Latest from Gaza where barbaric war crimes against civilians continue! #PrayForGaza #GazaUnderAttack pic.twitter.com/v4zMCutBVK
— Dr Shahid Masood (@Shahidmasooddr) July 11, 2014
PUNCA SERANGAN OLEH REGIM ISRAEL TERHADAP GAZA --> PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN PALESTINE
Kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dari gabungan pergerakan Hamas dan Fatah dilihat faktor utama Israel melipatgandakan serangan di Gaza.
Pengerusi Aqsa Syarif, Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, ia sekali gus menimbulkan kesulitan jangka pendek dan panjang kepada rejim Zionis itu.
"Sejak dahulu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal kerana masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka, apabila mereka berjaya mencapat kata sepakat...Israel rasakan ini satu ancaman kepada mereka.
"Israel tahu kerajaan perpaduan ini akan menjadi pencabar dan menimbulkan banyak isu yang menyusahkan mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Awal Jun lepas, pergerakan Hamas dan Fatah akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas selepas 10 tahun terlibat dalam pertelagahan.
Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah.
Pada 2007, Hamas merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.
Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967.
Pada Rabu, serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang.
Dalam pada itu kata Dr. Hafidzi, pertarungan merebut kuasa politik di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman turut dilihat persaingan yang memburukkan keadaan di Gaza.
Jelasnya, Netanyahu kini dilihat cuba menjadi 'hero' di mata rakyat Israel dengan mengerahkan peningkatan serangan di Gaza.
"Masing-masing hendak buktikan tentang semangat membela dan melindungi rakyat Israel.
"Cabaran antara dua pemimpin ini disifatkan terbuka dan cubaan mengaut sokongan rakyat Israel dilihat dapat ditunjukkan dengan menyerang Gaza," ujarnya.
Dr. Hafidzi menambah, tuduhan Israel dalam kes penculikan tiga remaja di Tebing Barat dijadikan justifikasi yang memberi gambaran seolah-olah penduduk Gaza merupakan penjenayah.
"Israel menuduh dan tidak menyedari mereka sendiri telah memasukkan dalam penjara dan membunuh lebih 40,000 rakyat termasuk kanak-kanak Palestin selama ini," jelasnya.
Sementara itu, Mahmoud pada Selasa menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera.
SUMBER
Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menahan sebanyak 896 rakyat Palestin dari beberapa bahagian Tebing Barat sejak kempen penahanan Israel bermula pertengahanan Jun, menurut Palestinian Prisoner Society pada Selasa lalu.
66 penangkapan dilakukan pada malam semalam termasuklah 24 orang rakyat Palestin dari tanah Palestin 1948, 36 orang rakyat Palestin dari Baitulmuqaddis dan 6 orang dari Bethlehem, Tulkarem, Ramallah dan Jericho.
Sementara itu, Palestin Center for Prisoner Studies berkata lebih dari 1555 orang rakyat Palestin telah ditahan dalam suku kedua tahun 2014, sementara 1175 orang lagi telah ditangkap dalam suku pertama tahun yang sama. Statistik keseluruhan mendedahkan bahawa 2370 penahanan telah dijalankan sejak awal tahun 2014.
SOURCE: Palestine Kini
AHLI PARLIMEN HAMAS ASHQAR: TIADA KEDAMAIAN SEHINGGA SERANGAN DITAMATKAN, PENGEPUNGAN DIANGKAT
Ahli Parlimen (MP) HAMAS Ismail al-Ashqar menegaskan bahawa Pihak pejuang tidak akan menjamin keamanan kepada penjajah Israel sehingga mereka menamatkan serangan dan mengangkat pengepungan ke atas Gaza.
Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa keamanan hanya akan dicapai dengan syarat-syarat yang ditetapkan pejuang.
Pesawat tempur Israel terus melakukan serangan ke atas bangunan awam di Semenanjung Gaza manakala pihak pejuang membalas dengan menghantar roket ke arah sasaran Israel.
Bagi pihaknya, jurucakap HAMAS Husam Badran menulis dalam laman Facebooknya pada Selasa bahawa memberhentikan serangan roket merupakan ‘mimpi Zionis’. Beliau menambah bahawa Israel yang memulakan serangan, manakala penduduk Palestin hanya mempertahan diri dan tanah air mereka.
SOURCE: Palestine Kini