malaysia yang semakin berpecah ini dek rancangan jahat DAP. Ini adalah supaya negara kita sentiasa dipenuhi barakah dan dapat menajamkan lagi dasar Islam di Malaysia.

Peringatan kepada PAS Kedah: Kalau program yang baik, walau disabotaj macam mana pun ianya tetap tidak akan berjaya kerana Allah Maha Mengetahui. Ikhlas dari saya, "Semoga Kedah diberkati".

MY SLIDESHARE UPLOAD