Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

@tianchua LUAHKAN KEKECEWAAN TERHADAP @PDRMsia? TAK SEDAR KE DIRI TU PENGKHIANAT NEGARA!!!


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua meluahkan kekecewaan beliau terhadap tindakan pihak polis dan menuduh pasukan keselamatan itu sebagai berat sebelah dalam menangani kes melibatkan isu jenayah.

Tian Chua menuduh pihak polis tidak memandang serius berhubung kejadian tembak melibatkan aktivis mahupun masyarakat yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).


"Saya ingin mengatakan kekecewaan saya terhadap pihak polis apabila melibatkan orang awam atau aktivis-aktivis bukan kerajaan ia seolah-olah tidak di ambil serius. Tetapi apabila laporan polis dibuat oleh pihak yang menyebelahi kerajaan, siasatan akan diambil malah dakwaan di ambil secara cepat. Ini menunjukkan ada pilih kasihnya bila pihak polis menangani sesuatu kes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media bersama Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan di Restoran Media berhampiran Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.


Dalam masa sama Sanjeevan ketika menceritakan kronologi malang yang menimpa dirinya turut berharap agar pihak polis tidak lagi berdolak dalih ketika menjalankan siasatan.

"Saya ditembak 27 Julai tahun lalu dan berada dalam keadaan koma di hospital. Saya percaya ia kerana saya mendedahkan isu jenayah dan sindiket dadah yang didalangi seorang pegawai polis di Negeri Sembilan dan Melaka. Julai tahun lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berjanji untuk bekerjasama dengan MyWatch namun tiada sebarang tindakan di ambil.

"Dua hari lepas saya terima 3 butir peluru hidup 9mm di peti surat rumah saya di Bahau, saya bersyukur kerana tiada perkara malang berlaku, saya sudah membuat laporan polis dan berharap jangan berdolak dalih lagi.

"Jika kita lihat kejadian sebegini berlaku kepada angggota atau mereka yang menyebelahi BN atau kerajaan, tindakan segera di ambil. Kes tembak yang nyaris meragut nyawa saya tidak disiasat. Malah saya masih tak tahu siapa pegawai penyiasat dalam kes saya. Saya tidak tahu langsung perkembangan di dalam kes saya.

"Kalau nak bukti saya sudah beri bukti seorang pengedar dadah mengaku bahawa beliau mengedar dadah tetapi ia didalangi oleh seorang pegawai kanan polis di Negeri Sembilan, dia (pengedar dadah) mengaku dalam rakaman video yang disiarkan FMT tahun lalu," katanya.

Sementara Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula membuat kesimpulan bahawa pasukan polis tidak menjalankan tugas dengan pantas.

"Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Selepas 6 bulan ia masih dalam siasatan. Saya rasa kita boleh membuat kesimpulan bahawa polis menjalankan tugas dengan lembab sekali. Saya minta polis tidak beri alasan lagi dan buat tangkapan sekarang juga," katanya. - source

Friday, November 15, 2013

HEBAHAN!!! GAMBAR SUSPEK UNTUK SEBARAN... AYUH BANTU @PDRMsia!!! #CommunityPolicing



KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan fotofit dua suspek bagi membantu siasatan kes yang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini.

Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media memberitahu, salah seorang suspek terbabit dikenali sebagai Ika merupakan lelaki beperwatakan wanita.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 03-91452222 atau Pusat Kawalan IPD Cheras di talian 03-92840083 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran,” kata kenyataan itu hari ini.

Polis Kuala Lumpur turut meminta orang ramai menghubungi Pusat Kawalan IPD Cheras di talian 03-92840083 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat tentang seorang lagi suspek. -  SUMBER

Monday, March 25, 2013

#Polis206: TAHNIAH @PDRMsia SEPANJANG 206 TAHUN PERKHIDMATAN!! #OpsDaulat #LahadDatu #BukitKepong


BIAR DICERCA BIAR DIHINA,
BIAR JASA KAMI DILUPA,
BIAR MAKANAN SUDAH TIADA RASANYA,
BIAR BADAN HILANG TENAGA,
BIAR KELUARGA MENANGIS HIBA,
BIAR NYAWA TARUHANNYA,
KAMI TETAP SETIA,
KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA.


P/s: Tegak berdiri bulu roma baca potongan kata-kata semangat kat atas ni.

Hari Polis merupakan suatu 'hari keramat' bagi setiap anggota yang pernah menganggotai atau yang masih menganggotai pasukan keselamatan yang paling ulung di Malaysia ini, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan yang terkenal dengan dendangan lagu Sang Saka Biru ini masih lagi dihantui dan merasai bahang bumi Borneo disebabkan Operasi Daulat yang dilancarkan di Lahad Datu, Sabah dimana ianya telah mengorbankan hampir 10 orang 'hero negara'. Oleh itu, Sambutan Hari Polis ke-206 pada tahun ini akan diaadakan suatu acara perbarisan khas bagi menyambut hari keramat ini. Untuk pengetahuan, acara pada tahun ini akan diadakan dengan penuh gilang-gemilang dan turut akan diadakan suatu majlis khas bagi memperingati dan menghargai 'pahlawan negara' kita yang terkorban di Lahad Datu baru-baru ini. Al-Fatihah diucapkan kepada pejuang-pejuang negara kta yang telah gugur semasa pertempuran dengan 'Sultanate of Sulu Soldiers' di Semporna dan Lahad Datu. Segala artikel berkenaan LAHAD DATU STANDOFF boleh rujuk [SINI].

GAMBAR KENANGAN:



Acara akan dijalankan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan seperti berikut:


TARIKH: 25March 2013 (HARI INI)
MASA: 0730 HRS 
TEMPAT: Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


P/S: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Jangan risau, 'shuttle-bus' akan disediakan kepada hadirin yang hadir. 

Lokasi untuk anda mendapatkan khidmat 'Shuttle Bus' adalah seperti berikut:

1. Hadapan KL Central
2. Hadapan Menara Maybank
3. Hadapan Pavillion
4. Hadapan Central Market



Tahniah diucapkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia Sepanjang 206 Tahun Perkhidmatan!!!

LAGU-LAGU RASMI PDRM:



LAGU KERAMAT "SANG SAKA BIRU"



TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH

  POLIS SEDIA BERKHIDMAT

Monday, March 4, 2013

#PrayForSabah: UPDATE! MAKLUMAT LENGKAP ANGGOTA PDRM YANG TERBUNUH DI SEMPORNA!! #SempornaBackFire


Kat sini aku senaraikan maklumat lengkap Pegawai dan Anggota Pangkat Rendah (APR) PDRM yang telah terkorban semasa kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna (Ops Sulu) semalam:

Sumber dari blog KAKI RAYAU KB:
1) Supt.G/10768 Ibrahim Bin Lebar ( C/Khas Bukit Aman)- No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya ,Selangor. 
2) ASP G/15013 Micheal Padel (KCKD Semporna)- No.49 Kg Bidayuh ,Serian, Sarawak. 
3) Sjn/D.110204 Baharin Bin Hamit (C/Khas IPK Sabah)- No.516 Tingkat 1 Blok E Kelembong ,Tmn Nelly Fasa 5 Inanam , Kota Kinabalu ,Sabah. 
4) SJN.124082 Aziz Bin Sarikun (BN 14 PGA Tawau)-Taman Pelangi, Semporna , Sabah. 
5) KPL/S.12675 Salam Bin Togiran (Caw.Pengangkutan IPD Tawau) - TB136127 Lorong 8 ,Bandar Seri Indah, Bt 10 ,Jalan Apas ,Tawau,Sabah. 
6) L/KPL.160475 Mohd Azrul Bin Tukiran ( BN 14 PGA Tawau)- Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor.  

JADUAL PENERBANGAN: 

Jenazah Allahyarham Supt.G/10768 Ibrahim Bin Lebar dan L/Kpl.160475 Mohd Azrul Bin Tukiran akan diterbangkan dari Tawau pada 1330hrs dan AKAN dijangka tiba di Lapangan TUDM Subang pada 1800hrs.

#PrayForSabah; [VIDEO] : Sidang Media Rasmi KPN Tentang Perkembangan Terkini Di Sabah.


Tak perlulah kita nak lebih-lebih sehingga menyebarkan gambar palsu di mana ia menimbulkan suasana panik kepada rakyat Malaysia. 
Kepada yang kata PDRM tak bertindak, Menteri Dalam Negeri tak habis-habis dengan amaran kononnya tak buat kerja bla bla bla... 
Satu soalan aku, adakah kita mengharapkan pihak PDRM dan ATM turun saja ke Lahad Datu terus melepaskan tembakan tanpa membuat pemerhatian dan risikan terlebih dahulu? Sambungan..

TERKINI! IDENTITI MAYAT ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH DIKENALPASTI! #PrayForSabah

Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :
  1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
  3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau) 
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. 

Sunday, March 3, 2013

#SempornaBackfire: UPDATE! LAGI SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH! AYUH BANGKIT SEMUA!! #PrayForSabah


Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.- BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD