Israel hari ini nampaknya telah menghalang pelayar dari Malaysia dari melayari laman Facebook IDF. Mungkin mereka telah goyang apabila banyak kali 'troll' ataupun laman Facebook mereka dikatakan telah digodam sebelum ini. Atau mungkin ada helah yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.
Sememangnya ada ciri yang membolehkan Admin page Facebook mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman Facebook mereka.
Hal ini dapat dilihat jika pengguna dari Malaysia pergi ke laman Facebook IDF secara terus, pengguna akan dibawa ke Laman Utama, bukan page berkenaan.
Tetapi jika menggunakan proksi dari luar negara seperti ini, laman Facebook IDF masih lagi kelihatan berfungsi dengan elok.
Sebab kenapa mereka melakukan perkara itu tidak diketahui. Tapi nampaknya Malaysia telah berjaya memberi sedikit gentar kepada Zionis. Malaysia Boleh -
SiakapKeli.com